ROKOK vs GULA harmonikawan, November 22, 2013 Salam sejahtera semua. Salam jumaat. Sebenarnya dah lama saya tak menaip papan kekunci di rumah saya ini. Almaklumlah, sekarang syok dengan gajet baru Samsung Galaxy Mega yang termega mega sampai saya suka lagu kumpulan Mega Bayangan Gurauan. Oklah, kali ini saya cuba nak taip banyak sikitlah sebab bak kata Ana Lyana anak shaklee saya tuh, dia suka guna keyboard kalau buat blog, katanya ada feel. Saya sekarang ni tak kisah, dua dua ada feel, hahaha, guna keyboard pun feel, guna Galaxy Mega pun ada feel lain. Selalu kalau pakai Galaxy Mega memang cut and paste je kerjanya hehhee. OKlah jom tengok review saya pasal Rokok vs Gula ni. Saya ada juga membuat perbandingan dengan mengajak kawan kawan facebook memberi komen !!! KATA-KATA USTAZ Oklah, banyak orang kata pasal Fatwa Majlis Kebangsaan mengatakan Rokok haram. So ada juga yang marahkan kat JAKIM, katanya orang dulu hisap rokok tak mati pun. Tapi bak kata pakar, korang pun tahu, orang yahudi cipta rokok, tapi diorang pun tak suka perokok masuk rumah diorang. Sebab tu banyak rokok ni dibuat kat negara kita ni, hooo, hmm, tengok kat indonesia pun bila dah banyak sangat merokok. Oklah, buat yang nak copy and paste, ni gua scan satu satu kata kata ustaz kita di atas !!! “Saya ada sebut banyak kali, siapa yang hisap rokok, doanya tidak didengari disisi Allah. Dia berdoa Allah tak dengar.Macam mana Allah nak dengar doanya sedangkan di mulutnya ada benda yg HARAM. Bagaimana Allah nak mustajabkan doanya.” – Ustaz Ahmad Dusuki Bila kita sedut, yang ni dalam fatwa hukumnyo HARAM ! bila tuan-tuan sedut, dia masuk dalam paru-paru tuan-tuan. Benda haram bercampur dengan darah, darah kisar jadi air mani yang seterusnya jadi anak. Anak itu terbina drpd benda yang HARAM. maaf ini FAKTA. Tuan-tuan boleh rujuk, jaga tuan-tuan, dia nampak kecik, tapi dia main peranan besar.” – Ustaz Don Daniyal “Menurut fatwa terkini oleh lebih 400 ulama, mereka mengatakan merokok itu HARAM berdasarkan ayat Quran. Jangan jadikan tangan anda sebagai punca kebinasaan anda..” – Dr. Zakir Nalk “Tidak perlu kita bimbang dan ragu bahawa merokok hukumnya HARAM. tidakkah tugas para ulama sebagai waris para nabi untuk menyebarkan yg positif dan kebaikan.?? bukan untuk mempercepatkan kematian ummat..!” – Sheikh Nuruddin PENDAPAT KAWAN-KAWAN FACEBOOK Alhamdulillah, ternyata sebenarnya memang ROKOK patut ditinggalkan. Bak kata kawan aku Cikgu Abe, saudara Shamsul, gula ni memang badan kita perlukan, tapi rokok pula memang dibuat dari bahan yang tak elok, so sebab itu jatuhnya hukuman HARAM. Saudara Fahmy Celik Vitamin pun setuju dengan pendapat Cikgu Abee, memang badan kita perlukan gula, tapi kalau dah terlebih gula pun bahaya juga. Sama jugalah macam drugs /dadah, kalau ikutkan ubat-ubatan ni memang ada dalam kategori dadah, tapi kalau salah guna tu yang jadi mat dadah tuh. Rokok pula takda satu pun kebaikan , so better tinggalkan . PENGARUH MEDIA ? Aku masih ingat lagi dulu zaman zaman dulu, siap ada iklan arak, rokok, tembakau, cincau dan sebagainya. Tapi sebab nak free tobaco kempen punya, so zaman last sekali tentunya masa rokok SALEM, ingat lagi rockers semua SALEM yang sponsor, hoo, kalau korang tengok video konsert ELLA dulu dulu memang gile rock kentang, sekarang nak dapat ramai macam tuh memang sukarlah jugak. Tapi bak kata kak Norasiah, memang pun ada benar TV diharamkan, hoo, tapi bukan TV, siaran yang tak berapa nak betul nak haramkan terus, hehehe. Sebab aku rasa, TV ni lagi bahaya dari ROKOK dan GULA ni, bebudak tengok TV, pelakon hisap rokok macho, semua nak ikut, hahaha, kan teruk tuh !!! NAK BERHENTI MEROKOK ? Yang ni banyak je tips kat internet, macam macam cara ada orang ajar, guna teknik A,B,C,D, lepas tuh produk tuh ni , lepas tu jumpa ustaz dan sebagainya. Paling cool gua pernah tengok orang berhenti merokok dengan ambil VIVIX. hahha, ni pun ada orang share jugak kat internet. oklah, mungkin tengah promosi, so kalau nak tahu pasal vivix tuh, bolehlah anda baca di sini. Related Related Posts:Beg Laptop Seorang BloggersRahsia Likers FACEBOOK Terbongkar !!!Kisah Gajet Dalam BlogBila BLOG Jadi KATALOGKELAB POP MUSIM KETIGAPengesan Perubahan Struktur IsyaratPERISTIWA SEMALAMKelab Pop Musim 3Tempat Sarapan Best di Shah AlamAmani SAINS