Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAUDAGAR
  • SAINS
  • SHAKLEE
  • SENI
  • SUKAN
HARMONIKAWAN

T-Team Mangsa Pertama Tiki-Taka Selangor

harmonikawan, January 18, 2014
Alhamdulillah, selepas penat mengisi perut di rumah Epul Jaguh, akhirnya hari ini saya dapat balik ke rumah untul menonton perlawanan pertama Selangor di kaca tv Astro Arena saluran 801. Perlawanan pertama Selangor dengan T-Team dimenangi oleh Selangor dengan jaringan kepala kojek Paolo Rangel 2 kali. Tapi paling menarik tentu sekali bila Selangor kata nak main style tiki-taka. Ok jom baca cerita saya di bawah .
selangor awal musim 2014

Tak Jadi ke Stadium MBPJ

Sepatutnya petang yang mendung lagi berlumut adalah medan untuk saya dan abang saya Mutasi untuk turun ke stadium menonton sendiri anak buah Mehmet Durakovic beraksi untuk perlawanan petang pertama liga super menentang adik skuad penyu. Bila batery handphone dah kehabisanlullazi, dan diikiti pula sesi mengangkat papan luncur MKB dan Mommy Hadhatina, masa telah melebihi pukul 4 petang, terus bergegas balik ke rumah, tapi nampaknya harapan nak pergi stadium punah, akhirnya Astro menjadi penyelamat petang yang sibuk , dapatlah melayan kuasa maharaja lawak Hasbulullah Awang sambil dibantu oleh Hasnizam Awang. Oklah, kali ini Andik Vermansyah atau Syuib Sepahtu hanya menyejukkan bangku simpanan pasukan Selangor.

Tiki-Taka atau Teka teki teka tekuk ?

Bila gua dengar Mehmet janji nak sajikan yang tebaik untuk fans Selangor, gua macam tak percaya. Lagi -lagi banyak page troll football macam Sukan STAR pun troll team red giants bila Mehmet cakap musim ini Selangor nak main ala tiki-taka eropah. Oklah, pada minit pertama sahaja, Azmi Muslim boleh hilang fokus, tahan bola pun tak betul. Aku rasa macam tak jadi je  Selangor nak main tikit-taka. Oklah, takpa aku sabar sekejap, mungkin lepas ini, Selangor akan bangkit.

Gurusamy menghidupkan TIKI TAKA Selangor !!!

Bila permainan bertambah panas, nampaknya, Selangor menunaikan janji mereka untuk bermain tiki-taka. Watak penting dalam taktikal Selangor kali ini tentu sekali K. Gurusamy, Shukor Jusoh dan juga player import Selangor, Junior dari Brazil. Mereka bertiga saling memberikan bola, dan menghidupkan tiki-taka Selangor. Boleh dikatakan, sejak zaman Irfan Bakti, Selangor suka menyerang membuta tuli, dan selalu membuat long pass untuk membuka permainan, dan masa dulu Amri Yahyah menjadi target men untuk membuka ruang dan peluang. Berbeza pada musim 2014, Selangor ada suatu ketika bermain dalam kawasan sendiri hampir 2 hingga 3 minit, semata-mata ingin menunggu masa untuk pemain T-Team membuka ruang kepada mereka untuk menyerang. Junior dan Guru antara yang paling sibuk di kawasan sendiri jika Selangor ingin memulakan serangan. Boleh dikatakan, satu masa itu, player T-Team jadi bosan dengan tiki-taka Selangor. Walaupun ada kelam kabut sedikit, tapi nampaknya, setiap serangan dan gerakan satu-dua Selangor memang menarik, dan banyak peluang tercipta, lagi lagi pada separuh masa kedua. Hasil tekanan kepada pasukan lawan, akhirnya Paolo Rangel berjaya menanduk 2 gol Selangor untuk mengutip tiga mata berharga .

Tingkatkan DISIPLIN !!!

Apapun, saya nampak ada beberapa pemain Selangor yang kurang gemar dengan teknik tiki-taka ini. Salah satunya mungkin atas faktor kurang sabar, dan paling ketara ialah kurang FOKUS. Permainan tiki-taka memerlukan kesabaran dan asas tahan bola yang tinggi . Jadi, pemain perlu ada DISIPLIN dan SABAR bila hendak bermain tiki-taka. Selain itu, KREATIVITI tiki-taka Selangor masih kurang menjadi bila masuk ke kawasan  hujung pihak lawan. Bila masa Kunalan berjaya ke tepi, tiba tiba terus hantar ke tengah kepada target man Paolo Rangel. Paling penting sekali, tiki-taka yang hebat hanyalah bermain bola bawah, dan teruskan bermain short pass walaupun berada dalam kawasan pertahanan pihak lawan. Jadi pemain Selangor ada yang masih terbiasa dengan corak lama . Mehmet perlu buat sesuatu dan terus bagi semangat kepada pemain, bahawa TIKI TAKA SELANGOR MENJADI KENYATAAN !!!

Related

Related Posts:

  • Boleh Tak Andik Menjulang Liga Super 2014 ?
  • MEHMET DURAKOVIC - Piala Malaysia Dan Stadium Shah Alam
  • Gajah Kena Sembelih Di Shah Alam
  • Amri Yahyah Berjoget Tanda Protes
  • Gergasi Hidup kembali Selepas Kena Tembak
  • Seri Berseri Pasukan Selangor 2013
  • Selfie Pasukan Selangor Kalahkan Tok Gajah
  • Selangor Bangkit Lagi, ATM Tersungkur Di Shah Alam
  • Sayonara MISI 33
  • Pemain Pertahanan Terbaik Selangor
SUKAN

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. Flintoff says:
    September 17, 2017 at 10:40 am

    check my website

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS
  • SAJAK
  • SANTAPAN
  • SAUDAGAR
  • SENI
  • SHAKLEE
  • SUKAN

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • Lagi-Lagi Senario: Lebih Dari Sekadar Lawak, Satu Cerminan Krisis Kewangan 1997 March 14, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2025 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes