Orang Afrika Suka Baju Rina Salleh ? harmonikawan, May 18, 2016 Ada beberapa hari minggu lepas, gua dan wife telah ikut pergi perasmian, pertunjukkan fashion, oh koleksi terbaru Rina Salleh 2016, memang sangat lawa, termasuk model dia jugak, hahaha, dan model dia tuh Heliza Helmi yang suka cerita pasal Palestin. Oh, memang hebat baju baju dia. Banyak lagi koleksi yang menarik, dalam gambar FB aku, tapi yang kat bawah paling aku suka, hahahha. Banyak gile gambar aku ambil, dan kena edit kaw kaw, ikut citarasa aku, dan bini aku jugak, so, raya koleksi Rina Salleh 2016 nih patut korang ambil. Oh ye, berbalik pada cerita yang aku nak share nih, tentu sekali pasal tumpuan baju baik muslimah nih sampai orang Afrika tuh pun kagum sampai amek gambar. Hahhaha, sebagai seorang yang memperjuangkan fashion Islam ni, aku puji style Rina Salleh, sebab nak keluarkan baju macam ini, dan akhirnya jadi terus popular dan makin lama dapat tempat seluruh Malaysia , dan jugak dah join banyak fashion show kat luar negara. Usaha murni ni mungkin hanya bermula dengan nak cari duit poket, jual kat blog, lepas tuh dah laku, buat facebook, instagram, sampailah ke kedai, butik, dan fashion show, memang hebat. Mungkin lepas nih akan terus berkembang dengan fashion Islam yang lebih cantik . Apapun buat Rina dan jugak semua penjual fashion Islam ini, fashion korang, baju korang nih, bukan untuk Islam je, tapi untuk semua umat dunia, Islam tuh untuk semua, mereka perlukan lagi pakaian begini, dengan ini mereka lebih dihormati, kes macam Felicia Yeap yang selesa bertudung, rasa tenang dan bahagia, walaupun belum mengucap lagi. Ingatlah, gaya hidup Islam untuk semua, mereka perlukan masa untuk jadi Muslim, untuk berserah betul-betul. Kipidap Rina Salleh dan lain-lain dalam bidang nih. Related Related Posts:Heliza Helmi Berkongsi Tips Mendidik AnakMacam Mana Nak Dapat Banyak Like Facebook ?MumsluvScythe - Jeans Terbaik Dari JepunCara Jual Charger Smartphone Laku Keras16 Days Photo Challenge | Day 11 – What I Wore TodayeUsahawanNOSTALGIA BLUES GANGCara Buang Chewing Gum Dari Baju Mahal4 Jari Bukan Bermaksud Kahwin 4 Macam Salleh Yaacob SAINS SAUDAGAR
Terkejut gak hari tue ada Heliza Helmi. Tengah seronok shoot model, sekali dia hai dekat kita. Terus simpan kamera he…23x Reply
tulah hahahha, takpa, lain kali kalau dia hai, ko balas dengan surah al-waqiah, tentu dia sayang kau Reply