CHONG AH KAW harmonikawan, June 29, 2024June 29, 2024 Sebelum kahwin, aku sebenarnya pernah nak cari harmonika satu set. Dulu aku ada satu masalah, ye masalah nak cari semua key dalam bluesharp aku. Jadi aku cuba cari kedai harmonika yang boleh bagi aku semua key yang ada. Aku punya google punya google, aku jumpa My Harmonica World dekat bandar tun razak. Aku dengan tunang aku (sekarang isteri) pergi sana naik kereta getz hyundai, pergi sana. Masa itu masuk memang tak macam kedai muzik biasa. Memang yang aku tengok semuanya ofis macam kerja. Jadi aku kata nak cari harmonika , jadi dekat situ aku dikenalkan oleh bos my harmonica world, Chong Ah Kaw. Memang segak orangnya macam rambut style bapak aku. Bila aku mula sembang, baru aku tahu rupanya dunia harmonika sangat luas. Dekat situ baru aku tahu bukan sekadar blues harp atau tremolo harmonika sahaja. Rupanya ada lagi jenis muzik harmonika, yang biasa aku tengok ialah blues harp, tremolo harmonika yang bapak aku beli. Tapi lepas pergi sana, aku dapat tengok harmonika BASS, bapak besar gila. Bunyi dia memang besar. Kalau ada bass gitar, yang bass harmonika. Dari situ aku baru tahu Chong Ah Kaw pernah jadi juara dunia harmonika satu ketika dulu. Masa aku sembang dengan beliau, aku tahu rupanya ada kajian yang dibuat tentang harmonika dan kesihatan. Nasib baik wife aku ada rekod dan upload dekat youtube, baru aku tahu rupanya bila kita guna beberapa teknik tiupan dalam harmonika, dia akan aktifkan beberapa organ dalam badan kita. Bila kita main , sentiasa guna nafas tiup sedut tiup sedut, badan kita akan dapat bekerja dan oksigen masuk . Tapi nak kata betul ke tidak, aku perasan, ramai juga pemain harmonika yang tua tua yang masih sihat. Ada group china , yang dah veteran, mereka ada kelab harmonika. Aku rasa kalau kita betul betul jaga kesihatan, jaga makan, cubalah main harmonika untuk menambahkan kesihatan anda. Aku rasa makin semangat nak main harmonika ketika itu. Lepas aku angkat harmonika cap swarm, aku dapat juga vcd harmonika. Wow best gile tengok, hahha, yang paling otai video tuh ada pemain harmonika dari jepun. Baru aku tahu nak main harmonika, boleh guna dua harmonika terus. Itulah keunikan muzik harmonika. Related Related Posts:My Harmonica WorldKerja Amal My Harmonica WorldISTERI KEKUATAN HATIQAWALI BLUESKif Valentine - I'm YoursAiden Evelyn Pasangan Harmonika Romantik ?Overblow HarmonicaSejahtera MalaysiaNOSTALGIA BLUES GANGMYSPACE NINJASENI SENI