Kenapa ASB Haram ?
Selamba badak aku cakap ASB haram halal harus marus sunat dan sebagainya. Ada yang masih simpan dan ada yang tukar portfolio lain untuk simpan duit. Jadi aku bukanlah tok imam muamalah macam Zaharudin.net atau pakar pelaburan Pak Di untuk cakap benda tuh halal atau haram. Cumanya aku nak cakap je apa yang aku faham dari pembacaan aku yang hanya baca buku komik sin chan.
ASB Haram Ke ? |
Kenapa Nak Labur Dalam ASB ?
Dulu zaman mula mula ASB keluar, kiranya ramai yang simpan, tapi boleh dikatakan masa tuh dividen yang diorang dapat besar besar, kata mak aku dulu memang banyak lah. Memang kaya dalam setahun tuh boleh dapat dividen dalam 15 hingga 20 persen. Hooo itu tidaak adil, lepas tu bebudak semua simpan, yang kaya tu terus simpan sampai limit 200k. Hooo banyak gile duit. Hoo itu paling maksimum, sebab ASB ni nak kawal duit untuk perbelanjaan. SEBAB nama pun dah Bumiputra, jawabnya kaum lain Cina dan India tak boleh nak letak duit kat situ . Kalau tak jawabnya habis geng melayu tak boleh cari makan. Tapi betullah kata member aku, bebudak Cina kalau tahu ada Amanah Saham , diorang mesti beratur panjang nak labur duit dalam tuh. Orang Melayu ni memang kurang sikit bab simpan duit. Hooo sibuk nak berkempen rasanya.
Dividen makin mengecil
Aku tak faham, kenapa dividen makin mengecil sedangkan makin ramai yang suka simpan duit dalam tabung milik kerajaan Malaysia tuh. Jadi kat sini paling tak bestnya, bila duit dah banyak , dah pelabur sepatutnya dapatlah untung besar, tapi makin lama, dividen makin mengecil, apa pasal ni ? Kerajaan ambil sikitkan duit tuh buat belanja beli kangkung ? Rasa macam tak adil pun ada, kita letak duit banyak-banyak, akhirnya dividen tetap kecil. Adakah pelaburan itu ada masalah ? Hooo sudah tentu sekali tak best kalau dividen kecil, lagipun sekarang ni, inflasi pun dah makan duit kita. Sampai beli nasi lemak roti canai dan sebagainya pun mahal. Duit kita semakin susut nilai, semuanya dicetak dicetak dikembangkan dan macam-macam lagi.
Percanggahan Majlis Fatwa
Paling best bila tak semua majlis fatwa semua negeri bersetuju ASB ni haram. Last sekali paling power ialah majlis Fatwa Kebangsaan yang kata ASB ni harus. Hooo, apakah sebabnya. Katanya dalam tuh, banyak yang ok, cumanya ada sikit je pelaburan yang tidak syariah compliant. Apa kebenda tu syariah compliant ? yang ni aku pun tak berapa nak terangkan sangat. Kalau diikutkan pula, kalau takda ASB, nanti orang melayu ekonomi tak maju. Hooo aku tengok makin lama makin tak maju adalah, sebab dividen makin mengecil, kalau maju, dividen boleh bagi banyak !!! Lagi pulak kalau di Selangor dan beberapa negeri lain, ASB ni haram, sebab ada beberap syarikat yang memang melabur benda benda tak elok ini. Hooo, pening haa.
Keluarkan Duit ASB
Hahahah, aku sebenarnya pun nak cakap haram ke tidak, last last bawak keluar semua duit, baik beli benda yang betul betul ada nilai dalam Islam, yang betul betul dizakatkan. Benda tu salah satunya ialah EMAS dan PERAK !!! Alhamdulillah, simpan sikit sikit, banyak tuh emasnya. Tapi emas apa boleh buat, bukan simpan dapat dividen, lepastu sekarang ni harga pulak turun. Hooo takpa takpa, nanti aku nak cerita sikit macam mana nak untung gila dengan EMAS ni. Hooo oklah, jom kita berehat dulu, pagi ni nak siap jalan jalan hari akhir di Brunei, Oklah, selamat melabur !!!!
Post Comment