Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAUDAGAR
  • SAINS
  • SHAKLEE
  • SENI
  • SUKAN
HARMONIKAWAN
alternatif beli rumah tanpa hutang riba

Alternatif Beli Rumah Tanpa Hutang Riba

harmonikawan, July 24, 2024July 24, 2024

ALTERNATIF KEPADA HUTANG ZERO INTEREST

Aku ada baca viral pasal video kat bawah ini, katanya sebab nak elak interest oleh bank yang membebankan, ustaz ini cadangkan kita buat pinjaman tanpa interest. Ok aku dah tengok video nih, dan aku rasa ada masalah juga tentang cara hutang zero interest, untuk elak riba.

Masalah yang dia cakap akan timbul ialah bila orang yang pinjam nanti akan culas nak bayar balik. Ini memang perangai orang kita pun. Katakanlah dah bayar sikit sikit, tapi last last meninggal, hadoi, peningweih. Sebab itu ahlong ni ganas, hahaha. kalau tak ganas, kita pun buat bodoh jelah hutang.

Tapi tak dinafikan, cara zero interest ni memang menyelematkan ekonomi kita. Semua inflasi ini berlaku kerana orang biasa ada akses untuk dapatkan duit lebih dari bank. Pemaju pula akan rasa senang nak jual rumah sebab ada sistem pinjaman. Begitulah ekonomi dunia sekarang yang dah nampak kehancurannya.

ADA TAK CARA LAIN YANG BEBAS DARI HUTANG ?

OK yang ni kita kena faham, sunnah orang kaya zaman rasulullah. Orang kaya zaman rasulullah tak pernah aku dengar beli benda dengan hutang. Tak pernahlah aku dengar umar buat loan untuk kaya. Mereka kaya dengan berniaga dengan jujur dan bijaksana.

Jadi bagi aku, beli rumah ni bukan keutamaan, tak berdosa kalau tak beli rumah. Cukuplah ada sebuah rumah untuk tinggal . Ada orang kat palestin pun beli rumah, lepas tuh kena bom dengan Israel. Syukurlah ada rumah dulu.

Ok, tapi kalau dah kaya sikit ada duit lebih takkan taknak beli rumah kan ? Tapi kena berhutang pula, walaupun secara zero interest. Tak syok jugak. Ada tak cara lain ? Sebenarnya kita boleh tiru cara beli rumah seperti pemilikan saham.

KUMPUL DUIT BELI RUMAH DAN SEWAKAN

Sebenarnya crowd funding ni memang power. Aku tak nafikan ramai berjaya kumpul duit wakaf buat masjid. Kuasa tin milo pun power masa kempen pas. Tabung harapan pun power jugak. Ada masa misi rakyat pun berjaya kumpul duit dari orang ramai. Sistem dia memang canggih gila. Cuma masalahnya orang tak tahu macam mana nak dapat untung bagi setiap funder.

Oklah, cadangan aku kalau kita buat macam pemilikan saham, kita boleh sewakan rumah tersebut, dan untungnya kita ikut percentage macam saham. Kalau kau bagi 5 percent untuk kos beli rumah, maka duit sewa pun dapat 5 percent sahaja.

Tapi kau nak duduk rumah tuh, takkan nak sewa pada orang lain ? Ok boleh. Kau tetap sewa . Kalau kau bayar 10 percent untuk beli rumah, nanti duit sewa tuh pun kau akan dapat balik 10 percent dari sewa. Tapi takkan nak sewa sampai mati ?

Ye betul, sistem ni masih ada sewa sampai mati. Tapi kelebihannya kau tak perlu risau bab hutang. Tapi itu tak bermakna sewa kau sentiasa bayar.

MACAM MANA NAK ELAK SEWA SAMPAI MATI ?

Caranya kau boleh kumpul duit dan beli pegangan saham rumah tuh pada orang lain. Contohnya ada member kau ada sedikit share dalam rumah tuh. Kau boleh offer dia untuk jual share tuh pada kau. Mungkin dia akan jual mahal, kau kena belanja duit lebih sikit. Tapi sebenarnya kalau kau pandai bodek, share tuh dia boleh bagi free je. Dah untung.

So kau kena sentiasa kumpul duit, dan beli pegangan saham dari orang lain, sampailah kau berjaya miliki 100 peratus pemilikan saham rumah kau beli tuh. Inilah cara yang selamat dari elak orang bayar hutang dan riba bank.

ADA KELEMAHAN TAK ?

Mestilah ada, setiap sistem ada kelemahan. Aku rasa sistem perlukan pemimpin yang amanah dalam pembahagian keuntungan. Lepas tuh untung tuh tak banyak sangat, jadi lambat pulang modal. Itu belum lagi tentangan dari pihak bank dan kapitalis yang tak senang duduk dengan cara bebas hutang dan bebas riba.

KESIMPULAN ?

Sebenarnya cara nak elak hutang dan hutang riba ni ada . Kita je nak atau taknak. Kita yang pilih samada untuk bersatu berukhwah, atau kita jaga diri sendiri sahaja tanpa fikir orang lain. Kalau ada orang mula buat benda macam nih, confirm kena tentang kaw kaw. Tapi ingatlah, perjuangan mana ada mudah, hahhaha.

OK kalau rasa idea ni gile susah menindas, komen banyak banyak kat bawah, nanti post ni akan mudah viral !!!

Related

Related Posts:

  • MENTOR - 2 Tips Terbaik Nak Pilih Mentor Business…
  • RIBA Dalam Ali Baba Bujang Lapok
  • Ada Duit Barang Jadi Murah !!!
  • Sewa Sampai MATI ?
  • Riba
  • Rumah Lelong Sebab Gagal Bayar Hutang Riba
  • Rumah
  • Bebas Hutang
  • Riba +Hutang =Bebanan (RHB) Mati Syahid pun tak guna
  • Sewa Rumah Elak Perangkap Hutang ?
SAUDAGAR

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS
  • SAJAK
  • SANTAPAN
  • SAUDAGAR
  • SENI
  • SHAKLEE
  • SUKAN

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • Lagi-Lagi Senario: Lebih Dari Sekadar Lawak, Satu Cerminan Krisis Kewangan 1997 March 14, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2025 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes