Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN

Mesej Tersirat Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ….

harmonikawan, February 26, 2017July 13, 2024

MESEJ SEBENAR UPIN IPIN JENG JENG JENG ….

Hari tuh tah macam mana , sepatutnya nak tengok kat wayang, dari tahun lepas lagi, hahah, bebudak nak tengok upin ipin nih. Oklah, sebab best katanya. Tapi masa tuh terpengaruh dengan disney Moana , hahhaa itu pun layan jugak, orang putih punya cerita. Lepas tuh berbulan sudah tak tengok, jumaat lepas baru tengok filem Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. nih, feewit, akhirnya. Tengok punya tengok, last sekali barulah mesej sebenarnya filem ni sampai ke kepala otak aku.

CARILAH KEBAHAGIAN YANG SEBENAR

Hhahaha, kalau korang tengok betul betul, last sekali, bila part upin dan ipin tegur aqish tuh, aku baru faham, oh ye, budak aqish ni sebenarnya terlampau obses, ye, penyakit obses dia nih yang memakan kebahagian dia. Upin dan Ipin kata , diorang terpaksa cari budak lain pulak, sebab aqish dah jumpa family dia yang sebenar, dah rasa kebahagian yang sebenarnya, iaitu bersama kawan kawan dia di rumah pengasih, abang awie dan bo, kak noreen dan abang jahat Zaman. Hhahaaha, korang nampak tak elemen nih ?

OBSES GAJET DAN KARTUN

Aku rasalah cerita nih nak bagitahu mak bapak, sebenarnya, anak anak kita perlu cari kebahagian, kegembiraan di luar sana, di dunia nyata, dan bukannya dalam dunia gajet , yang dipenuhi kartun kartun. Kita memang boleh tengok upin ipin, tapi jangan sampai OBSES, ye, itu yang terjadi pada aqish, terlampau obses sampai kawan dia kata dia macam gila cakap sorang sorang.

Betul tak ? Kalau kita pun sebagai mak bapak, jangan biarkan diorang ni tertumpu pada kartun, jangan gantikan gajet sebagai kawan mereka, biarkan mereka cari kebahagian sebenar diluar sana. Nak tengok boleh je, tapi kena kawal dan jangan sampai jadi terasing, yang ni yang terjadi pada aqish dalam cerita nih. Ok, aku rasa mesej ni memang budak budak confirm tak faham, tapi aku rasa Hajah Ainon dan Erma Fatima nak kita faham mesej cerita nih, jangan OBSES dengan WATAK ANIMASI. Carilah KEGEMBIRAAN di DUNIA NYATA.

TEKNIK PENCERITAAN YANG KURANG KEMAS

Yang ni memang aku sentuh bab penceritaan. Jalan cerita dia bagus, ada beberapa mesej sampingan yang aku nampak, contohnya jangan terlibat dengan along, sayangi anak-anak yatim, jangan putus asa waluapun dah jadi artis tua, dan lain-lain yang korang perasanlah. Apapun memang jalan cerita dia nih, sebab nak gabungkan elemen 3D, nak buat kelakar, akhirnya tak berapa kemas, sampai orang kata jadi bosan, orang kata upin ipin ni watak sampingan, orang kata cerita nih cepat bosan dan macam-macam. Takpa, benda benda ni kita boleh belajar dan terus belajar. Aku rasa ada satu cerita obses kartun ni kat hollywood, korang tahu cerita apa ? hmmm. Kalau perhalusi lagi, tekankan elemen OBSES aqish tuh, mesti mesej cerita nih sampai. Hahhaa.

UPIN IPIN THE MOVIE

Lepas tuh ada trailer pulak, hahhaha, yang ni tak perlu kot. Tapi tengok trailer tuh, ok, back to 3D animasi, biasa jelah, confirm bebudak suka punya, sebab watak watak ihsan, fizi , mail ,jarjit, mei mei semuanya ada balik. Tapi aku rasa Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni barulah best, sebab lain dari yang lain. Hahaha, sebab mungkin aku sorang je perasan elemen obses nih, aku bagi 5/5 pada idea jalan cerita. Tapi story line kurang kemas, bintang berkurang menjadi 3/5 . Yang paling penting, aku suka elemen “JENG JENG JENG !!! “

Related

Related Posts:

  • Upin Ipin Jeng Jeng Jeng
  • Power Of Uncle Mutu - Pengaruh Upin dan Ipin
  • Moana
  • 3 Tips Marketing Dari Tauke Upin Ipin
  • Raja Buah Rumah Mesra Ceria
  • Filem HOSPITAL Memang SERAM !!!
  • Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • Selamat Hari Guru 2013
  • Bluesharp Review Ito Blues Gang
  • Apa Maksud Sebenar Bisik Pada Langit ?
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes