Perjalanan 1712 harmonikawan, September 29, 2022September 30, 2022 Perjalanan 1712 April 14, 2012 Saat Kelahiran, Budak kecil, Mat Keringting Muhammad Faiz, anak kepada En Mohamed Saaid dan Dr Zurinah Hassan. Masa tu, wad hospital KL yang penuh, akhirnya terpaksa tumpang wad di raja, pada pukul 9.55 pagi, 17/12/1984. Rambut curly, yang sorang saje dalam adik beradik. Di panggil gelaran Mat Keringting. Takdalah kecik kecik suka sangat muzik. Tapi, pernah lah keluar surat khabar dan iklan dalam tv. Tapi takut jgk kat Alleycats , dan pernah juga terjumpa Amy Searh kat RTM, hahaha. Tu Kecik punya cerita. Sekolah rendah. Gitar, Pop Yeh Yeh, Lena diulit intan Rasanya, abah first beli gitar masa aku darjah 3, tapi memang tak reti-reti. Tapi, lama-lama, selepas darjah 5, terlibat dengan aktivit lepak melepak , masa tu diorang main lagu, another you, green day, dan paling penting Nirvana, come as you are. Hahaha, masa tu dah gian belajar gitar. ok punye layan. Darjah 6, memang kenalan Khairul Akmal, yang ajar aku main gitar, masa tu kitorang jamming lagu lena diulit intan, memang mengancam lah. Hahahah, zaman gitar kapok, memang terbaik. SMKS 9,gitar karen, XPDC, Metallica, Wanted Patriot Sejarah kehidupan karen bermula, bila abah bawak balik gitar letrik pertama, masa tu form1, pastu masa nak PMR, abah ada beli lagi satu . Memang bestlah masa tu, walaupun takda amp gitar, kitorang cucuk kat speaker je, bunyi kuat, main lagu pop yeye lah. Hahahha. Walaupun begitu, gitar kapok tak dilupakan. Aku dan kawan-kawan sekolah, masa form2, menyertai lagu sejarah dan kitorang dari geng geng, yang memang cikgu tak bape suka, menang juga. Masa tu kami nyanyi lagu tanggal 31 ogos, dengan penuh bersemangat. Lepas tu ada pertandingan sinar bakat, masa form 2 main lagu XPDC instrumental hidup bersama jadi johan, form 4 pulak dapat tempat ketiga main lagu p ramlee, johan time tu geng geng what cigars !!. Kehidupan kitorang terus dengan masuk pertandingan lagu sains, terhasilnya lagu oh dunia!! version asal panjang nak mampus. Kitorang terus berkarya. Masa tu, aku selalu jamming dengan member manlok dan izhar dekat rumah izhar, yang ada loteng kat rumah dia, memang syok woo. Siap ada drum sume. Agak-agak bilalah kita nak berjamming semula. Matrik melaka, Fami, Nuar, Manok, Pesot, Bulat, Jibamm Matrik melaka memang satu tahun yang best, masa sinilah, nama ninja melekat sampai sekarang. Nama ninjaseni tu memang datang dari nama ninja. Kawan aku, bernama suhaimi @lat yang panggi aku ninja, sebab tgk buku sekolah aku ada tulis ninja. hahaha, masa ni aku berjamming dengan budak yang suka lagu megadeth, Fami, yang sekarang dah jadi artis Modread. Aku pulak memang minat megadeth setelah terdengar metallica. Kitorang pun petang petang jamming dan membuat bising, hasil rekording tu habis, tah kemana tah. masa tu rekod pakai kaset. Aku main gitar, fami main bekas air, nuar melaka main penyapu lidi je, tapi kalau rekod, memang mengancam hahaha. Kitorang di kenali sebagai Rockers Kapok. Membuat persembahan di hari alam sekitar, macam macam lagu kitorang main, lagu jamal abdilah yang paling power, yang kurus yang gemuk. Dinyanyikan oleh Manok, yang terus membawa kitoran mewakili KMM perform kat malam kebudayaan MAKOM. hahahha kelakar btul. Masa ni, aku dah mula mula jinak skt dengan muzik blues. Masa tu aku beli kaset Kenny Wanye Shepherd. Trouble is…. So muzik terus jalan, kitorang perform masa jamuan raya KMM, lagi masa dinamika kemahiran, hahaha dan sebagainya. Gilelah, kentang. Era Houdinix, LBT, dan rockers rockers UTM Tak sangka, ramai pulak geng geng kami dari KMM, masuk UTM skudai, memang layanlah. Kitorang terus melayan, dengan menyertai pertandingan akustika pertama, dan melawan senior senior yang power power time tu, Paling power tentunya Gitaris Samad dari TTDI. Oklah, kitorang dapat jugak masuk akhir. Pastu aku terminat nak belajar harmonika., Hahaha memang gilelah. Aku terus main gitar dan bass untuk kumpulan rockers kapok. Masuk je 2nd sem 2003, tak sangka, aku akan beli harmonika diatonic @blues harp pertama aku key A dan Key D. Kitorang join lagi akustika kat KRP time tu, masa tulah tiupan blues harp pertama aku, hahha memang layanlah. Fami terus dengan projek houdinix, dan merakam beberapa lagu yang mantap. Aku masa tu siap bermalam kat rumah Fami. Aku sempat rekod harmonika lagu jiwang, junaidi. Memamng layanlah, lagu jiwang tu sampai sekarang sedap. Harmonika D aku tu, sampai sekarang aku simpan. Kenangan beb. Harmonika aku siling berganti, aku siap tambah lagi collection, aku cari key C,G,F,E,B hahah, kumpul kumpul, tapi masih tak cukup jugak. Houdinix terus berkembang, dengan adanya syukran, geweng, azri, dan nuar banting, terbentuklah barisan houdinix, yang aku rasa paling best dalam hidup aku. Show banyak gile, popular woo. Aku pulak dari gitar kapok, bass, dan terus pula main kibod dan kekadang harmonika. Sume dinner kolej kitorang sapu, hahaha. Paling ngetop ialah mewakili UTM, hahaha, memang rock gile. Siap ada t-shirt, aku pakai sehingga sekarang. Bergerak solo, selepas Houdinix, sambung master, Ninjaseni Bergerak solo, selepas nak tumpukan perhatian untuk tahun akhir. Aku rasa, masatu aku dah bergiat untuk majukan muzik harmonika. Masatu memang blues lah. Haha, lantaklah. Aku cuba rekod balik lagu OhDunia dengan otai muzik mijiro Maximus, masa tu aku dah mula berbaik baik dengan Chinozz, memang sempoi. Rekod punyelah penat, hahha. Aku cuba rehat jap, dan kadang-kala bermain muzik. Tapi , sejak Zaiferez, member sekolah ajak perform akustik kat bijo bazaar, aku dah mula bersemangat, semangat busking, dan membuat lagu lagu sempoi ala ala bob dylan. Aku masa tu start tulis blog, tapi dah delete, hahhaa, sebab tertekan. Aku teruskan lagi berjamming dengan insan insan istimewa. Mereka ni memang hebat, dari Otam, Bluezymoody, TF3, Azmyl Yunor, Zullking, ramailah. Aku terus membawa instrumen harmonika ni, tak kisah apa pun muzik, janji masuk. Masa ni, memang best. Jalan sana sini, bawak harmonika. Jamming tepi pantai, hahha gila layan. Ramai kenalan, dan tak lupa juga stress buat master dan stress dari dunia muzik itu sendiri. Menjadi tutor di UM, phd, rumah baru di shah alam, berkahwin, Arreessa…. Sejak duduk balik di shah alam, memang banyak gile show boleh main. Memang layanlah. Time ni aku dah terus mengorak langkah, Aku teruskan usaha, nak kumpul semua key harmonika aku. kasi cukup. Aku ingat lagi, aku ada beli satu set harmonika 12 key cap burung. Tapi memang takda rezeki, satu set harmonika tu hilang. Sampai sekarang tak jumpa. Aku ada 2 set penuh, dari harmonika bluesharp dan cap kapak. Selalu aku bawak harmonika aku tu, tak kisahlah, aku terus gedebum kalau member ajak perform. Banyak band, tak terkata. Aku jumpa pulak dengan geng geng buskers. Dan juga masa tu aku dapat offer dari game show kelab pop musim ketiga, main 6 episod. Memang superb. Aku dapat jumpa member sekolah dulu, kira dah 10 tahun, aku terus menghilang. Memang sekarang tak bape rapatlah. Asal boleh jamming sudah. Aku dapat anak pertama, rumah, dan terus hidup bahagia bersama isteri dan anak anak. Kitorang teruskan kehidupan, terus bermain muzik, dan teruskan belajar, sehingga berjaya. Apa pun, aku rasa, harmonikawan ini, perlu untuk cerita bila anak aku dah besar. Dan juga, aku ingin berdakwah, melalui harmonikawan, sebarkan cinta dan keamanan, dan toleransi. Teruskan perjalanan 1712, Ya Allah, ampunkanlah dosa hambamu ini.Amin. Related Related Posts:Impact Speaker National Conference 2019, Puas Hati Gila !!!MAT KERITINGKisah Pelik Tapi Unik Adik-BeradikJingling NonaKenapa Perempuan Susah Nak Jadi Sasterawan Negara ?Kisah Gajet Dalam BlogDari HOBI Menjadi NINJASENIMuka keluar Paper KosmoSupermom Pulau Kapas TerengganuMain Hujan SENI