Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN

Side Income

harmonikawan, January 23, 2017July 5, 2024

PERLUKE SIDE INCOME ?

Zaman penuh pancaroba dan fitnah dajal ni, banyak betul dugaan dan cabaran, gaji sikit, sewa mahal, nak beli ruma macam topik semalam, lepas tuh nak hidup gaya bermewah mewah macam orang banyak duit. Jarang aku dengar orang yang gaji sikit, hidup pun secukupnya, kalau ada tuh memang hebat. Jadi soalan dia, kena ada side income ke ? Ada dua jawapan, perlu dan tak perlu

TAK PERLU

Kalau kau dah suka kerja yang kau buat, aku rasa go on je pekerjaan kau tuh. Dalam dunia nih, buat kerja mesti happy, dan mesti bersyukur. Ada orang memang suka jadi cikgu, ada yang memang suka kerja jadi mekanik, ada yang suka kerja jadi pemungut sampa, tapi dia rasa hidup dia aman damai, teruskan . Ada pulak yang full time business, dan enjoy apa yang dia buat sampai kiamat, teruskan business. Sebab kau rasa business kau ni cukup, dan kau rasa dah kaya. Tak pun memang kau punya income tuh kaya kaw kaw boleh beli lamborgini sebulan sekali. Ok, yang ni untuk orang yang tak perlu side income.

PERLU

Kalau rasa diri tu tak cukup, atau rasa dah kerja biasa, tapi hutang banyak nak setelkan, lepas tuh pulak nak beli itu dan ini, atau dah kerja biasa, tapi duit nak beli rumah, nak cari duit down payment, lepas tuh rasa nak beli kereta sedap, nak beli handphone canggih, rasa diri tak cukup je, atau rasa nak tukar mood dari makan gaji ke full time kerja sendiri, jawapannyaside income tuh masuk kategori harus. Sebab kau rasa diri kau nak improve lagi, nak buat saving lebih, atau tetiba bosan lepas balik kerja layan drama tv3 boleh menjatuhkan motivasi kau, baik kau buat part time. Carilah part time yang kau suka. Ada orang kata hobi bole jadi duit. Hahha, jadi kalau ada ciri ciri rasa tak cukup duit, buatla part time, atau rasa tak sabar nak berhentikan bos korang kat ofis, start buat part time dan tukar dia jadi full time.

UBAH NASIB 

Kalau kau rasa join bawah orang tuh, boleh ubah nasib, join tuh ubah nasib, ataupun kau punya kerja nak bantu orang ubah nasib, memang tak dapatlah. Dalam quran pun, Allah pun takkan ubah nasib kaum tuh kecuali kaum tuh yang nak ubah nasib mereka. Hahhaa, jadi kalau rasa nasib kau ni asyik komplen tak baik, banyak banyak lah doa, usahakanside income, buat yang terbaik. Nama part time tuh sebab kau buat dalam masa yang pendek. Tapi buat kerja tuh, kau buat sepenuh hati jiwa dan raga, itulah yang terbaik. Nasib kita, kita sendiri kena ubah, samada nak jadi yang terbaik, lebih baik, atau biarkan kita hidup merana mereput sampai akhir usia.

Related

Related Posts:

  • Enjoy
  • Side Income
  • Income
  • Ada Duit Barang Jadi Murah !!!
  • Pekerjaan Hakiki
  • Business Online Best Tak ?
  • macam mana nak buat duit dengan shaklee
  • Kerja
  • RICH DIN VS POOR DIN
  • Pentingkah Markah Dalam Pelajaran ?
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes