Cerita Ekonomi Malaysia harmonikawan, July 6, 2015 Bangun pagi, bangun sahur, sebelum itu, mesti scroll newsfeed, tengok-tengok, cerita PM kena tuduh songlap 1MDB punya duit masuk akaun sendiri. Katanya Wall Street Journal, WSJ yang kata ada bukti, tapi PM najib very marah, dia mahu ambil tindakan dan report polis, heheeh. Tapi itu tak boleh lindungi cerita ekonomi malaysia yang tengah tenat sekarang. Ringgit Malaysia Yang Makin Jatuh Nampaknya ringgit malaysia, jatuh di paras paling buruk dalam sejarah duit malaysia. Dulu zaman Mahathir pun dia taknak pinjam IMF, katanya nanti merosakkan keadaan. Tapi gua ada baca satu blog juga, katanya Mahathir nak selamatkan kawan-kawan dia, tapi nampak macam betul, nampak macam tak betul pun ada. Tapi kejatuhan ringgit ini, kita dah takda kuasa nak membeli. Korang tahu, siapa yang import barang dari negara luar, contohnya pemborong barang dari China, mesti terasa kejatuhan ringgit, dan pernah dengar duit kita hampir tak laku. Itu belum lagi yang import barang dari US, dan negara-negara lain. Kenapa Kena Buat GST ? Lagi teruk apabila kerajaan terpaksa laksanakan GST. Ada orang kata ok, tapi ada yang tak setuju, sebab apa ? Sebab barang confirm NAIK HARGA, lagi lagi masalah untuk rakyat. Lagi ramai akan ambil peluang untuk naikkan harga barang. Paling memimbangkan, terdengarlah jugak , kalau kerajaan tak buat GST, nanti kerajaan boleh Bankrap. Betul ke ? Ye ada logiknya. Masalah di Greece, yang makin teruk, memang kerajaan diorang terpaksa naikkan cukai GST ini setinggi yang boleh, pergh memang untuk selamatkan negara diorang. MAS , JVC dah buang Pekerja , Company Lain Akan Turut Serta !!! Kalau lah korang perasan, MAS dah buang banyak pekerja, sebab ianya memang dah rugi dari dulu lagi. Ini pulak diikuti dengan cerita JVC, dan tak hairan jika ramai akan diberhentikan kerja untuk cut cost operation. Hmmm, itu memang petunjuk ekonomi tak stabil. Tahun 1997, memang tenat, ramai takda kerja, buat part time dan sebagainya. APA NAK BUAT ? Ye, itulah jawapan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Ada yang mengeluh, suruh tukar kerajaan, suruh PM letak jawatan, dan macam-macam lagi. Tapi menteri kata, ramai je yang shopping raya dan makan KFC bila minyak naik. Ada lagi power, katanya jangan balik kampung untuk jimat kos. Hhahaa Di sebalik kesengsaraan yang dihadapi, ada juga segelintir manusia yang bijak, buat macam-macam perniagaan , dan ada je yang makin kaya dari situasi ini, ada yang join macam-macam skin pelaburan dan macam-macam lagi. Tiada jalan lain, sama ada korang berjimat, atau korang kenalah usaha tambahkan pendapatan. Cara nak tambah DUIT EXTRA ? Tak susah, jom tengok senarai business di bawah ini: Buat Duit Dari Rumah – buat wanita, yang suka nak menulis blog, apa kata korang belajar cara buat duit dari rumah, memang bestkan, memang boleh untuk kalau korang betul-betul fokus, confirm boleh berjaya, macam wife aku. Buat Business Burger – orang laki ada je yang kreatif dan rajin. Zaman business burger ini daha lama dah, sejak saya kecil lagi. Tapi kalau korang nak bagus , cuba klik di atas, dan jangan tak tahu, business burger yang kecil biasa-biasa boleh jadi besar dan kaya-raya kalau kena dengan caranya. Main Pelaburan EMAS – zaman sekarang ini banyak je pelaburan emas. Tapi kena tahu skill bermain emas dengan betul. Jadi kenalah, tahu selok belok bermain emas. Tapi yang ni kena ada modal sikitlah, kalau tak teruk jawabnya. Dropship – Buat business dropship pun best, korang tak fikir dah pasal produk, tapi lebih layan korang boleh je dapatkan untung dengan menjual produk orang lain. Kalau kena dengan gaya dan usaha, memang boleh untuk besar Main Facebook – hahaha, ini bukan main sebarang main, bukan layan gosip panas, bukan main saje-saje layan awek uitm, tapi dengan teknik yang betul korang boleh dapat duit, buka FB dapat duit, pergh memang layan YES Shaklee – hahaha, yang ni aku tengah buat sekarang. Yuran yang murah, untuk sertai shaklee, rasa sendiri produk yang 50 tahun berkesan dan selamat. Memang sesuai untuk semua yang sukakan kesihatan, dan ingin menolong orang lain berjaya. Sangat best JOM KERJA RAJIN Memang tak dapat dinafikan, kejatuhan ekonomi bukan bidang kawalan kita. Tapi rezeki Allah tu Maha LUAS, bak kata Robert Kiyosaki, orang jatuh, ada orang naik. So setiap kejatuhan ada Allah nak bagi tuh. Seperti surah yang kita selalu baca, surah Al-Insyirah, 5-6 Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan Related Related Posts:Amsyiq GOLD Dulu dan SekarangBetul Ke Ekonomi Malaysia 2015 Jatuh TERUK ?Jatuh Bangun Dalam BusinessMembeli Emas di Amsyiq Gold5 Sebab Kenapa Nak Buat Blog BaruMacam Mana Nak Dapat Duit Banyak ?Cara Nak Dapat Kawan RamaiMalu Apa Bossku - Najib Bangkit Selepas Kecewa Kalah PRU14Lawak PakatanKenapa Nak Saman OLA BOLA ? SAINS SAUDAGAR
Hopefully Malaysia x jadilah mcm Greece huhu.. Jom Terjah: Bukti cukai GST menyusahkan rakyat berbanding SST Reply