Kelebihan Orang Yang Ada Otot
Hoo, dah lama nak bikin entry macam ini, macam biasa semuanya datang dari nuffnang, pertanyaan orang diluar sana tentang orang yang ada otot. Hoo penting sangat ke ada otot ini ? So macam-mana nak ada otot ? Aku pun duk tengah kaji-kaji, biasanya orang yang ada otot ni, memang totally sihat dan macho, macam malik nor dulu, takpun kawan aku masa sekolah pun, dari kurus cicak kobeng, sekarang dah berketul-ketul muscle kat badan dia, hoo power power. Aku pun lepas ni nak kena rajin pergi gym. Oklah jom kita borak-borak sikit tentang kelebihan orang yang berotot ni.
Angkat Berat
Angkat berat ni kiranya macam latihan kekuatan adalah yang menggunakan rintangan untuk memperkuatkan dan keadaan sistem otot, meningkatkan bentuk otot dan daya tahan. So kalau rajin angkat berat dengan kauedah yang betul dan konsisten, korang boleh perhatikan peningkatan dalam saiz otot, meningkatkan kekuatan otot, dan meningkatkan kekuatan tendon, tulang, dan kekuatan ligamen. Mengangkat berat juga telah terbukti untuk meningkatkan kesihatan psikologi juga, dengan meningkatkan keyakinan dan harga diri. Jadi kalau badan lembik dan banyak lemak, memang kadang-kadang ianya terlalu membuatkan kita kurang bermotivasi dan tak bagus untuk kesan psikologi kesihatan kita.
3 Kelebihan Senaman Angkat Berat
Dalam kita buat senaman angkat berat, banyak juga faedah yang kita dapat semasa latihan angkat berat ini, Antaranya ialah
- Meningkatkan Rupa Fizikal dan Prestasi – Benda paling penting ialah, tentunya nak badan cun macam arnold shwazeneger tu, ataupun nama glamer ialah arnold susah nak eja, arnold ye bukan enot. So korang pun, bila dah ada otot yang kuat, sebenarnya banyak membantu dari segi kerja harian korang, aktiviti sukan, hobi dan sebagainya. Contoh bila nak buat kerja yang berat, korang tak rasa susah, sebab dah biasa buat latihan rintangan yang kuat. Tapi kalau dah malas, memang buat kerja apa pun tak jadi, hehehe.
- Meningkatkan Kadar Metabolisme ( membakar kalori yang berlebihan ) – Pentinganya untuk membina otot ialah ianya banyak membantu untuk meningkatkan kada metabolisme badan kita. Basal Metabolic Rate (BMR) amat penting, kerana ia menunjukan berapa banyak tenaga yang kita gunakan semasa kita berehat, supaya fungsi badan kita berada pada tahap normal. Meningkatkan metabolisme juga adalah satu faktor penting untuk mereka yang ingin menguruskan badan, dan mengekalkan bentuk badan yang menarik dan menawan, ala-ala rita rudaini.
- Membantu Mengurangkan Kecederaan – latihan secara konsisten, mengekalkan kecergasan juga amat penting, supaya kita kurang mendapat kecederaan. Otot ini kiranya bertindak sebagai agen penyerapan dan mengimbangi badan kita. Satu contoh yang terbaik yang kita boleh tengok ialah abang Cristiano Ronaldo kita, yang dikatakan jisim ototnya memang terbaik, walaupun tak berketul-ketul, tapi CR7 itu jarang sekali cedera ketika beraksi di padang. Kelebihan berotot dan kecergasan yang bagus adalah satu perkara penting bagi atlet sukan. Sampai satu tahap itu, Paolo Di Canio, pengurus terbaru kelab Sunderland, nak denda pemainnya yang meningkat berat badan semasa cuti. Tapi kalau dah urat dawai tulang besi, tu P ramlee je yang tahu, hahaha.
Suplemen Yang Berkaitan
Banyak juga yang membincangkan isu ini, kalau takda suplemen, macam mana nak dapat body yang cantik. Biasanya orang angkat berat suka ambil WHEY protein, yang mampu melindungi otot bila berlakunya fatigue. Biasanya bila badan sudah mula lemah, kebarangkalian untuk jisim otot berkurang adalah tinggi, berbanding dengan jisim lemak, jadi fungsi protein, terutamanya Leucine, amat penting untuk memastikan jisim otot kekal supaya lemak dapat dibakar dengan baik. Ini menjadi satu faktor untuk mereka yang betul-betul inginkan otot yang kuat. Shaklee juga mengeluarkan Cinch Shake yang bagus, khas untuk orang yang ingin kurus dan seterusnya ingin membina otot yang sihat.
Perlu tak badan berotot-otot ?
Hmmm yang penting, badan kita perlukan juga senaman untuk menguatkan otot, tak perlulah nak badan besar macam malek nor, tapi lebih penting untuk membakar lemak-lemak yang ada, supaya kita lebih sihat dan bertenaga serta bermotivasi untuk bekerja. Zaman sekarang, gemuk sikit pun susah nak dapat kerja, huhuhu, so rajin-rajinlah bina otot sikit untuk kesihatan. Tapi kalau nak berlakon macam abang aron aziz, kenalah rajin usaha sikit, angkat besi,mangkuk, pinggan, dan sebagainya.
Post Comment