Tukar Duit Raya Jadi Emas

Alhamdulillah, hari ni raya ke 7, tentunya ramai dah kerja, dah mulakan kerja. Jadi tentu nak meneruskan mencari rezeki, nak simpan duit beli barang keperluan dan juga nak bayar hutang-hutang dan bil-bil. Bak kata rezeki anak Arreessa, confirmlah dapat duit raya dari saudara-mara dan juga kawan-kawan. Apapun semalam saya bawa Arreessa untuk tukarkan duit raya Arreessa menjadi Emas 1 gram Amsyiq Gold. Ada yang simpan ASB, ada yang menabung, hehehe, terpulang kepada anda.

Beli Emas Sekarang Rugi

Memang, kalau kita ikutkan zaman sekarang ni, kalau dah tukar duit fiat, duit kertas kepada Emas, rasanya memang rugi, sebab, emas tu, jual balik, harga makin rendah. Tapi kebanyakan pelabur emas, pandai bermain dengan harga semasa emas, dan di sini mereka bermain macam-macam teknik analisis supaya Emas yang mereka beli dapat memberikan pulangan kepada mereka, iaitu keuntungan dari segi wang ringgit !!! Tapi ada juga teknik menggandakan emas dengan menggunakan strategi Ar-Rahn, bagi yang betul betul faham dan mampu untuk membuat teknik ini. 

Inflasi dan Susut Nilai

Wang sekarang ni, makin lama makin tak bernilai, sekarang ni, China juga telah mencetak wang sesuka hati, dan ini diakui lebih besar dari Amerika sana. Di sini berlakunya penipuan paling besar, dan apa yang menakutkan, KEKAYAAN kita akan di ROMPAK , dengan cara halus, dan lebih kejam dari pencuri dan perompak serta penembak yang semakin menjadi jadi. Cara yang kita nampak macam DIBENARKAN, sebenarnya menipu je, dan bak kata mat Mike Maloney, cara terbaik untuk kita menghadapi zaman ini ialah dengan ILMU tentang EMAS, DUIT, FIAT dan sebagainya. Apa yang pasti, kejatuhan harga Emas ialah peluang untuk kita melindungi kekayaan yang ada sekarang.

Kenapa Saya Memilih Amsyiq Gold 

Setakat ni, sebenarnya seksyen 8 dekat je dengan seksyen 7, dan ada kaunter, ada ofis yang setiap hari buka. Dekat dengan jackel seksyen 7. Jadi nak beli senang, nak jual masa terdesak pun senang. Saya sekarang dealer 2% dan kalau jual balik, harga susut hanya 4% bagi semua produk Amsyiq. Tapi kalau anda senang beli produk lain, silakan. Janji anda senang dan sama -sama kita menukar duit fiat kepada EMAS. Ingat ye, Emas bernilai bukan kerana nilainya naik, tapi lebih daripada itu, ianya kekal. Dulu 1 gram emas, tetap 1 gram emas. dulu beli kambing 1 dinar, sekarang pun 1 dinar juga !! Apapun, jangan lupa baca tentang saya di laman web Amsyiq di sini, cerita saya bawa anak beli emas !!! Oklah, saya nak pergi tukar lagi duit duit yang ada. Tapi janganlah tukar semua !!! 

So sekarang ni, tiba masanya kita mendidik anak kita MENABUNG EMAS dan PERAK. Kalau nak lagi penerangan power, tanya big daddy MKB, dia lagi PAKAR !!!

Post Comment