Muzakarah Ireach : Coaching Business Tahap Gaban ?
Alhamdulillah, sabtu lepas telah berakhir satu lagi sesi , kiranya sesi kedua Muzakarah Ireach, sesi dimana kami semua masuk kena brainstorm kaw kaw dengan Master Zainul dan Lyna. Memang jumpa, bincang, lepas tu sorang sorang kena, kalau tak puas hati, habis semua kena, hadoi. Tapi kenapa ianya sangat best ? Hoo memang gile jugaklah nak join group ini.
Ye memang gile join group ini, sebab hanya yang memenuhi kriteria je yang akan dapat, sebenarnya kriteria tu ada dalam group ireach, nak tahu kena masuk ireach dulu le, join bawah aku pun boleh, hahahha. Tapi senang cerita, group ini makin lama makin ramai, kalau ada orang baru yang tetiba dapat naik rank, penuhi kriteria yang ditetapkan. So nak kata balik, bukan calang calang orang yang join group ini, so bertuah aku satu dapat duduk sekali dengan orang yang hebat.
Lagi gile group ini, banyak benda bincang, dijadikan satu meeting, memang siap minit mesyuarat, oh ye, betul, supaya kitorang ni serius sikit, buat kerja itu, sambil dah bincang strategi yang dipersetujui bersama, jadi kenalah ikut. Sebab bak kata Master Z, muzakarah ireach memang untuk kami nak kerja lebih smart, walaupun kerja duduk rumah pakai selekeh dan kain pelikat.
Nak lagi best pulak, dalam sesi coaching ni, semua orang kena present apa masalah yang melanda, jadi apa cadangan, tuh memang kena sound satu satu, semua every detail benda yang nak buat, akan ditegur, hahaha, jadi memang setiap benda, ada kos , kalau boleh biarlah buat tuh dapat capai objektif, sebab objektif besar Muzakarah Ireach ialah nak naikkan SALES.
Setiap kitorang sangat bertuah, sebab, dalam banyak banyak kejadian dalam business Shaklee, kami dapat penerangan yang jitu jelas, dan semua orang akan cuba hadam dan fahamkan situasi semasa business Shaklee Malaysia, jadi sangat best untuk kami nak sampaikan kepada anak buah business kami.
Sememangnya, Muzakarah Ireach ini memang group coaching gila kentang sound direct, sebab setiap tindakan perlu dinilai, apa impaknya, apa kesannya, perluke dibuat, atau langsung tak payah buat. Atau kena lagi pulak dengan skop masalah dalaman group masing-masing. Dapatlah dengar leader-leader hebat ini berkongsi tips nak mantapkan lagi business. Jadi bila duduk dalam Muzakarah Ireach, ianya satu sesi perah otak, yang sangat berfaedah, dan cara berfikir kami tentu akan berbeza dan terus berbeza dari masa kesemasa, biasalah , nak jadi business berjaya, kena banyak membaca dan menganialisa setiap masalah dengan tepat.
Oklah, nanti Muzakarah Ireach akan diadakan di kawasan utara pulak, mungkin ada ahli baru ? atau mungkin ada lagi kejutan dan ilmu baru yang akan kami dengar nanti. Hooo, selamat malam semua !!!!
6 comments