Salam sejahtera , pagi isnin yang indah ini, tentunya ramai yang nak teruskan program diet mereka. Ada yang sahur dengan kurma sahaja, tak lupa juga bebudak shaklee ni, sahur dengan ESP dan CINCH, Performance Drinks dan sebagainya. Kiranya macam-macam resepi boleh buat untuk anda sekeluarga, janji SIHAT. OKlah, hari ni nak borak-borak sikit tentang satu topik khas, saya rasa ramai tahu dah, pasal kurang makan nasi ni, bagus ke tak bagus ? boleh kurus ke ? ok jom kita tengok.
Bila sebut pasal nasi putih je, confirm dah kata, hoo, aku selalu makan nasi. Tak kurang juga bila orang kata kita ni lemah buat kerja, mulalah cakap, “hang kurang makan nasi ke ?” . Nampaknya kat Malaysia, dan amnya orang Asia memang suka makan nasi, dah jadi makanan ruji, sampai zakat pun ikut harga beras. Di Malaysia ni, macam-macam nasi dah orang buat, nasi goreng, nasi biryani,nasi minyak, nasi campur, dan yang paling syok ialah Nasi Lemak, hahaha. Sekarang ni pulak, orang melayu suka layan Nasi Arab, dah jadi trend sekarang orang melayu bedal Nasi Arab kat bumi Malaya ini. Kalau ada orang kata dia tak makan nasi, maknannya dia ni tentu diet, ataupun memang dia ini dah jadi orang western, sampai macam tu sekali kena label dek masyarakat majmuk kita.
Kalau nak ikut kata abang otai Kevin Zahri, dia pun kalau nak sihat, makan nasi juga, 2 kali sehari juga, tapi yang penting, dia control makan nasi, kalau boleh nasi ambil satu genggam tangan je, ok yang ni ikut tangan sendiri, bukan genggam tangan orang lain, tak jadi dietnya. So aku dengar tips ni pun dari majalah Irfan Khairi juga. hahaha.
Diet Atkins ni kiranya kita tak ambil karbohidrat, ambil banyak protein dan sayur-sayuran. Ada yang berjaya dengan diet macam ni, dulu ada satu budak ni, siap berjaya buat website, badan dia kurus, tak makan nasi katanya. Tapi aku pelik, budak tu dah tak nampak muka. Aku ingat lagi, budak sekolah menengah je, hahaha, tapi gaya dia paling cool sekali. Tapi bak kata pakai, kalau ikutkan, badan kita kena cukup 3 makro nutrien ni, karbo, protein dan lemak. Kalau tak balance ada masalah nya. Bak kata wife aku Ainul Mustafa, kalau kita terlebih protein, boleh rosak buah pinggang kerana memproses protein terlampau banyak. Kalau dah rosak buah pinggang, macam-macam penyakit boleh terjadi. hoo. So permakanan kita bialah seimbang.
Hahaha, aku pernah dengar juga satu kajian khusus pasal permakanan orang Asia dan Eropah, katanya orang Eropah ni semuanya tinggi-tinggi, mungkin sebab baka dan sebagainya. Tapi dalam satu kajian yang dibuat, sebenarnya faktor permakanan amat penting untuk tumbesaran kanak-kanak di dunia ini. Orang Eropah memang kita tahu suka makan roti sebagai makanan utama. Orang Asia katanya pendek sebab makan nasi. Tapi bila ada orang Asia yang tukar kepada makan roti, memang ada yang berjaya tinggi macam orang Eropah !!! Kuasa diet seseorang dapat membantu perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak di dunia ini.
Tak kurang juga sekarang ni, ramai yang dah bertukar kepada beras yang lebih sihat, macam macam iklan kat Malaysia ni yang tunjukkan kelebihan beras yang sihat dari beras biasa. hahah, yang ni macam biasa, harganya lebih mahal ok ? Jadi beras pilihan rakyat Malaysia yang kurang berduit ini, beli beras biasa je. Katanya juga, beras sihat ni rasanya tak sedap, hmmm, tak tahulah nak cakap.
ZUERA
tak makan nasi memang boleh kurus..dengan syarat kena jangan skip makanan dan ambil kuantiti yang sedikit..banyak cara sebenarnya tapi terpulang pada metabolisme seseorang individu..then kena aktif tak kiralah naik tangga or berjalan..baru senang turun..supplemen cuba membantu tapi selebihnya kita kena usaha juga…
Salam 1 Malaysia
faizsaaid
thanks zuera, nica tips
Fifi Athirah
ada kawan saya langsung dari lahir sampai la dah besar panjang xsentuh nasi lgsg, tp dia berisi gak .. kena kawal pemakanan sebenarnya, lemak, manisan, karbo.. yg paling penting bersenam .. kalau setakat xmakan maintain jela berat kan .. camna nak terbakar lemak2 yang sedia ada dalam badan, so rajin2 la bersenam .. heheee
faizsaaid
hehhe, betul jugak tuh, thanks fifi
4 comments