Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN

Pasar Pagi Pengkala Chepa

harmonikawan, September 29, 2013July 14, 2024

Alhamdulillah, hari ni dapat juga update blog setelah 3 hari tak update. Oklah, cerita pertama tentunya pasal kami lepak di Mc Donald Pengkalan Chepa, Kelantan. Ainul Mustafa ada meeting dekat TM, oklah nampaknya aku kena bawak Arreessa hilangkan rindu kepada maknya tuh, hoo, pening betul. Tapi, cara paling best tentunya kena bawak dia pergi McDonald, tempat yang best dan lagi menyenangkan. Ok, jom kita tengok apa yang best kat Pengkalan Chepa ni !!

Pantai Sabak

Setelah hantar Ainul pergi meeting, aku bawak Arreessa jalan jalan, tah macam mana aku nak tengok area Pantai Sabak. Aku berjaya juga sampai, masuk jalan kampung ke dalam, sampai kat satu tempat tu, jambatan boleh muat satu kereta je. Aku sempat juga tengok laut, dan sungai yang cantik, area muara. Paling best, ada sekolah depan laut. Lepas tuh, aku jalan je, aku ingat dah sesat, rupanya ada je jalan keluar. Aku tengok orang kampung, lembu, kambing, dan macam-macam lagi. Oklah, Arreessa sangat bosan, dan tidur dalam kereta.

Mc Donald Pengkalan Chepa

Hehe, macam biasa, banyak tempat, kapitalis McD , mesti adanya, hooo, betullah, kat sini area student UMK, Universiti Malaysia Kelantan. Hoo, memang feel habis. So aku tengok, selain bebudak malas makan kat tempat biasa, jadinya, mereka pergi McD, oklah, tempat McD ni memang selesa. Arreessa siap main, lepas tu makan fillet o fish, hoo, memang sedap sungguh katanya. Ada tempat baby, bolehlah bersihkan kencing dia jap. Oklah, cun, memang selesa !!!

Pasar Pagi

Agaknya dalam sejam dah lepak McD, aku tak sangka pulak, depan McD tuh, boleh pulak ada pasar pagi pengkalan chepa. Oklah, masa untuk shopping, saja nak hilangkan bosan. Tak sangka Arreessa nak jalan sampai ke hujung, macam macam beli, jam tangan, kastu princess, dan tengok baju dan tudung. Asyik dia lari je, susah nak kawal, sampai terpaksa nak jerit, adui . Oklah, pasar tuh, ada jual barang basah dan juga baju-baju lawa. Lepas tuh, terus lepak kat TM sampai Ainul habis meeting. Apapun, lepas tu  kitorang terus bergerak ke Kuala  Terengganu. Selamat  tinggal kelantan !!!

Related

Related Posts:

  • Kalau Busy , Bagus Buat BLOG, Bukan Meroyan Dekat Facebook 
  • Reggae Bumi Kenyalang
  • Kenapa Lepas Kahwin Kena Beli Perodua ?
  • Universal Studio Singapore
  • Rumah Mesra Ceria Kuala Terengganu
  • Tips Melancong Ke Kuala Terengganu Untuk Pengamal MLM Tegar
  • Punca Pening Kepala
  • Kelahiran Arreessa Zulaikha
  • Salam Kota Bharu
  • Supermom Pulau Kapas Terengganu
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes