Siti Nurhaliza Suka Manifesto ?
Aiya cik siti, siti Nurhaliza, sudah suka sama Manifesto, hoooo. Bila saja band tomok dan modread ini dengan selamba je main gadget, ipad, tab, lepas tu buat lagi Bukan Cinta Biasa, terus je isteri datuk K ni buat post kat Keek.com, memang terharu gila penyokong Manifesto yang menyokong rapat perjuangan mereka. Oklah, masa aku tulis ni, Manifesto dah jadi JUARA VERSUS MUSIM ke-2, beribu-ribu tahniah. Apapun ada benda yang aku ingin luahkan, perasaan gembira campur berjaga-jaga.
Tomok menjulang takhta JUARA VERSUS MUSIM KE-2 |
1) Aras Kreativiti Manifesto
Suatu yang aku sukar terima pada mulanya ialah, format versus ini. Aku tak tahu pulak Versus ialah satu pertandingan yang menitik beratkan Idea Luar Kotak, perlukan sesuatu band keluar dari comfort zone mereka. Yang merisaukan aku dulu ialah Modread memang terkenal dengan irama keras, metal yang menggigit dan drum padu ketat . Minggu pertama dan kedua menunjukkan Manifesto di zon selesa dengan memainkan Irama makanan mereka. Tapi lama kelamaan, manifesto mencuri tumpuan. Bak kata Loque, Manifesto kreatif tahap tinggi, main ipad, dikir barat, dan yang paling gila yang pernah aku tengok ialah main pagar besi ala-ala pink floyd,nasib baiklah tak bawak anjing naik stage macam Pink Floyd buat dulu. Ianya memang gila bagi Manifesto, yang berjaya memukau penonton dengan setiap persembahan yang penuh karakter, jadi budak sekolah, jadi orang kelantan, dan jadi orang sakit mental.
2) Pengaruh TOMOK ?
Ramai juga mempertikai kemenangan Manifesto, ternyata ada juga memilih KYOTO PROTOCOL kerana Fuad dan rakan rakannya lebih kreatif. Untuk konset Batle Konfrantasi Terakhir, memang pemenang ditentukan oleh peminat, dan satu masa itu, aku tengok Manifesto hanya berada di kedudukan keempat, membuatkan aku kurang yakin pasukan tomok akan layak ke konset batle. Tapi bagi aku, Kyoto selepas ini akan menjadi nama bualan masyarakat Malaysia yang inginkan warna dan falsafah baru dalam industri hiburan tanah air kita. Nampaknya kali ini Tomok memang membawa tuah anaknya untuk menjuarai hati rakyat Malaysia dalam Versus kali ini.
3) Tiga Kali Masuk Batle, Tiga Kali Menang
Suatu yang unik dalam musim ini ialah Manifesto satu-satunya band yang menang lebih dari satu batle. Apa yang lebih menarik ialah, Manifesto hanya layak dalam batle sebanyak 3 kali, tapi ketiga-tiga batle itu berjaya memukau Jen dan Loque untuk mereka mengangkat band itu ke satu standard yang tinggi, seterusnya membuatkan peminat makin bertambah suka dengan kejahatan dan kezaliman Manifesto. Bermulanya dengan Kirk dengan solo bass jahat, Ainul dengan paduan drumm yang gila, dan permainan bunyi-bunyi seram Hospital Mental, cukup untuk membuatkan anak-anak muda dalam band ini melakar satu lagi sejarah dalam industri hiburan Malaya.
4) Hala Tuju Modread, Tomok, Manifesto ?
Kerisaun utama gua ialah, ke mana mereka selepas ini ? Apakah Tomok akan menjadikan Manifesto projek utama, dan melupakan Newboyz ? Bagaimana Modread boleh memperjuangkan muzik metal mereka ? Adakah Modread akan lebih dihargai radio selepas ini ? Aku sendiri merasakan berapa tersinggungnya Modread selepas menjadi Juara Hot FM bingit suatu ketika dahulu. Modread sebuah band yang bagus, menjadi underrated band, dan jarang mendapat tempat setanding dengan Hujan , Bunkface, Azlan and the Typewritter. Tapi tentu sekali selepas ini, Manifesto akan menjadi bualan hangat dan akan mendapat tempat di hati peminat. Tentu sekali Modread akan lebih bertenaga, lebih kental, dan lebih berani untuk merekod lagu baru yang lebih kreatif dan menusuk jiwa. Tapi beranikah corong-corong radio memainkan lagu mereka ? Tidak mustahil dengan aura TOMOK , Manifesto akan berada di PUNCAK KEJAYAAN MEREKA .
Manifesto, dari kiri, John, Kirk, Fami, Tomok, Ainul, Syafiq. TAHNIAH !!!! |
2 comments