Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAUDAGAR
  • SAINS
  • SHAKLEE
  • SENI
  • SUKAN
HARMONIKAWAN

Kenapa Harun Din Tak Boikot Amerika ?

harmonikawan, September 18, 2016
Pada hari jumaat, 16/9/2016, memang bangun pagi tuh bangun, selepas solat subuh, rasa sejuk sedap je, rupanya nak hujan. Buka berita facebook, katanya Haron Din dah tenat, tak sampai satu hari, Haron Din menghembuskan nafas terakhir di bumi Uncle Sam, di Hospital Stanford, California, dan selamat bersemadi di sana, atas permintaan beliau sendiri.
haron din meninggal di california

Perginya Ulamak Di Hari Malaysia

Tapi cerita perginya seorang Ulamak tersohor nih, ada pula suara suara sumbang, ye bukanlah sumbang, tapi sebenarya satu persoalan yang aku rasa Allah nak kita fikirkan. Masa hari Malaysia, disebalik kita sogokkan dengan keharmonian kaum di tv, tapi jelas sekali di facebook realitinya ramai mengkritik dengan bahasa kasar terhadap Harun Din. Memang dasyat sekali. Tak kurang juga yang kutuk perubatan darussyifa, kenapa dia tak minum je air jampi beliau. Memang gile persoalan dan rantaian masalah, disebalik hari malaysia dan pemergian ulamak tersohor ini.

Solusi TERBAIK

Satu perkara yang mungkin Allah nak tunjukkan kepada aku kisah Harun Din ini ialah tentang PENCARIAN SOLUSI YANG TERBAIK !!! Ada beberapa perkara yang aku terfikir , aku tuliskan begini.
  1. Harun Din pergi ke Hospital Stanford tuh bukan sebarangan hospital tuh hospital ke 15 terbaik dunia, dalam bidang pembedahan jantung dan kardiologi. Yang ni korang boleh rujuk kat sini: Sebelum tuh pun, dia pernah buat pembedahan pintasan jantung di situ pada tahun 2012.
  2. Ramai yang tahu ilmu Harun Din tentang perubatan Islam memang hebat , tapi Harun Din pun merujuk kepada ilmuwan yang lebih pakar tentang pembedahan jantung, merujuk kepada Hospital Stanford.
  3. Segala usaha tentu dah dibuat di Malaysia, segala perubatan semua dah dibuat, doa, jadi dewan ulama pas, bersepakat untuk mencuba yang TERBAIK di luar malaysia pula, mengikut kemampuan mereka juga ketika itu.
  4. Cerita Uthman bin Affan membeli perigi yang dimiliki yahudi di Madinah , adalah solusi terbaik untuk mendapatkan bekalan air bersih, walaupun ada beberapa sumur yang lain, tapi perigi milik orang yahudi itu adalah yang TERBAIK ketika itu.
  5. Rasulullah pernah mencagarkan baju besi untuk mendapatkan bekalan makanan dari seorang yahudi, walaupun bukan darurat ketika itu. Mungkin itu yang TERBAIK ketika itu, walaupun ramai je para sahabat yang kaya ketika itu.
hospital stanford
Setakat beberapa isi yang aku sertakan ini belum cukup, dengan limitasi ilmu yang ada. Tapi pengajarannya, seorang Islam yang bagus,akan mencari SOLUSI yang TERBAIK, akan buat yang TERBAIK, dan belajar dari mereka yang TERBAIK, walaupun belajar dari bukan Islam, atau belajar dari YAHUDI sekalipun.

Pengajaran

Kisah Haron Din ni buat aku fikir dan yakin sekali lagi, kita semua kalau boleh nak yang TERBAIK untuk kita dalam semua aspek. Contohnya dalam bab kesihatan, aku buat pilihan metodologi kesihatan aku ialah memilih makanan tambahan TERBAIK di dunia, memilih yang mempunyai kajian dan #landmarkstudy yang mantap. Cara perkongsian yang mudah disebarkan aku pilih facebook, yang TERBAIK di dunia, cepat dan mudah viral, walaupun facebook ni banyak juga mengarut dan facebook ni pun YAHUDI punya.
rakyat malaysia marah haron din

Related

Related Posts:

  • DNA SALES VS DNA MARKETING ?
  • Kelebihan Waktu Sahur
  • Falling In Love
  • Yabang - Jinbara, Khalifah dan Qasidah
  • PUASA 4 BULAN
  • 4 Amalan Murah Rezeki
  • Salahkan BANJIR ?
  • Jatuh Bangun Dalam Business
  • Nasihat Terakhir P Ramlee Dalam Filem Laksamana Do Re Mi
  • Bank Konvesional Iblis, Bank Islam Dajal
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (22)

  1. Ayu says:
    September 18, 2016 at 8:49 am

    Betul! Saya setuju.. Dalam islam pun, kalau ade mslh kna bertanya pd yg pakar….yg 'ahli'nya..

    Reply
    1. faizsaaid says:
      September 18, 2016 at 9:21 am

      ahli pengakap,ahli jantung, ahli shaklee, ahli ahli

      Reply
  2. Zaleha Awaluddin says:
    September 18, 2016 at 2:38 pm

    Sy sgt setuju dgn tuan. Jgn jd bodoh sombong smp menidakkan kemampuan bangsa lain.

    Reply
    1. faizsaaid says:
      September 18, 2016 at 9:55 pm

      bahaya bodoh sombong nih

      Reply
  3. Dilla Jalil says:
    September 18, 2016 at 2:46 pm

    Woww..saya suka dengan penulisan ini dan setuju dengan En. Faiz

    Reply
    1. faizsaaid says:
      September 18, 2016 at 9:55 pm

      terima kasih dilla jalil

      Reply
  4. syuhada says:
    September 18, 2016 at 3:08 pm

    Saya setuju…tq atas pencerahan…

    Reply
    1. faizsaaid says:
      September 18, 2016 at 9:55 pm

      sama sama

      Reply
  5. Nurul Husna says:
    September 18, 2016 at 3:35 pm

    Penjelasan yang ringkas tapi padat. Sokong 300%.

    Reply
    1. faizsaaid says:
      September 18, 2016 at 9:55 pm

      terima kasih

      Reply
  6. umminani says:
    September 18, 2016 at 4:42 pm

    very softsell
    i like

    Reply
    1. faizsaaid says:
      September 18, 2016 at 9:56 pm

      thank you ummi nani

      Reply
  7. Daus Redscarz says:
    September 18, 2016 at 6:24 pm

    Tak puas rasanya membaca ulasan ni.. mungkin ada lagi ulasan selepas ni ?

    (Thumb up)

    Reply
    1. faizsaaid says:
      September 18, 2016 at 9:57 pm

      insyaallah bila Allah turunkan ilham dia

      Reply
  8. Daus Redscarz says:
    September 18, 2016 at 6:24 pm

    Tak puas rasanya membaca ulasan ni.. mungkin ada lagi ulasan selepas ni ?

    (Thumb up)

    Reply
    1. faizsaaid says:
      September 18, 2016 at 9:57 pm

      mungkin ada mungkin merapu

      Reply
  9. Kakmastory says:
    September 19, 2016 at 2:53 am

    Boleh sambung lagi tak en faiz..rasa tak puas baca dan rasa mcm ada lagi yang en faiz nk sampaikan.coz selalu baca tulisan en faiz mesti oanjang n lg.padat

    Reply
    1. faizsaaid says:
      September 19, 2016 at 3:02 am

      ilmu ni banyak lagi nak kena belajar, saya pun tulis sekadar yang diilhamkan Allah kepada saya,

      Reply
  10. Anonymous says:
    September 20, 2016 at 7:32 am

    Bro ni tinggal kat Seksyen 8 ke? Sebab macam pernah nampak lepak kat mamak Darul Ehsan la.

    Reply
    1. faizsaaid says:
      September 20, 2016 at 7:42 am

      memang sangat bro, rambut gile gerbang, sapa lagi, hehehe

      Reply
  11. Telebrands says:
    July 19, 2017 at 9:24 am

    SEO Training in Lahore

    SEO Expert in Lahore

    SEO Company in Lahore

    SEO Services in Lahore

    SEO Training in Urdu

    Unique IT Center

    Reply
  12. 24infoall says:
    July 19, 2017 at 2:07 pm

    24 Info All

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS
  • SAJAK
  • SANTAPAN
  • SAUDAGAR
  • SENI
  • SHAKLEE
  • SUKAN

Recent Posts

  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • Lagi-Lagi Senario: Lebih Dari Sekadar Lawak, Satu Cerminan Krisis Kewangan 1997 March 14, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2025 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes