Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN
mat keriting

MAT KERITING

harmonikawan, June 26, 2024June 26, 2024

Pepatah melayu berkata “melentur buluh biarlah dari rebungnya “. Aku rasa inilah gambaran awal yang mak bapak aku rasakan aku akan menjadi NINJASENI seperti hari ini.

Kita pun sebenarnya suka ambil gambar. Kita suka suruh anak-anak kita posing maut depan objek objek pelik bila jalan-jalan. Yang ni aku rasa mak bapak aku suruh aku posing depan piano. Boleh pulak aku senyum masa gambar nih diambil.

Aku rasa gambar nih mungkin menunjukkan segalanya. Aku rasa takdir aku bermain muzik, bergelumang dalam bidang seni dan akan menghiburkan halwa telinga rakyat marhaen.

Jadi cubalah cari semangat atau gambar gambar lama yang mak ayah kita pernah abadikan di kamera mereka. Kalau ada anak, mulalah ambil gambar banyak banyak. Kalau tiada juga, pakailah gambar artis yang anda suka.

Mana tahu ,dari gambar itu datangnya semangat membara dalam jiwa nak jadi superstar !!!! Walaupun mak aku bagi aku nama Muhammad Faiz bin Mohamed Saaid, aku tak sangka pula nak jadi macam macam nama.

Takpa, itulah dikatakan takdir, sebab dari awal nama aku ni sebenarnya banyak. Paling tak tahan bila pergi rumah belah toksu yang duduk seksyen 4 shah alam. Depa panggil aku CIKO. Hahhaa, sebab rambut muka aku sama macam ciko anak uji rashid. Masa tuh ciko popular masa Hiburan Minggu Ini dekat Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Aku pasrah jelah , ciko pun ciko lah. Itu belum lagi bapak bila bawa aku pergi pejabat dia. Semua panggil aku mat kerinting. Hahhaa, layankan jelah. Masa tuh teruk aku kena bahan. Sampai ada satu masa aku cari cara nak luruskan rambut.

Macam macam formula yang aku jumpa. Paling best masa sekolah rendah ialah botakkan rambut. Aku dah cuba, tapi tak jadi, masih juga kerinting. Aku pernah cukup botak licin masa dekat universiti, tapi biasalah, yang keluar tetap keriting. Inilah DNA yang aku seorang sahaja yang dapat dari mak aku. Hahhahaa.

Related

Related Posts:

  • Getaran Cili Api
  • Konsep Duplikasi
  • Kenapa Nak Saman OLA BOLA ?
  • CHONG AH KAW
  • Kembali ke Persada Blogger
  • Cara Nak Dapat Gambar Banyak Like Facebook
  • Vitamin C
  • Dokumentasi Ilmu Melalui Camera Nikon
  • Alfarabi Band
  • Kenapa Pilih Nama Joe Labu ?
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes