Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN

Urat Dawai Tulang Besi

harmonikawan, January 25, 2013July 19, 2024

Salam sejahtera, salam jumaat semua. Harini penat sungguh, kalaulah aku ni urat dawai tulang besi, confirm kuat badan aku, kalau bagi penumbuk, bruce lee pun boleh tumbang. Korang tentu ingat balik cerita P Ramlee , Nasib Labu-Labi. Masa time mereka nak berlawan tinju, si labu ada baca jampi serampah, sebelum timbang. Lepas tu je, bila timbang, berat Labu melebihi berat Labi walaupun Labi nampak gemuk dari Labu. Hmmm, susah juga ini. Sebab nak tahu sangat pasal Urat Dawai Tulang Besi ini, rasanya elok kita tengok dari perlbagai aspek kesihatan. Sebelum nak mula segmen, jom layan video kat bawah ni, sempoi gile.

SALURAN DARAH

Saluran darah ini adalah satu mekanisme utama untuk membawa zat makanan dan oksigen keseluruh badan manusia, supaya sel-sel dalam badan manusia bergerak aktif dan seterusnya menjadikan badan kita cergas. Permakanan yang bagus juga penting, kurangkan makanan yang berminyak dan jaga permakanan kita, supaya saluran darah tidak tersumbat. Saluran darah yang tidak lancar ini boleh menyebabkan kita kurang cergas, dan kalau kolestrol tinggi, boleh kena serangan jantung disebabkan oleh saluran darah yang tidak lancar.

TULANG YANG SIHAT

Ini pun salah satu faktor kalau nak rasa tulang besi. Cara yang bagus nak dapat tulang yang sihat ialah pengambilan kalsium yang cukup. Selain itu kena ada vitamin D sekali untuk penyerapan kalsium yang bagus untuk tulang. Selain itu, tulang yang sihat juga perlu diikuti dengan senaman yang bagus. Janganlah malas-malas nak senaman, nanti reput tulang. Walaubagaimanapun, masalah tulang seperti osteoporosis sering menghantui golongan wanita asia yang berumur. Cara mengatasinya ialah dengan mengambil supplement yang sesuai untuk tulang.

SUMBER PROTEIN

Pengambilan protein penting untuk tubuh badan yang sihat. Kalau nak badan cantik macam malek nor masa muda dulu, kenalah senaman dan sekurang-kurangnya mengambil supplement protein untuk membentuk otot yang kuat. Protein juga penting untuk pembaikkan tisu atau sel yang rosak. Tapi janganlah pulak terlebih protein, dan tersalah diet, alamatnya jadi gemuk pulak nanti.

BMI VS WHR

Body Mass Index atau BMI ialah pengiraan indeks biasa bagi menilai berat badan seseorang. Biasanya orang yang bagus dapat dalam 22-25 camtu. Kiranya kalau siapa yang dah terlebih 30, bahaya jugaklah, tu dah kita obesiti. Jadi nak tak nak kenalah kurangkan berat badan. Sementara itu, Waist to Hip Ration atau WHR ialah pengiraan bahagian pinggang dan pinggul. Ada pendapat mengatakan, WHR lebih penting dari BMI, kerana perut yang buncit lebih berbahaya dan menunjukkan anda senang mengalami sakit jantung dan sebagainya. Sesetengah atlet bina badan mempunyai BMI yang lebih besar dari yang normal, tapi masih dikira sihat kerana WHR yang normal. Apapun, kenalah senaman untuk buang lemak-lemak yang ada dalam badan. Jangan biarkannya berleluasa.

PERNAFASAN

Yang ni kiranya kita cerita pasal tenaga dalam. Saya tak pasti tentang tenaga dalam dan pernafasan ini. Rasanya ada yang mengatakan, pernafasan boleh memberikan tenaga yang kuat bila kita memerlukannya. Pengamal seni mempertahankan diri selalu guna teknik pernafasan untuk membuat serangan yang kuat. Mungkin sebab banyak sangat baca komik kungfu masa kecil, tapi benda ni tidak mustahil. Amalan seperti yoga dan taichi ni amat memerlukan konsentrasi pernafasan dan gerakan yang sesuai untuk mendapatkan kesihatan yang optimum.

KESIMPULAN: WUJUD KE URAT DAWAI TULANG BESI ?

Secara logiknya, mungkin ada dan ada juga kata benda ini tipu. Walaubagaimanapun, melihat dari segi aspek kesihatan, urat dawai tulang besi membawa satu simbolik kepada KESIHATAN dan KEKUATAN fizikal seseorang. Ianya boleh diperolehi, jika kita mengamalkan gaya hidup sihat. Lepas ni, rajin rajinlah senaman dan makan benda berkhasiat. Sekian.

Related

Related Posts:

  • Kenapa Pilih Nama Joe Labu ?
  • Kelebihan Orang Yang Ada Otot
  • Amalan Kuatkan Badan dan Tulang
  • Labu : Ilham Sains,Seni,dan Shaklee
  • Movie Yang Ada Dalam Blog Saya
  • Tips Supaya Bertenaga Main Bowling
  • FACEBOOK - Cara Terbaik Kumpul Likers, Followers dan…
  • Choo Mei Sze vs Joe Labu
  • Promosi Testimonial Ostematrix Shaklee: Kaki Kejang Hilang
  • Punca Pening Kepala
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes