Statistik : Teori dan Aplikasi harmonikawan, June 12, 2013August 2, 2024 Salam sejahtera, sepatutnya saya nak update lagi pasal kerja phd saya ini. Kali ini, saya memilih untuk berkongsi dengan anda, tentang Statistik. Anda tahukan, statistik ini, tak akan pernah lari dalam kehidupan kita. Bayangkan jika anda mendapat satu paten nombor, di susun dengan cantik, mengikut teori dan pengiraan, anda boleh membuat andaian yang menarik tentang sesuatu perkara kajian. Kiranya, nombor yang anda peroleh boleh dijadikan rujukan, ataupun satu dapatan baru bagi kajian anda. Oklah, tanpa membuang masa, saya akan selitkan juga cerita dan pengalaman saya tentang subjek yang kadang-kala agak sukar untuk difahami. Subjek yang paling kurang digemari Anda tahu tak, subjek statistik dan kebarangkalian, adalah satu subjek yang paling saya tidak faham, dan tak suka sangat masa sekolah, matriks degree dan sampailah sekarang ni. Saya memang pening bila berhadapan dengan subjek begini. Kalau addmath dulu saya boleh score A dengan selamba, tapi topik nombor-nombor pelik ni, buatkan saya tak skor tinggi. Lepas tu zaman masuk UTM, saya lagi dibodohkan dengan satu topik yang diberi nama Statistik Kejuruteraan. Saya tengok, tak menarik langsung, macam tiada kaitan langsung dengan kejuruteraan. Bagus-bagus pun takda aplikasi. Saya tak faham itu ini, kenapa guna taburan ini , itu dan ini. Sehinggalah sampai satu tahap dalam kajian phd saya, saya nampaknya tidak dapat lari dari menggunakannya untuk algoritma pengesan titik perubahan. Populasi dan Sampel Oklah, senang cerita, statistik ialah bilangan, atau nombor yang melambangkan sesuatu perkara, yang boleh dinilai dan yang juga boleh terjemah ke satu bentuk yang lain. Biasanya , untuk mendapatkan statistik yang bagus, anda perlulan mengambil data Populasi, kiranya semua yang terlibat. Lain pula dengan sampel, sampel ni ialah satu penilaian angka yang tidak merangkumi Populasi ini. Apa pentingnya sampel ini, nanti kita smabung bawah lagi ? Sampel lagi mudah, sebab satunya kita tak perlu nak ambil semua data populasi. Kalau kita nak kutip semua data seluruh Malaysia, mampus sampai kiamat tak siap !!! Kebarangkalian dan Anggaran Berdasarkan maklumat yang anda dapat, bolehlah anda kiranya membuat pengiraan kebarangkalian, sama ada dari data yang panjang atau sebagainya. Berdasasrkan data yang ada, sebenarnya kita boleh modelkan kebarangkalian yang kita ada, dan dari situ juga kita dapat membuat anggaran, seperti mean, median dan mod statistik tersebut. Selain dari min, purata, kita ada juga variance, momment dan sebagainya. Semuanya ada makna yang tersurat dan yang tersirat. Banyak juga analisis yang boleh di buat, tapi kekadang tu, aku pun tak berapa nak hargai, tapi best kalau korang dapat fahamkannya. Teori Bayesian Jika anda belajar lagi kebarangkalian, anda tentu ditemukan dengan insan yang bergelar Bayesian. Hoo, bayangkan dengan teori bayesian, kita boleh meramalkan sesuatu perkara, jika diberi maklmuat sekian sekian. Bayes mengajar kita, walaupun kita tidak pasti apa keputusan yang boleh dibuat, kita sekurang-kurangnya boleh membuat andaian berdasarkan pengiraan bayes yang kita lakukan. Pengiraan ini lebih meyakinkan, walaupun pada akhirnya keputusan yang kita ambil itu salah. Contohlah, anda mungkin ada 2 cara untuk menyelesaikan masalah, anda telah kita 2 cara itu dengan bayesian, cara A mendapat kebarangkalian yang tinggi berbanding cara B, so anda pilih cara A, tapi bila buat, cara A pun tak berapa berkesan. Itulah indahnya Bayesian, hehehe. Bell Shape Curve@Gaussian. Anda tahukan, Bell Shape Curve, memang selalu ada bila kita nak buat tentukan grade peperiksaan, KPI tempat kerja dan sebagainya. Pakcik Gaussian berjaya buat taburan ini, berdasarkan penelitiannya. Biasanya kekadang tu, kita menjadi mangsa bell shape curve, kita terpaksa mendapat markah rendah , KPI rendah, atas dasar mengikut statistik Gaussian ini, hooo, tapi kekadang taburan Gaussian ni banyak kegunaanya dalam time seris, pemprosesan isyarat. Sambung lagi baca ke bawah. Rancangan Realiti Menipu ? Satu pengiraan statistik yang paling gila ialah bila mana rancangan realiti mengambil alih tv-tv di kaca mata anda. Saya tak pasti pengiraan statistik yang ada, betul melambangkan sokongan kepada artis yang ada. Kisah artis beli undi itu tak diterima lagi. Bayangkan aku dulu tengok versus 2, mula tengok Manifesto macam tak layak, tapi akhirnya Manifesto MENANG dan hussin pun kembali cerita !!!! Politik Perkauman dan Populariti Masihkah anda rasa PR patut menang pilihanraya berdasarkan undi Popular ? Atau wajarkah BN memenangi PRU-13 yang lepas. Satu contoh yang bagus tentang statistik ini ialah bilamana Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah, korang tengok bagaimana TV1 menggunakan kemenangan Lim Kit Siang sebagai penanda aras kepada undi Kaum Cina di Malaysia ini. Ini satu contoh sampel yang terbaik, di mana kemenangan LKS di Gelang Patah menjadi contoh kepada perubahan masyarakat Cina, dan di Utusan, benda ini digembar-gemburkan sebagai Tsunami Cina !!! Selain statistik keramaian Pakatan juga membawa padah, walaupun di Putrajaya, kempen PR nampak lagi ramai, tapi Husam Musa aka Iron Man Malaya tetap kalah dengan Tengku Adnan. Di sini nampaknya data statistik amat penting, ianya perlu diambil dengan berhati-hati, dan perlulah memilih sampel yang terbaik. Kalman Filter dan Algoritma Pengesan Perubahan Korang tahu tak, selain dari mengira data-data yang ada, kita boleh gunakan data statistik dan kebarangkalian untuk memodelkan satu proses fizik. Sejak wujudnya Kalman Filter ini, banyak pengkaji algoritma mula beralih kepada Bayesian Forecasting, dengan menggunakan taburan seperti Gaussian dan sebagainya, kita boleh meramalkan sesuatu yang berlaku berdasarkan model yang ada dan beberapa assumption yang kita buat. Biasanya, Kalman Filter ini juga penting dalam bidang pengukuran, kerana biasanya pengukuran itu di kotori dengan noise , dan noise ini pula bolehlah kita anggap dalam taburan Gaussian. Hahha bunyi nampak pelik kan ? Selain itu juga, kuasa bayesian dan statistik ini boleh digunakan untuk meramalkan perubahan pada sesuatu proses fizikal. Bayangkan, sebenarnya telah lama wujud kajian yang berkaitan tentang pengesan titik perubahan. Kalau betul -betul diaplikasikan, kita boleh mengesan perubahan gelombang laut yang boleh menyebabkan Tsunami. Ianya bukanlah satu algoritma yang pantas, tapi sekurang-kurangnya, langkah berjaga -jaga dapat dilakukan sebelum sesuatu perkara buruk bakal berlaku. Pentingkah Statistik Sampai satu tahap, nombor bukanlah satu petanda yang bagus untuk sesuatu perkara, tapi kita tahu, nombor melambangkan sesuatu makna yang berbeza, satu interpretasi tentang sesuatu masalah. Statistik tidak menipu, jika kita betul-betul mengambil data yang tepat. Statistik di sekolah perlu lebih terbuka, perlu lebih aplikasi. Ianya satu yang menyeronokan, sebab ramai yang buat duit dengannya, termasuklah ramalan forex, perjudian, casino,,hooo, dan banyak lagi. Related Related Posts:Apa Itu PHD ?Cara Pengiraan KebarangkalianAlgoritma Mengesan Titik PerubahanContengPERISTIWA SEMALAMSubjek Kegemaran ?Sabar JelahPengedar SHAKLEE yang MACHOTips Baik Demam Dengan ShakleeOtak Kanan Melayu Hebat SAINS
Satu olahan yang menarik & bernas. Bab2 statistik ni saya kurang faham; kena lebih banyak membaca & menganalisa lagi.Thanks for sharing. Reply
Olahan ini mengikut pengalaman saya. Cumanya kita perlu banyak membaca dan mengaplikasikan kepada kehidupan harian, barulah kita boleh faham sedikit sebanyak statistik ini. Awak boleh refer juga post saya sebelum berkenaan dengan Kalman Filter Reply
statistik memang kadang2 memeningkan kepala. Saya amik degree in statistik, tahun akhir. tak tau sama ada nak sambung master atau x. nak buat report projek utk tahun akhir ni pun dah serabut kepala. Tabik springg dkat encik faiz yg smmbung study smpai PHD Reply
saya pun nasib minat je, hehehe, tapi macam sayanya, kita gunakan statistik untuk engineering, banyak guna kebarangkalian dan bayesian untuk derivation, memang pening sebenarnya, hehehe Reply