Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN
ninja seni

QAWALI BLUES

harmonikawan, July 6, 2024July 6, 2024

Alhamdulillah , saya dapat jemputan untuk mengadakan persembahan oleh saudara Hafiz Latif dari Legasi Oakheart. Mereka selalu buat event baca buku, dan membuka kafe buku yang menarik. Yang bestnya masa ini sibuk tengah open house raya. Jadi event ni berlaku sehari sebelum open house rumah mertua.

Benda yang paling diingati bila saya dengan anak pertama pergi ke sana. Menjadi masalah besar bila saya tak boleh nak guna waze atau google maps ketika itu. Saya masa itu singgah dekat kedai dubook, sebab nak pergi toilet. Masa itu siap tanya orang kat situ, masih tak berjaya.

Punyalah sesat time tuh, tah macam mana cuba tawakal je, rasanya macam dekat area kedai baru dekat bangi. Jadi cari punya cari akhirnya jumpa juga. Memang terasa penat jugaklah time tuh. Dengan badan tak fit, dah makin gemuk, dan serabai tak potong rambut.

Nak jadi masa nih cuba membawa kelainan bila terpengaruh dengan filem Bajraji Baijan, filem Salman Khan yang menghantar budak pakistan balik ke rumah . Filem tuh memang lejen sampai saya boleh temgok banyak kali, sampai satu hari temgok dua kali.

Apa yang menarik masa babak last tuh ada lagu unsur islamik sikit versi Islam pakistan. Saya mula syok dengar lagu begitu. Bila dikaji rupanya ianya adalah irama qawali.

Qawali ini macam ada pengaruh ghazal dari arab. Qawali ini memang kuat elemen lagu India hindustan, dengan tabla dan gendang yang rancak. Lagu popular qawali ialah Nusrat Ali Khan. Lagu Allahu yang pernah dinyanyikan oleh kumpulan Raihan ialah salah satu contoh rentak qawali.

Masa persembahan bermula, saya ingat saya jemput seorang awek main cajon, dan saya cuba menyanyikan lirik lirik ketuhanan. Sambil menyebut nama rasulullah, saya bermain bluesharp . Macam tulah experimentalnya time tuh. Saya terfikir lagu nasyid pun patut bantai harmonika blues.

Petang itu juga saya pertama kali menyanyikan lagu ciptaan saya ” Cikgu Hasimah “. Lirik lagu berunsur folk ni dimainkan dengan slumber gajah je time tuh. Punyalah layan tak ingat dunia.

Bila ada show show kecio nih, cubalah bereksperimen dengan lagu lagu baru yang anda dengar. Setiap peluang dan ruang, cubalah sesuatu di luar pemikiran norma biasa.

Related

Related Posts:

  • LAYAR TANCHAP
  • BUDAK 4 FLAT GILA GITAR
  • Ninjaseni Jamming Dekat Legasi Oakheart
  • PUASA 4 BULAN
  • CHONG AH KAW
  • LONG BEACH CALIFORNIA
  • PAKTAM BLUEZY MOODY
  • MYSPACE NINJASENI
  • NOSTALGIA BLUES GANG
  • Kenapa Saya Suka Tulis Blog
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes