Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN
festival puisi selangor

Festival Puisi Selangor 2024

harmonikawan, July 24, 2024July 24, 2024

Minggu lepas aku datang festival puisi selangor 2024. Sebenarnya nak duduk rumah tolong anak nak exam minggu ini. Tapi nak buat macam mana. Rezeki ada panggilan , kita pun datang tengok, dapatlah join beberapa siri perbincangan. Yang lagi kelakar masa ahad tuh, kena pula perform mengejut dengan abam rasyideen seruling gombak.

Puisi Mengenyangkan Perut Yang Lapar ?

Yang ni satu topik yang sebenarnya memang best. Tapi benda ni boleh jadi gile kalau kita tak tahu arah tujunya. Masa last sekali tuh, nampak ke arah untuk mencari cara bagaimana penyair sastera boleh dapat sustainable income.

Tapi last tuh aku sempat borak dengan panel A. Mizuri Idham. Yang ni aku ada cakap point aku juga. Antara yang aku cakap ialah hakikat kelaparan tuh. Dia pun kata sebenarnya dia ada cakap pasal lapar ni memang alat untuk mendekatkan tuhan bagi ahli sufi.

Jadi aku pun cakap, sebenarnya lapar ni bagus. Kalau kau nak diet,kau kena berlapar, kenalah jaga makan, barulah kurus. Kalau kau terlebih kenyang, asyik lapar je, boleh jadi gemuk. Macam tulah yang aku sembang. Tapi itulah hakikat kelaparan tuh banyak cabangnya. Kalau ikut pemikiran, lapar akhir zaman lagi dasyat.

Sasterawan Negara Menenun Damai Melalui Kata

Yang ni pun layan juga. Fitri yahya ni pandai buat suasana jadi indah belaka. Layan juga. Bahasa dia memang tiptop. Memang aku ingatlah, dulu, dia ni memang bak kata elly iskandar, tak boleh cari makan nanti. Hahhaa, memang bakat sungguh

Ceritanya aku ada lambat sikit, tapi aku ada juga ambil beberapa video yang best. Ada aku nak share juga pasal kritikan sastera dan teori sastera yang di kemukan oleh Prof Rahman Shaari, sasterawan negara ke-15. Ada juga point yang menarik pasal kritikan nih.

Tapi isu yang tak terlepas ialah tentang buku buku healing, yang meletop letop, buku kualiti yang sangat rendah boleh jadi laku gila. Sampai satu tahap mengeluh juga panel yang ada . Jadi semuanya kena berfikir bagaimana Sasterawan Negara boleh jual buku dan buat duit.

Tahun Depan Ada Lagi ?

Tak pastilah, tapi nampaknya sesi pemikiran ni aku lebih suka berbanding sesi persembahan. Hahhaa, takpalah, janji korang tengoklah aku jamming saya anak malaysia ukelele backup seruling. Jadi korang enjoy apa yang aku dah rekod nih.

Tahniah kepada yang anjurkan festival puisi begini. Library PPAS ni memang cool gile. Sejuk juga. Cuma kena buka kasutlah. Oklah tempat pun ok, kalau bosan boleh baca buku. Cafe pun takdelah jauh sangat.

Related

Related Posts:

  • Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • GENG UNIVERSITI MALAYA RUMAH PENA
  • Puisi Blues
  • HARMONIKA CAKAR NANA
  • ISTERI KEKUATAN HATI
  • Moreh Puisi Dinihari ke - 10
  • Koleksi Video PBAKL 2024
  • BERLAWAN DENGAN PENDEKAR BAMBOO
  • Surat Kepada Andrewson Ading Seman
  • Bangkit Semula Dengan Ilmu Makrifat
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes