Rahsia Kejayaan Voices of Ummi

Dah lama saya tak tulis pasal artis, dan bukan sebarang artis, bukan cerita tasha shilla seksi, tapi kali ini kita nak tengok kenapa voices of ummi, kumpulan budak budak comel nih, sangat best, sampai budak-budak suka sangat, lagu mereka nih, semua orang tahu, erti alfatihah, bismillah alhamdulillah, dan macam-macam lagi.
nora arrifin

Kenapa Mereka Best ?

Nak kata popular, itu semua ikut minat masing-masing. Bagi peminat muzik lain, mereka mungkin tak sedar kemunculan Voices of Ummi, tapi siapa yang layan lagu kanak-kanak, siapa yang ada anak kecil, lagu yang sesuai nak pasang ialah lagu-lagu nyanyian putri, alif, dan kawan-kawan. Memang best, banyak lagu yang saya suka, dan lirik dia pun bagus.  Oklah selain dari mereka berusaha sendiri untuk berjaya, tapi ada benda lagi penting dari itu, kejayaan mereka bermula dengan usaha mak mereka sendiri iaitu Nora !!!

Nora Bermula Dengan Menyanyi POP

Nora Ariffin, hanya bermula dengan menyanyi lagu biasa, pop, balada, pada tahun 1991, menjuari Bintang HMI. Lepas tuh semua orang tahu dia meletup dengan lagu Di Persimpangan Delima, lagu nih memang top tahun 1994, dan sampai sekarang, kalau nyanyi lagu nih, semua orang tahu. Nora terus berkembang, dan terus mengorak langkah. Hasilkan album sana sini, walaupun ada lagu yang tak biasa kita dengar, tapi mesti korang suka lagu “Desa Tercinta” feel woo lagu tuh.

 

Lagu Dakwah Yang Melahirkan Voices of UMMI (VOU)

Memang aku perasan, nora terus melangkah dengan lagu lagu ketuhanan, lagu dakwah, lagu yang mudah difahami dan penuh erti. Dari situ aku rasa bermula projek rahsia diorang, iaitu kumpulan Voices of Ummi, yang dianggotai oleh anak mereka sendiri, Alif, dan Putri, dan sahabat-sahabat mereka. Alhamdulillah, usaha Nora berjaya dengan kemunculan siri animasi “Ummi:Ceritalah Pada Kami”. Memang best siri tuh, sampai anak aku suka sangat ulang banyak kali.

Kejayaan tiada tanpa TINDAKAN

Hahha, aku pun tak tahu nak tulis apa lagi. Tapi, tapi kumpulan VOU nih, takkan takda tanpa usaha mak mereka sendiri, Nora, yang bersusah payah membina empayar dalam bidang seni, bermula dengan tahun 1991, dan 20 tahun selepas tuh muncullah VOU. Saat sukar, silap, terduduk, dalam perjalanan, itu semua halangan dan dugaan, yang perlu dihadapi oleh mak alif dan putri untuk membawa mereka ke dunia industri hiburan dan animasi. Tanpa usaha Nora, mungkin kita tak dapat nak dengar lagu Erti Alfatihah, Pedoman, Pelangi, dan lain-lain lagi.

2 comments

comments user
nila anggraini

Anak-anak saya suka dengan cerita Ummi ni….bagus untuk perkembangan kanak-kanak.

    comments user
    faizsaaid

    betul tu nila anggraini

Post Comment