POSISI BLUES HARP harmonikawan, July 10, 2024July 10, 2024 Pemain harmonika ini memang pelik dari pemuzik lain. Dulu masa awal awal nak belajar main bluesharp, punyalah cari macam mana nak main sebiji bunyi bluesgang , mat salleh punya sound. Tanggapan awal terhadap muzik nih, bila kita ada muzik scale E major, kita pilih harmonika jenis E. Itu yang berlaku. Aku ingat lagi. Awal belajar harmonika, pergi kedai muzik C&M dekat taman universiti, cari harmonika E sebab ikut logik. Tapi sangkaan aku salah. Kalau nak main setakat melodi major, memang pilih terus je direct. Tapi pemain bluesharp, nak sound blues, country kena pilih harp lain. Oh pening pening. So apa ke benda position nih. Oklah aku terangkan dengan bahasa sendiri. Position ni sebenarnya permulaan note, atau scale yang kau akan main untuk sesebuah lagu. Contoh , kita ambil harmonika kunci C. Untuk C nih, kita boleh tengok 4 posisi berbeza. Posisi 1 – skala utama CPosisi 2 – skala utama GPosisi 3 – skala utama DPosisi 4 – skala utama A Ada berapa posisi sebenarnya ? Nak kira sebenarnya ada 12 posisi keseluruhannya , sebab ada 12 note, kalau kita ambil kira nota muzik secara kromatik, Selalunya pemain blues harp akan bermain posisi kedua . Contoh mudah kalau ada lagu E major macam apo nak di kato, kau kena ada harmonika A. Kalau lagu key C, kau kena guna key F. Mudahnya macam nih Lagu A major – DLagu B major – ELagu C major – FLagu D major – GLagu E major – ALagu F major – Bflat Macam posisi 3 dan 4 tuh sesuai untuk lagu minor. Macam mana tuh ? ye dalam scaling major sebenarnya kita boleh korek minor scale. Contoh kalau ada harmonika C, kita boleh tiup lagu D minor dan A minor. Cuma kalau nak lebih blues, kita akan pilih posisi 3. Oklah untuk minor blues, boleh guna contoh dibawah Lagu A minor – GLagu B Minor – ALagu C minor – BflatLagu D minor – CLagu E minor – DLagu F# minor – ELagu G minor – F Macam pelik kenapa saya guna F# berbanding F ? ok nanti saya akan terangkan lagi untuk tajuk pemilihan harmonika Macam mana dia kira posisi nih ? mudah je, tambah 5 step, atau dalam gitar naik 5 fret ke atas. Formula 5 langkah nih boleh digunakan untuk kira harmonika apa yang boleh digunakan. Key Harmonika = Key Lagu(k) + Step[5*(n-1)] k ialah key lagu dan N ialah posisi yang kita inginkan. Step ialah fungsi dimana kita kena naik 1 sharp ke atas.Contoh lah, macam lagu G. Kalau lagu tuh kita nak main melodi, kita pilih posisi 1 dah cukup Key Harmonnika = KeyLagu (G) +Step[5*(1-1)]= keylagu (G) + Step(0)= G Maksud persamaan di atas, key harmonika tuh sama dengan key lagu yang ingin dimainkan. Ok kita kira posisi kedua pulak KeyHarmonika = Keylagu(G) + Step[5*(2-1)]= Keylagu(G) + Step(5)= C Pelik kan ? ok takpa kita kira satu satu. Dari G kalau naik 5 sharp ke atas kita akan dapat G – G# – A – A# – B- C Kalau kita nak main D minor ? ok katakan kita nak guna teknik posisi 3 masa ni kita boleh apply formula KeyHarmonika = Keylagu(D) + Step[5*(3-1)]= Keylagu(D) + Step[10]= C Oklah naik 10 sharp ke atas ? uhuk payah jugak nih . Takpa dalam muzik nih kita boleh kira turunkan ke bawah. 10 step ke bawah ni ibarat seperti 2 flat ke bawah. D-D#-E-F-F#-G-G#-A-A#-B-C (10 sharp ke atas)D-Db-C ( 2 flat ke bawah) So formula mudahnya ialah Nflat=12-NSharp. 12 nih sebab ada 12 note je dalam muzik. So macam mana pulak kalau lagu A minor, nak pakai posisi4 , kena pakai harmonika C ? ok yang ni confirm naik 15 sharp ke atas. 15 sharp ni sama je macam 15/12 = 1 baki 3.Jadi sebenarnya kena naik 3 sharp utk dpt key harmonika yang diperlukan. A- A#- B- C Begitulah serba sedikit pasal posisi harmonika. Formula ni memang saya reka khas , nampak macam pening sikit. Takpa, boleh belajar lagi untuk lebih faham. Ok selamat menelaah posisi harmonika. Related Related Posts:CHONG AH KAWRonnie ShellistJingling NonaABAH PEMAIN HARMONIKA TERHANDALOH MAMA SAYA MAHU KAHWINLO-FI MOHD JAYZUANOverblow HarmonicaMy Harmonica WorldRIBUT PENDAMAISatu Malaysia Harmonika SENI