Kenapa Nak Saman OLA BOLA ?

Ada satu masa, kami dengar dari kawan kami, dari newsfeed, oh cerita ola bola nih memang best. Kenapa best sangat ? Ye, dari jalan cerita, tentang kebangkitan bola sepak negara, pada tahun 1980. Memang power, tapi bila cerita nih dah kutip 12 juta, otai otai 1980 ni bangkit, luahkan rasa nak marah, sebab ubah sejarah, ada kata diorang nak saman ola bola. Oh kenapa macam tuh pulak ?

1. Inspirasi 

Ye ola bola suatu inspirasi dari cerita sebenar. Pengarah Chiu nak buat satu cerita, oh dulu memang kita power bola, memang dasyat woo, kita ada skuad berbilang bangsa, yang diketuai oleh tauke, hahaha, habis semua dibuat balik, dari zaman 80an, memang sukar, sebab itu Chiu buat cerita nih dari inspirasi. Aku pun tak tahu pulak, zaman reporter sukan, boleh baik dengan player bola. Lepas tuh macam-macam lagilah, sampai Rahim Razali dah begitu tua dalam tahun 80an, kan tak betul tuh ? So memang cerita ini adalah inspirasi dari skuad Moscow, jadi tak perlulah nak kata Chiu ubah sejarah.

2. Elemen Sastera

Ye, nak buat cerita lama, memang sukar. Lagi-lagi scene dalam bilik persalinan. Director tahu ke, dialog sebenar dalam cerita ini masa skuad moscow lawan korea ? Ye mesti tidak tahu. Tapi inilah dipanggil seni, dalam karya sastera, macam mak aku cakap, kita boleh tulis sesuatu karya sejarah, tapi interpretasi sangat penting, pembuat karya itu mesti berimaginasi, mesti mengolah, pandangan setiap watak ituh dari sudut yang berbeza dari sejarah asal. Dan bila Ola Bola ni dihasilkan, ye aku nampak, inilah satu elemen seni yang sangat penting, bila kita tahu, dulu orang main bola sangat susah, ye kaum cina, dan kaum india, mereka struggle nak survive dalam kehidupan, kesian weih, adik tauke dapat semua A dalam MCE, tapi takda masa depan. Itu memang sudut pandangan ikhlas Chiu pada kaum cina ketika ituh. 

3. Berjuang Untuk Negara

Skuad moscow tuh, memang sukar nak terima hakikat, ye, tengok dalam cerita itu pun, tauke, muthu, paling teruk, kena marah dengan mak ayah sendiri, cakap game bola sepak takda masa depan. Sampai satu masa, dalam bilik persalinan, watak Ali baru tahu mereka tak pergi moscow, semuanya malas dah nak main. Tapi tauke kata, mainlah untuk keluarga kita, mainlah untuk mereka yang inginkan kemenangan, mainlah untuk rakyat malaysia. Ye, kat sini aku faham, selain dari anugerah, pencapaian, sebenarnya setiap benda yang kita buat, bukan sekadar nak dapat gelaran, tapi sebenarnya untuk family kita, untuk orang yang kita sayang. Inilah semangat Ola Bola.

4. Skuad Masa Depan

Mungkin ramai terfikir, kenapa nak tukar nama ? kenapa tak pakai je nama yang betul ? Satu pemikiran yang aku nampak , ianya berbalik kepada tema Ola Bola tuh , moto dia jelas ” You’ll Believe Again ” Ye, itulah maksudnya, nak suruh kita percaya. Satu hari nanti, memang akan ada skuad ini, seolah-olah wujud kembali, Mungkin masa tuh, kita memang ada watak Ali, Mutu, Abu, yang akan bawak balik glory skuad Malaysia. Itu sebab Chiu nak kita percaya, ye , memang kita boleh bangkit, dengan skuad pelbagai bangsa, Malaysia mesti boleh layak world cup.

Terima Kasih Ola Bola

Penutup kepada artike gua nih, terima kasih kepada director Chiu, yang buat cerita yang sangat bagus, Dari cerita nih, semua rakyat malaysia akan membaca kembali kisah suka duka skuad Moscow,  rakyat akan mengenang kenapa Malaysia memboikot Olimpik Moscow, bagaimana politik menjatuhkan skuad bola sepak. Itulah yang sangat penting. Jadi kalau nak saman, samanlah, dari sibuk saman, apa kata kita fikirkan, macam mana nak bangunkan skuad negara, makin lama makin teruk, hmmmmm. Tapi berapa lama nak tunggu ? yang penting kita kena PERCAYA !!!!

Post Comment