Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAUDAGAR
  • SAINS
  • SHAKLEE
  • SENI
  • SUKAN
HARMONIKAWAN

Amri Yahyah Berjoget Tanda Protes

harmonikawan, February 18, 2014
Macam macam cerita yang aku dengar selepas mendapat berita Selangor tumbang di Larkin, dengan jaringan yang besar, 4-1, tapi itu kekalahan taktikal, tapi paling kecewa sekali terutama penyokong Selangor tentu sekali ialah aksi Amri Yahyah yang berjoget membantu jaringan Luciano, cukup membuatkan penyokong Selangor terus menarik balik status legend kepada Wak Am. Nampak sangat peminat begitu kecewa, setelah 12 tahun Wak Am bersama Selangor, akhirnya fans Selangor dijogetkan dengan kemenangan 4-1 di Larkin.

amri yahyah joget di jdt

Tak Profesional

Bak kata semua peminat bola sepak, tindakan Amri wajar tidak profesional, walaupun tiada undang undang yang boleh dikecam kerana hanya berjoget depan fans JDT. Itu hak Amri nak berjoget ke, zapin, inang atau hip hop. Dekat luar, kes macam ini ada juga yang berlaku, ingat lagi masa Adebayor meraikan jaringan Manchester City ketika menentang Arsenal, Adebayor terus berlari ke fans Arsenal dan meraikan jaringannya di sana. Nampak sangat Adebayor tak respect team lamanya, dan bos besar dia dulu masa tu Arsene Wenger. Hahha, tapi FA England bijak menghukum Adebayor digantung 3 perlawanan kerana tindakan keterlaluan Adebayor ketika itu. Tapi kes Amri ni rasanya tidak kritikal, sebab dia pun joget depan fans JDT, tapi pada masa yang sama fan selangor boleh nampak. Aku kalau pergi Stadium pun kecewa juga, sebab aku berharap dia boleh respek team lama dia. Walaupun begitu, isterinya masih berkawan dengan fans Selangor dan akhirnya Amri meminta maaf kepada penyokong Selangor kerana joget nye itu. Tapi nampaknya kali ini, luka dah berlubang, tiada istilah LEGEND untuk mu Amri dari peminat yang kecewa.

JDT Menang Psikologi

Walau apa pun jaringan , JDT nampaknya berjaya memenangi perlawanan psikologi, dan akhirnya meninggalkan kesan mendalam kepada penyokong dan pemain Selangor, bukan kerana jumlah jaringan, tapi kerana aksi Wak Am sendiri yang makin dibincangkan, termasuk aku yang tulis blog ni. JDT berjaya melemahkan peminat Selangor, rata rata masih lagi sedih dengan tindakan Wak Am. Moral penyokong nampak lemah ketika ini, dan kalau dibiarkan, nampaknya boleh jadi tak tentu hala jawabnya penyokong dan pemain Selangor sendiri.

Protes Kepada Pengurusan Selangor ?

Aku tak pasti betul ke ada orang kata Wak Am tak suka pengurusan Selangor ? Tapi itulah joget yang membuatkan penyokong Selangor kena buka mata, terima dengan hakikat Selangor dah mundur kebelakang dari segi pengurusan. Nampak sangat Selangor bukan lagi team yang hendak di singgah oleh para pemain, walaupun dah menang 32 kali Piala Malaysia. Status pasukan bersejarah bukan lagi menjadi pilihan pemain bola sepak sekarang. Zaman sekarang ialah zaman pemain join pasukan yang offer gaji tinggi, beserta pengurusan dan penyokong terbaik yang sentiasa memenuhi stadium tak kira menang atau kalah. Masa depan pemain sekarang lebih kepada nak cari duit, dan hidup lebih lama, fikir untuk masa depan sendiri, dan tak sanggup nak kejar status legend di negeri masing masing.

Bangkit PENYOKONG SELANGOR, LUPAKAN WAK AM

Bangkit dan terus bangkit, jangan dibuai mimpi, jangan sindir Wak Am, jasanya kepada Selangor dulu amat besar, tapi itu cerita dulu, cerita joget pun dah lepas, sekarang masanya untuk fokus kepada perlawanan akan datang. Piala AFC pasti Selangor kena terus mengorak langkah dan bermain bersungguh-sungguh. Tak perlu bintang, bermainlah sepenuh hati dan berusaha sedaya upaya. Pengurusan pula kena bangkit, naikkan balik nama Selangor, cari sponsor, dan sebagainya. Kalau rasa nak balas dendam, jangan sindir Wak Am di lama sosial, kita ajar mereka di padang nanti. Tunjukkan Selangor boleh menang di Shah Alam nanti, itu sahaja pengajaran untuk mereka yang kurang ajar, bukannya sorak boo kepada bekas pemain Selangor, kalau main pun tak menang.

Related

Related Posts:

  • Boleh Tak Andik Menjulang Liga Super 2014 ?
  • Surat Kepada Amri Yahyah
  • Gajah Kena Sembelih Di Shah Alam
  • Selfie Pasukan Selangor Kalahkan Tok Gajah
  • T-Team Mangsa Pertama Tiki-Taka Selangor
  • Pemain Pertahanan Terbaik Selangor
  • Cerita Bola Sepak Terbaik oleh Faiz Saaid
  • JDT Bodoh ?
  • Nazmi Faiz Buat Zainal Gigit Jari ?
  • Seri Berseri Pasukan Selangor 2013
SUKAN

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS
  • SAJAK
  • SANTAPAN
  • SAUDAGAR
  • SENI
  • SHAKLEE
  • SUKAN

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • Lagi-Lagi Senario: Lebih Dari Sekadar Lawak, Satu Cerminan Krisis Kewangan 1997 March 14, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2025 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes