21/2/2017. Studio Alfarabi. Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor. Walaupun time ni aku menyepi dalam dunia seni, jarang join gig, tak buat lagu sendiri, sebabnya fokus bisnes online dengan group SUPERMOM. Kami busy business, turun naik turun naik macam lagu blues gang, tapi tak pernah tinggal blues harp. Jadi banyak juga lagu yang kami rekod, antaranya Lagu cenderawasih hari raya, lagu pulang ke desa noor kumalasari dan juga raya yang sempurna Awie.
Untuk lagu raya versi akustik, aku banyak menyelit dari membuat solo. Maksudnya banyak buat adlib berbanding bermain melodi. Ulang kaji kembali, kalau buka balik topik sebelum nih, aku ada cerita pasal nak main harmonika cara posisi ketiga atau dikenali sebagai 3rd position. Lagu raya ni banyak minor, jadi seorang player harmonika blues harp mesti kuasai 3rd position nih. Kalau dapat extra note lagi padu. Aku bolehlah bending note sikit sikit, tapi nak ke teknik bending advance tuh, aku masih mencari lagi.
Bagaimana nak dapat idea nak buat adlib , nak menyelit ? sebenarnya datang dari diri sendiri, dan juga dibantu oleh producer lagu tersebut. Alhamdulillah, aku dibantu oleh saudara Kamarul Borhan atau Mambo. Mamat ni dulu adalah juara batle of the band.
Mambo banyak membantu aku dalam merekod lick menarik untuk lagu raya. Itu pentingnya kita kena kerjasama dengan ramai pemuzik dan producer. Terima kasih mambo untuk bantuan anda, dapatlah sound sikit, tak terfikir saya nak rekod lagu raya ada harmonika.