Hospital Klang : Identiti Masyarakat Malaysia ?
Salam sejahtera semua. Tak sempat nak update blog pagi-pagi, jawabnya saya update blog malam-malam. Alhamdulillah, adik ipar saya Dr Ainal Faezah, selamat melahirkan anaknya, kami sempat melawat mereka berdua di Hospital Tengku Ampuah Rahimah ,HTAR, Klang, Selangor. Ok, ni hospital paling legend dalam sejarah Malaysia, dan tempat lahir cik Mas dulu. Aku rasa dah lama aku tak pergi tengok hospital ni. Oklah, sebab Arreessa kan anak manja, bertuah duduk hospital DEMC yang macam hotel, so aku rasa Hospital Klang ni, cukup buat aku faham sesetengah golongan masyarakat. Oklah, ni macam aku tulis style Mazidul 360, mencari identiti masyarakat kita di sini
Hospital Klang |
Pentingkan Diri
Aku faham, dan kita semua faham, kalau dah family kita semuanya masuk hospital, tentu kita susah hati, nak cepat, nak tengok, ramailah datang berduyun-duyun melawat. Tapi, aku tak nampak mereka ni hormat kepada golongan yang sakit atau golongan tua . Satu contoh yang aku tengok ialah mereka ni semuanya berebut nak naik lift, petang tadi, aku tengok lift tu macam sardin, kalau boleh nak sumbat semua, sampai orang dalam tak selesa. Aku tengok juga, diorang tak reti nak bagi orang yang sakit masuk dulu, tahu-tahu lift kosong terus serbu. Aku kesian juga pesakit yang duk atas katil, nak turung dengan lift, terpaksalak nurse berhimpit. Bagi aku, kita boleh respect pesakit dulu untuk gunakan lift . Bagi golongan yang muda, boleh guna tangga jika tiada apa-apa yang kritikal, kita boleh bagi golongan yang kurang upaya untuk guna lift.
Tandas Kotor
Satu benda yang paling aku tak suka, ye, masyarakat kita, memang suka Tandas KOTOR. Aku tahu, hospital ni dah lama. Tapi aku harap pihak tertentu, atleast, tolong bersihkan tandas, dan biarkan tandas tu nampak sempurna, berfungsi. Yang ni aku tengok, tandas kotor, pintu rosak. Aku tak kisah bangunan lama ke hapa, tapi yang penting, biarlah kemudahan kita ni, bersih dan terjaga. Kata kerajaan prihatin, tapi nampak gayanya, tak terjaga. Maybe diorang fikir yang datang ni semua takda duit, jadi kemudahan pun ala kadar je,
Laluan ke Surau
Aku kesian juga, rasanya laluan ke surau amat jauh sekali, dan tiada jalan yang dekat dan mudah untuk ke sana. Aku cuba tanya nurse, dia pun cakap, surau kat luar, pastu tanya guard. hahaha, kalau orang tak biasa, boleh sesat. Laluan dia pun tak mesra. Kalaulah mak bapak kita, tak larat nak ke surau, ambil jalan yang sukar. Lepas tu pulak aku tak nampak satu pun petanda arah ke Surau. Mungkin negara kita ni Islam rasmi sahaja. Lepas ni maybe pihak hospital boleh mudahkan orang tua/kurang upaya mudah ke surau.
Hospital Baru ?
Hahaha, kalau banyak duit, oklah buat hospital baru. Tapi, kalau hospital baru pun tak terjaga, tak guna juga. Hospital Shah Alam pun, lambat siap, hahah, inilah dikatakan, masalah masalah dan masalah budaya yang melanda sekarang. Ok, kerajaan kata kita kena bersyukur sebab kerajaan dah bagi semua ini dan ini. Aku cuba beri pendapat,sebab aku tahu, kita nak melangkah ke negara maju. So tak kisahlah, bangunan lama ke baru, tapi biarlah kita jadi orang yang beradab, dan bukannya pengotor !!!
4 comments