Sewa Rumah Elak Perangkap Hutang ?

sewa rumah elak perangkap hutang

Baca berita hari ini, rakyat malaysia disaran sewa rumah , takut kena beban kewangan dengan perangkap hutang. Bila saya baca artikel dekat kawan facebook, nampaknya mereka geng hartanah ada yang tak setuju, kerana sewa mungkin naik. Ada juga kata rugi masa depan.

Kalau tanya saya, macam macam benda nak cerita. Ini semua pengalaman kami bila dah buat business dan tinggalkan dunia kerja tetap makan gaji. Isteri saya buat business shaklee dan lepaskan semua keistimewaan kerja tetap . Ada yang kata kami gila, tapi itulah pengorbanan, sebab impaknya, kami sendiri rasa.

Hakikat Hutang Tiada Yang Baik

Oklah, sebenarnya benda yang saya nak cerita, hakikat hutang tiada yang baik, walaupun mamat Robert Kiyosaki kata hutang ada baik dan jahat. Tapi setiap hutang memang JAHAT sifatnya. Berdasarkan pengalaman, saya senaraikan beberapa isu yang mungkin korang setuju dan tak setuju.

Walaupun ada yang kerja tetap, tapi beban juga pada ramai yang tak boleh kawal hutang. Malah sebenarnya walaupun dah buat islamik bank loan, banyak juga rumah yang kena lelong. Masuk 2024, boleh tengok sendiri rumah yang besar besar, dah renovate fully furnish bagai, semua nak jual. Kenapa tak sewakan je ?

Itu belum lagi, rumah yang kena lelong, banyak juga sekarang. Bank lelong pun bukan kira anda Islam atau tidak. Ini satu masalah bank islam, hahhaa, perbankan Islam ni, masa hang apply loan je dia bersifat Islam, tapi bila dah beli, tak boleh bayar, dia punya hentam kaw kaw jugak, terasa macam along bukit beruntung juga. Ini belum lagi masuk BLR, OPR, yang sistemnya kena ikut yahudi zionis juga, hahaha.

Sunnah Sahabat Yang Kaya

Kalaulah kita kaji balik, kalau rasa nak ikut sunnah, mana ada sahabat kaya dengan cara berhutang. Sahabat berniaga dan pelik kalau depa nih buat duit dengan berhutang. Sebab ayat quran pun dah cerita panjang pasal hutang. Hutang ni ditulis panjang, sebab seeloknya kena elak selagi boleh. Kalau betul betul lapar, barulah berhutang.

Jadi kalau rasa nak kaya, berniagalah macam para sahabat, kalau rasa nak ikut sunnah. Jangan mulakan hutang kalau nak berniaga. Berniagalah dengan wang tunai yang ada. Insyaaallah ramai je yang beli rumah cash, beli tanah dan bina rumah atas tanah sendiri. Kena sabar dan kerja kuat, memang boleh beli rumah secara tunai.

Pengalaman ramai orang pun, bisnes bukan sentiasa naik, orang bisnes kena fikir for the worst case. Kami pun fikir kalau apa jadi, semua benda kami beli secara tunai. Selagi kami tak boleh beli tunai, selagi itu kami tak beli. Kerana apa yang terjadi , Allah boleh tarik semua nikmat kekayaan sekelip mata. Jadi berjaga jaga.

Sewa Pun Seronok Juga

Sewa pun seronok juga , kalau rasa bosan, boleh pindah. Kalau korang beli dekat Jenjarom, dengan asap sampah, sayang kalau nak pindah. lagi gila masa zaman banjir 2021, masa tuh taman sri muda paling teruk kena. Rumah hulu langat boleh hilang dihanyut sungai banjir. Begitulah bencana juga kena fikir panjang.

Sebenarnya memang penat nak pindah sana sini. Tapi kalau fikir bab kawan , network, banyak juga faedahnya. Setakat nih, kami dah duduk banyak tempat. Banyak juga area yang kami belajar dan kenal. Ada tempat dan kawan kawan baru. Untuk dekat setia alam nih, Alhamdulillah, terajin pula join program masjid dan surau sini. Nak fikir awal awal dulu , kami redah je, sebab fikir nak sekolah dekat dengan rumah. Sekolah menengah dan rendah dekat dekat.

Jangan Berhutang, Usahakan Tunai

Kalau nak cerita lagi bab ekonomi, lagi teruk. Boleh gaduh juga pasal isu perbankan Islam. yang ni korang tengoklah macam macam orang dah tahu masalah bagaimana sektor hutang ni boleh rosakkkan ekonomi dan matawang.

Cubalah kaji sikit pasal Fractional Reserve Banking, baru anda tahu bagaimana duit dicipta atas angin. Bila banyaknya hutang di buat, disitu anda akan nampak duit baru masuk dalam pasaran. Masa ini anda akan perasan inflasi akan menaik dan tiada yang turun. Walaupun anda buat loan islamik, anda juga telah menyumbang kepada kejatuhan nilai matawang dan inflasi tanpa sedar.

Insyaallah kerja kuat secara tunai. Saya yakin pada kerja kuat, rajin, dan juga yakin kalau kita tinggalkan hutang riba, Allah akan cukupkan rezeki untuk kita. Lagi satu ramai ramailah berpakat beli rumai secara tunai. Buat perkongsian macam saham. Janganlah masuk perangkap hutang. Kalau anda mampu baguslah, tapi orang bisnes, income tak menentu, baiklah berfikir panjang sebelum buat urusniaga secara ansuran.

Kita pun dah nampak, ekonomi dunia yang berdasarkan hutang ni dah jatuh teruk. Tak boleh dah dibaiki, walaupun kau pinjam IMF. Siapa yang ada peluang keluar dari beban hutang, kena keluar cepat. Mula mula memang sakit, tapi nanti yakinlah rezeki Allah nak bagi nanti. Insyaallah.

Post Comment