Pemain Pertahanan Terbaik Selangor harmonikawan, July 13, 2013 Haiya, ini posting sudah lama aku mahu buat, tapi rasanya, hari ini baru nak tengok balik draft post yang aku nak karang ni. Sepatutnya aku nak buat pasal 10 pemain pertahanan terbaik Malaysia, tapi nampaknya aku ni memang tahu player Selangor je jadi aku nak ceritalah sikit apa yang aku tahu masa aku tengok bola dulu. Hahaha, pasang surut pasukan bola sepak Selangor memang sukar diduga. Jadi kesetiaan aku nak follow bolasepak Selangor pun ada pasang surut. Tapi time menang jelah, time kalah, susah gila. Apapun aku sempat jugak melalui zaman 95-97, zaman paling gemilang Selangor masa Aini Taibjadi manager. Oklah jom tengok cerita aku ni. Datuk Soh Chin Aun dan Santokh Singh Zaman Selangor paling legend, defensive kebal negara, banyak Piala Malaysia, masa ini kita ada R Arumugam dan Mokhtar Dahari. Hoo, aku tak pernah tengok diorang beraksi, hanya menonton rakaman ulangan di TV dan Youtube. Tapi bagi, zaman bersejarah kita tahun 1970an ini memang klasik, tapi kita jangan selalu sangat ghairah dengan sejarah Selangor masa ini. Aku perasan, kebanyakan player negara masa ini pun main untuk Selangor, jadi memang dominasi Selangorlah ketika ini. Tapi sekarang zaman dan berubah, kita dah ketinggalan. Pasukan Selangor aku pun, tak nampak lagi pembaharuan, paling sedih Piala AFC pun main macam dalam library, penyokong, berapa kerat je. Zaman Karel Stromsik Aku ingat lagi, masa zaman ni, ia final piala FA ketika perak lawan selangor. Memang aku ingat ketika itu, perlawanan yang dimenangi oleh Perak, hasil come back dari ketinggalan 2-0 akhirnya Perak memenangi Piala Fa dengan jaringan 2-4. Perak menjadi juara. Tapi aku memang ingatlah, sejak zaman tu, Karel Stromsik yang paling menyerlah,dengan gaya yang ala-ala rockers, siap terbang diving tak ingat. Aku dan abang aku masa zaman kami kecil siap tiru gaya dia , diving atas katil, hahah, lepas tu seronok lah jugak, praktis jadi gol keeper.Aku tak berapa ingat dah pemain Selangor yang menyerlah, tapi masa zaman ni, Zainal Abadin Hassan, Dollah Salleh, dan Fandi Ahmad, menang piala Malaysia pada tahun 1992, dan selepas itu jugak aku tengok macam mana Kedah pula memang Piala Malaysia ,zaman Radhi Mad Din rasanya kalahkan Singapura. Zaman Emas Selangor 1995-1997 Zaman paling gemilang, aku ingat lagi,masa ini bolehlah dikatakan, Selangor adalah penyokong terbaik dalam Malaysia, tapi masa ini budaya ULTRAS takda lagi rasanya, facebook pun tiada lagi. Masa ini aku rasa dengar dalam radio 3 Selangor. Ishak Harun yang jadi DJ pengulas masa tu, fuuhh, punya ulas, bajet power.Hahhaa,time masa di Stadium Shah Alam, aku ingat lagi bapa aku yang bawa kitorang tengok bola buat kali pertama di Stadium keramat Red Giants. Hoo masa ini, nama-nama yang aku ingat tentulah barisan emas skuad Selangor, Sharil Arshad, Nazab Hizan, Asmawi Bakiri, Talib Sulaiman, Azlisham Ibrahim, V Murugan, dan lain-lain. Yang paling power tahun 1996, Yap Kam Choon, aku tak tahu dia buat apa sekarang. Mungkin dah jadi tauke restoran. Aku tak ingat pulak, ada satu defends player ni, ramai tak suka dia rasanya, tapi aku tak ingat nama dia, memang bebudak ni kalau pergi stadium, mesti suruh budak ni keluar. Korang ingat tak nama dia ? Adui !!! Tapi zaman ni, pemain senior yang ada tentunya K Gunalan dan P Maniam, Hahaaha. Yang tak boleh belah ialah K Gunalan ini asyik main passing belakang je, memang kitorang pergi stadium, mesti bengang. Cara serangan K.Gunalan memang hebat, kadang-kadang dia yang datang menyerang, memang best terhibur masa zaman ini. Semua kawan-kawan sekolah, bangga dengan pasukan red giants. Tapi bebudak sekarang pun, aku dah jarang tengok yang suka Red Giants, tapi diorang ni suka pakai jersey JDT dan TRW. Zaman 2002 -Amri Yahyah dan D Surendran Zaman di mana Amri dan D Surendran mula mencipta nama. Aku ingat lagi, masa ini aku rasa masa ini, Selangor menang piala Malaysia mengalahkan Sabah melalui jaringan emas Amri. TApi sayang , masa ini K Sanbagamaran main untuk Sabah. Tapi zaman defense ni ialah masa tu Sukor Adan, dan B Rajnikanh dah mula join Selangor dari Negeri Sembilan. Tak berapa nak ingat dah aku, tapi Ken Worden Kembali dan membawa Piala Malaysia kembali kepada Selangor. Lepas tu, Selangor menang Piala FA lawan Sarawak dan terus merundum. Zaman Bambang dan Elli Alboy -2005 Antara zaman treble Selangor, yang memanjat dari Liga Premier ke Liga Super. Selangor tahun ini paling cemerlang dengan memenangi TREBLE.Hahha, tapi still tak boleh lawan KEDAH yang berjaya cipta rekod Double Treble di bawah kendalian Azrai Khor. Masa ini defensive selangor di bimbing oleh Sukor Adan. Selain itu jugak, ada seorang senior sekolah abang aku, budak budak panggil dia Badot, hahaha. Tapi tahun ini jugak K Sanbagamaran adalah watak penting kebangkitan Selangor, selaindari Nazab Khizan yang banyak menghidupkan jentera serangan Selangor. Time ni pulak,Amri belum begitu menyerlah seperti sekarang. 2006 hingga Sekarang ? Walaupun Selangor pernah memenangi Liga Super 2009 dan 2010, tapi watak garang pertahanan Selangor gagal menjulang Piala Malaysia. Bertukar ganti pertahanan kita, dari Achong, Nasriq, Asra, dan Mahali, nampaknya, Selangor kena bekerja keras di bahagian pertahanan, untuk menjulang Piala Malaysia. Kita mungkin harapkan Mahali untuk menyerlah, tapi nampaknya tidak cukup untuk menghadapi Piala Malaysia tahun ini. Pasukan lain nampaknya betul-betul mahu bersaing,dan ada pengalaman tersendiri. Sekarang terpulang kepada Pengurusan Selangor, bagaimana mereka boleh membawa Piala Malaysia ke Shah Alam kembali. Nampaknya pemain Selangor kena kerja keras lagi. Semuanya tentu boleh. Related Related Posts:Mahali Jasuli Buat Hal LagiMEHMET DURAKOVIC - Piala Malaysia Dan Stadium Shah AlamPengedar Shaklee Ibarat BOLASEPAK !!!Kriteria Pemilihan Pemain Bola SepakAmri Yahyah Berjoget Tanda ProtesSeri Berseri Pasukan Selangor 2013Selangor Bangkit Lagi, ATM Tersungkur Di Shah AlamTerima Kasih Irfan BaktiPemilihan Pemain Bola Sepak : Kena Pakai Duit Banyak Ke ?Nazmi Faiz Buat Zainal Gigit Jari ? SUKAN