Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN

Riba +Hutang =Bebanan (RHB) Mati Syahid pun tak guna

harmonikawan, February 19, 2013

RHB = Riba + Hutang=Bebanan, Satu Formula Penangguhan Masuk Syurga

Bunyi RHB, riba, hutang dan bebanan, satu formula yang mengcengkam manusia sejagat hari ini. Anda perlu tahu, hutang ialah satu perkara yang amat amat dititik beratkan dalam Islam. Hutang akan dituntut masa hari pembalasan, tak kisahlah hutang apapun, hutang dengan Allah atau hutang dengan manusia. Tapi, segala punca hutang dunia ini datangnya dari penangan RIBA, sama ada riba kecil, besar, ataupun debu-debu riba. Walaubagaimanapun, saya tetap mempunyai cita-cita, impian untuk mengatasi masalah RHB ini.

1) Mati Syahid pun tak guna

Dalam satu kemusykilan tentang hukum Mati Syahid, orang yang mati syahid akan diampunkan dosa-dosanya. Walaubagaimanapun, penangguhan nak masuk syurga itu ada, jika dia tak langsaikan hutang-hutangnya terlebih dahulu, sama ada hutangnya dengan Allah seperti ganti solat, puasa, dan juga hutang-hutangnya dengan manusia sesama manusia. Saya merujuk di ruangan kemusykilan yang berkaitan dengan ganti solat dan hutang di sini. 

2) Hapuskan Matawang, Kembalikan Emas, dan Perak .

Memang nasib badan, nasib badan, dengan adanya pengaruh rockefeller dan rothschild, yang dikatakan mengawal sistem ekonomi dunia, nilai matawang digunakan, dengan rothschild mengawal emas dan rockefeller ialah pelobi minyak dunia. Sistem matawang sekarang, yang hanya bersandarkan kertas, adalah tidak bernilai. Masalah sekarang yang lebih teruk ialah bila emas dan perak menjadi permainan pelaburan spekulator seperti George Soros, yang boleh mengawal matawang US. Akhirnya berlakulah inflasi, kenaikan harga barang, dan seterusnya menghambat golongan tengah untuk menjadi miskin. Duit kita sekarang juga ialah debu-debu riba yang bertaburan di dunia sekarang, dan ianya ialah di antara penipuan terbesar sekarang dalam dunia ini. 
Bak kata MKB, suami kepada hadhatina shaklee, kita perlu bersiap sedia dengan krisis kejatuhan matawang ini, dengan menyimpan emas dan perak, dan memulakan pasaran dinar dan dirham. Sekurang-kurangnya, sistem barter dulu lebih terbuka dan adil berbanding dengan duit kertas yang mudah di permaikan oleh spekulator dan orang orang kaya dunia.
pengawal matawang dunia nathan rothschild
Nathan Rothschild, pengawal ekonomi dunia sekarang

3) Beli secara TUNAI, ikut kemampuan

Sebelum kita dapat mengembalikan zaman kegemilangan dinar dan dirham, seelok-eloknya, kita elakkanlah berhutang. Masalah kredit kad memang menghantui kami dari dulu lagi. Mula-mula memang seronok, tapi akhirnya membawa padah. Satu lagi, ianya tetap riba dengan nama lain nya yang dipanggil INTEREST, memang rasa profesional , tapi itulah sekular. Riba itu akan datang, dengan sikap kita yang suka berhutang untuk mewah dan bergaya. 

4) Nak langsaikan HUTANG-HUTANG

Selain itu, diri ini berazam untuk melangsaikan hutang -hutang yang ada, dari kecil hinggalah yang besar. Lagipun hutang -hutang yang ada ini semuana riba-riba. Walaupun kita tidak dapat elak, sekurang-kurangnya, kita mesti berusaha untuk melangsaikan hutang. Saya berazam untuk melangsaikan hutang rumah, kereta, pinjaman bank dan lain lain. Selain itu, saya juga nak bayar balik hutang biasiswa saya kepada UNIVERSITI MALAYA, ternyata, duit itu bukan saya yang punya, ianya hasil dari duit rakyat malaysia.
bayaran balik kepada universiti malaya bright sparks
Hutang saya kepada bright sparks Universiti Malaya

Penutup: Majukan EKONOMI Kita 

Akhir kata, sama-samalah kita membangunkan ekonomi kita , jangan salahkan orang lain dan sebagainya, kita perlu berusaha untuk mengatasi penipuan ekonomi yang ada sekarang ini. Ianya tak sukar, semuanya bermula dari diri kita sendiri. 

Related

Related Posts:

  • Riba
  • Bebas Hutang
  • Ingat Mati
  • MENTOR - 2 Tips Terbaik Nak Pilih Mentor Business…
  • Hamba Moden
  • HUTANG - Definisi Kekayaan Akhir Zaman ?
  • Rock Sampai Tua
  • Alternatif Beli Rumah Tanpa Hutang Riba
  • Khutbah Terakhir Rasulullah SAW
  • Ada Duit Barang Jadi Murah !!!
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Anonymous says:
    June 29, 2015 at 6:53 am

    Assalamu'alaikum

    Boleh saya tahu bagaimana pembayaran dibuat kepada pihak Brightsparks?

    Reply
    1. faizsaaid says:
      February 9, 2017 at 5:22 am

      saya jumpa terus UM

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes