Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN

Income

harmonikawan, February 8, 2017

BERJIMAT CERMAT DAN TAMBAH INCOME

Setelah aku melayan facebook, mencari jawapan, padahal melayan newsfeed yang tetiba ada cerita pasal pemegang phd belum tentu dapat kerja, ah ada persoalan yang bermiang miang di minda ku ini. Ada ke upline aku tanya, zaman sekarang relevan ke berjimat ? ke zaman sekarang ni nak tak nak kena tambah income. Macam mana nak jawab ? Pening pala aku , hahahaha.
tambah income dengan shaklee

1. BERJIMAT NI AMALAN SAMPAI AKHIR HAYAT

Kalau kau kata kita ni kena berjimat cermat, ye kena sangat. Sebab lawan kepada berjimat cermat tuh ialah MEMBAZIR. Macam aku cakap harituh, membazir tuh amalan syaitan. Jadi nak tak nak, kita follow alquran sebagai panduan, jangan membazir, hahhaha.
“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” [Surah al-Israa : 27]
So belajarlah berjimat. Jadilah pembeli yang bijak. Pembeli yang bijak di sini bukanlah beli barang murah. Tapi beli barang yang berkualiti, hahahaha. So balik kepada pembaziran tuh, jawabnya kau kena belajar berjimat cermat, belajar jangan bazirkan makanan. Sebelum kau nak tambah income, nak saving, cuba kau detoks dulu amalan syaitan nih. Kalau budak budak shaklee cakap kena detoks baru boleh kurus, samalah macam income, kena detoks amalan pembaziran tuh, barulah boleh tambah income. Sama juga kau belajar ilmu, cahaya takkan melekat pada hati yang hitam, kena detoks dulu hati tuh. Ok clear tak soalan pertama ? jawapan aku, ye, sebab ni relevan sampai kiamat. Kalau kau jumpa orang kaya, kau mesti perasan diorang belajar berjimat dulu sebelum nak jadi kaya. Kalau tak jimat habis duit diorang tak terurus, dan habis tak jadi kaya sampai sudah.

2. REZEKI ALLAH LUAS, ALLAH MAHA PEMBERI,

Sekarang ni persoalan dia , adakah kau perlua cari income tambahan, kena ke tambah income, kena ke buat part time ? kena ke buat dua kerja dalam satu masa ? Cuba baca balik ayat ayat quran kat bawah nih:

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).” [ Surah al-Jumu’ah, ayat 10 ]
“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak……. ” [ Surah An Nisaa’ : ayat 100 ]
ayat ayat pasal rezeki ni kalau nak diikutkan banyak, dari rezeki yang halal dan haram, sehinggalah Allah memberikan rezeki kepada mereka yang bertakwa. Jadi kau baca balik kat situ, rezeki Allah sangat luas , jika kau berhijrah kerana Allah. Bila Allah kata rezeki Allah ni sangat luas, bertebaran lah kamu mencari kurnia Allah. Hahha, maksudnya kat sini, dah jadi panduan kat kita, untuk pergi tambah income, cari rezeki, kerja, hijrah, bukan untuk saja saja, tapi kerana Allah.
Satu contoh mudahlah, kau tak tahu ke sekarang ni, kos naik haji makin naik ? Kau tak nak ke cukupkan rukun islam ke 5 tuh ? Kalau duduk malaysia, boleh tengok sendiri kos pergi haji, bukan makin turun, malah makin naik adalah. Lagi best pulak, subsidi kerajaan makin berkurang. Hahhaa, jadi kalau kau rasa duit gaji tuh dah habis jimat, tapi masih tak cukup, tahu tak nak buat apa ? Jawabnya carilah extra income, Hhahaa, takda yang mustahil.

NAK TAMBAH INCOME ?

Dalam bab tambah income nih, kau boleh buat banyak kerja, tapi kalau berminda orang kaya, kau kena bina NETWORKS. Lagi satu ada orang kata diversify income, tapi buat itu sikit ini sikit, last last tak jadi jugak. Tapi nak bagus, FOCUS kepada income yang boleh bertambah, hahhaha, So kat sini, fokus kepada income yang berganda, walaupun satu sumber, daripada buat banyak banyak, tapi hasilnya tak banyak. Fikir fikirkan.

Related

Related Posts:

  • Nasihat Jangan Buat Hutang Riba
  • Iphone Untuk Si Dia
  • Membazir
  • Jangan Merungut Jom Buat Duit
  • Bisnes Shaklee Ok Ke ? Pecah Kepala Aku !!!
  • HUTANG - Definisi Kekayaan Akhir Zaman ?
  • Side Income
  • Langkah Penjimatan 4 Dalam 1
  • Side Income
  • 2 Mentor Hebat
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes