Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN

Program Dakwah Yang Membosankan ?

harmonikawan, September 16, 2016July 17, 2024

Macamlah aku baik sangat berdakwah, hahaha, kaki rockers, muka kental , rambut kerinting, memang tak layak lagi nak berdakwah. Tapi aku tengok rancangan dakwah yang ada kat tv, lepas tuh bebaru ni dengan baca quran sejam, kekadang aku rasa bosan, sebab hati aku dah keras gila banyak hitam dari putih, dah tak nampak kebaikan.

Punca Kebosanan

2 punca yang aku nampak bosan, sebab hati aku dah gelap kot, first aku tengok satu rancangan tuh banyak betul lakonan siap dengan latar belakang muzik, dah jadi macam persembahan, tak berapa cool bagi aku, sebab banyak pengajaran, siap aku tengok siap buat suara perempuan lagi, hahaha. Ada orang mungkin suka, tapi aku kurang sikit, jadi hati aku ni hitam kot.

Lagi satu punca kebosanarn tuh sebab semua yang join ni background pendidikan Islam. Bila dah keluar program, dah takda idea, jawabnya berdakwah kepada artis buka tudung, lepas tuh ustaz ngurat artis, lepas tuh isu vaksin, isu pendidikan, adui kesian pulak para peserta progam dakwah nih, mereka yang kena teruk, bukan orang biasa.

Idea Gila

Apa kata kalau kita buat kerja gila sikit, lain kali buat program dakwah tuh kita cari orang dari pelbagai bidang, mana tahu dari pelbagai bidang nih boleh jadi menarik. contoh best nih, kita korek sikit ayat quran yang power (semua power) kat bawah ni

2:202 – ” Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya ” – yang ni kita panggil pakar matematik ataupun pakar komputer sains yang kaji pasal supercomputer, mesti dia tahu betapa sukarnya nak buat supercomputer yang boleh buat pengiraan begitu pantas.

3:134 – “Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.” – yang ni kita panggil pakar landskap untuk terangkan kepentingan sungai yang ada dalam bandar, kan bandar bandar yang cantik dalam dunia ni kan penting kan sungai, macam venice. TErapi dalam rumah yang ada air pancut mini tuh kan menenangkan ? kena tanya pakar terapi pulak .

2:11 – “Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang-orwang yang hanya membuat kebaikan”.” – yang ni mungkin boleh ambil orang yang kerja dengan Alam Flora atau panggil je bangla kutip sampah, yang pandai baca quran, diorang ni lebih tahu sebab orang kita buang sampah tak asingkan, jawabnya sampah tuh dah merosakan alam sekitar.

37:146 – “Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar.” – ni surah pasal nabi yunus yang dikatakan sangat lemah lepas keluar dari perut ikan paus, ada ulama kata keadaan nabi yunus ni macam bayi yang baru dilahirkan. kalau kita ambil pakar vaksin dan permakanan masuk program dakwah tuh, mesti dia boleh describe terbaik punya ayat nih, dan kehebatan makanan yang diberikan Allah kepada nabi Yunus A.S.

Banyak lagi benda best dalam quran ni, tak sempat nak kaji lagi, sibuk sikit, hahaha, punyalah banyak alasan aku sibuk. Tapi masa final satu program dakwah haritu, aku ingat lagi pendekatan yang digunakan oleh Izzhar Nazri time tuh. Memang pengadil kata point dia tak cukup pasal khurafat tuh. Tapi dia punya point pasal ilmu feng shui dan warna dalam ruang tamu tuh bagi aku sangat bagus, sebab dia membuka minda kita ke satu sudut yang berbeza dan boleh dikaji lagi. Satu lagi dia nak kita memahami golongan belum islam ada beberapa adat dan kepercayaan. Tapi sayang dia tak menang, yang menang tuh orang lain, hehehe.

Kita Adalah Khalifah

Penutup bagi sesi mengarut aku nih ialah dengan kita kaji balik tujuan manusia diciptakan di bumi. Kalau korang buka quran, dari first page, ayat pertama pasal penciptaan manusia nih, Allah tak kata dia ciptakan insan ke, nas ke, tapi dia direct cakap, dia ciptakan KHALIFAH !! ( cuba korang baca quran tuh, yang arab punya ).

2:30 – Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Menjadi KHALIFAH, perlukan keilmuan yang tinggi, keluasan ilmu yang mantap, menyeluruh, kerana kita kena jaga bumi ini, bukan sahaja pengikutnya sahaja, tapi memelihara supaya penduduk bumi ini, bumi ini, tidak binasa. Nak mantapkan KHALIFAH nih, semua orang dari pelbagai kepakaran perlu bersatu, memegang satu tali, iaitu tali ALLAH. 

Related

Related Posts:

  • Dakwah Firdaus Wong Abdullah
  • Dakwah ERA BARU PTS
  • NOSTALGIA BLUES GANG
  • Geng Shaklee Satu Wad
  • 3 Sebab Nak Buat VLOG
  • Business Online
  • Muka keluar Paper Kosmo
  • My Harmonica World
  • Betul Ke Susah Nak Minta Tolong ZAKAT ?
  • LONG BEACH CALIFORNIA
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes