Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAUDAGAR
  • SAINS
  • SHAKLEE
  • SENI
  • SUKAN
HARMONIKAWAN
puasa 4 bulan

PUASA 4 BULAN

harmonikawan, July 6, 2024July 6, 2024

Seperti orang biasa yang bila dah kahwin terus membesar dan membesar, badan saya makin gemuk dan gemuk. Yang menjadi lebih teruk sebenarnya ialah prestasi saya makin tak bagus. Walaupun ada masa tak perlukan nafas yang panjang sangat, tapi ada masa bila bermain blues harp saya cepat penat. Ada juga pernah ditegur oleh Jayzuan bila dia kata saya tak cukup tenaga bila recording harmonika di studio kamar seni.

Masa yang lebih sedih bila saya selalu sakit kepala. Dalam seminggu boleh kata 2 kali mesti ada sakit kepala. Bila dah selalu sakit kepala, semua kerja tangguh, nak pergi COD barang pun tak jadi, sebab saya memang selalu bawa kereta. Akhirnya benda yang paling tragik dalam keluarga saya bila saya jatuh pengsan ketika bangun sahur pada malam jumaat. Semasa itu bila saya bangun, saya tak sedar, dan bangun tengok isteri dan anak pertama menangis kerana saya muka saya nampak teruk, takut saya macam kena strok.

Pagi itu saya mula jadi tak berapa betul. Saya jadi tak tentu hala dan semangat mula hilang, rasa macam tiada harapan dalam kehidupan. Petang itu saya pergi ke klinik dan mendapati tekanan darah tinggi saya melebihi 200. Saya terus pergi ke hospital dan mendapatkan rawatan. Alhamdulillah saya hanya perlu duduk di Zon Kuning, separa kecemasan. Saya ditahan sehingga subuh keesokan harinya. Itupun bacaan darah tinggi masih melebih 160.

Semasa di hospital, ada seorang doktor kata saya tak boleh diet sahaja, akan makan ubat selagi bacaan masih tinggi. Masa itu saya mula tercabar, dan akhirnya saya berbekalkan iltizam yang padu, nak kuruskan badan. Bermulalah sebuah kehidupan untuk kuruskan badan. Semua cerita saya kuruskan badan ini saya tulis sebagai #jurnalkurusjoelabu.

Apa yang saya buat ialah PUASA dan kawal portion nasi. Masa sahur saya cuma minum shake protein jenama terkenal. Berbuka pula dengan nasi separuh, lauk tanpa kuah, tiada air manis, hanya untuk kawal darah tinggi. Selepas itu saya berjaya turunkan berat badan sampai 3 kg. Masa hari raya, saya teruskan lagi puasa, tapi saya dan isteri juga sama sama pergi jogging taman. Paling gila yang saya buat ialah puasa 5 kali dalam seminggu. Selepas itu saya jogging sebelum berbuka dan kawal nasi makan separuh. Kalau makan dekat luar, sanggup kongsi dengan isteri nasi satu pinggan. Ada masanya saya bertukar menjadi vegetarian, makan sayur tak makan daging, ayam, ikan dan telur. Bayangkan dari 81kg boleh dapat 61kg, nak lagi gila pernah cecah 58kg. Semuanya saya berjaya buat dalam masa 4 bulan. Selepas itu saya hanya kawal berat tanpa melakukan diet yang 

 ekstrem Topik ini mungkin tak berapa penting, tapi bagi saya, menjadi seorang insan seni, nak buat persembahan, nak bergaya, biarlah kita sihat dan kurus. Barulah ada stamina lebih untuk beraksi. Jadi menjadi pemain bluesharp pun jagalah badan. Jangan tunggu sampai anda kena penyakit . Kalau rasa badan dah mula kembang, ambil langkah pertama sekarang !!

Related

Related Posts:

  • DIET PAK ITO
  • Cara Nak Hilangkan Pening Kepala
  • LO-FI MOHD JAYZUAN
  • Cara Hilangkan Pening Kepala
  • QAWALI BLUES
  • Jingling Nona
  • Comel Sungguh Babah
  • RIBUT PENDAMAI
  • Getaran Cili Api
  • ISTERI KEKUATAN HATI
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS
  • SAJAK
  • SANTAPAN
  • SAUDAGAR
  • SENI
  • SHAKLEE
  • SUKAN

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • Lagi-Lagi Senario: Lebih Dari Sekadar Lawak, Satu Cerminan Krisis Kewangan 1997 March 14, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2025 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes