4 Macha Selangor 2013
4 Macha, Kekuatan Selangor tahun 2013
K Gurusamy
Gurusamy antara pilihan rajagobal semasa beliau masih muda dari tahun 2009 sehinggalah sekarang. Kejayaannya ialah menyertai skuad malaysia yang menang pingat emas sukan sea 2009, mengakhiri badi 20 tahun tanpa pingat emas. Selain itu, guru juga adalah salah seorang pemain dalam skuad PIALA AFF 2010, dan juga penggerak utama skuad sukan sea 2011 yang mempertahankan pingat emas. Walaubagaimanapun, pemain ini selalu ditimpa masalah kecederaan, dan permainannya sedikit longgar dan tidak konsisten. Antara aksi terbaik yang pernah aku lihat ialah dia bergandingan dengan safiq rahim semasa perlawanan persahabatn malaysia menentang singapura di stadium jalan besar. Corak permainannya lebih kepada simple football. Dia boleh menjadi ball winner untuk pasukan Selangor, dan berjaya mengawal bahagian pertahanan dan sering membuat hantaran-hantaran pendek untuk memulakan serangan. Biasanya, guru akan bermain defensive midfielder, dan jarang sekali aku tengok dia menjaringkan gol, berbanding partner dia safiq rahim suatu ketika dahulu.
S Kunalan
Pemain kelahiran semenyih ini berhijrah ke Selangor dari N Sembilan, setelah 5 musim bersama skuad rusa. Banyak kejayaan yang diperoleh Kunalan, selain menjadi skuad negara yang memenangi piala aff, dia juga membantu negeri sembilan untuk menjuari Piala Malaysia pada 2009 dan 2011. Corak permainan Kunalan suka berlari dibahagian sayap kiri, dan bergerak pantas untuk menyerang dan bertahan. Selain itu, Kunalan juga adalah antara pencetak gol-gol utama untuk N Sembilan. Masih teringat lagi, gol penyamaan mamat ni semasa N Sembilan menyamakan kedudukan ketika final Piala Malaysia menentang Terengganu pada 2011. Terengganu ketika itu dibimbing oleh Irfan Bakti yang sekarang menjadi AYAH kepada kunalan di selangor. Kelebihan beliau ialah dia tak pernah letih, dan kita tak tahu bila dia nak letih, sehingga ada yang menuduh dia di ambil dari Negara India sana bermain dengan Malaysia. Walaupun king gobal sayang mamat ni, dia ini selalu pegang bola terlalu lama, dan kadang-kadang bertindak melulu, sehingga serangannya mudah dipatahkan oleh musuh. Tambahan lagi, kunalan juga sering dilanda masalah kecederaan, dan jarang dapat diturunkan ketika perlawanan-perlawanan penting, terutamanya perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaan.
S Veenod
Pemain ini sebenarnya taktahulah dari mana dia datang, dan kat mana dia mencipta nama. Bermula dengan USM FC, veenod ternyata mencuri tumpuan apabila dipinjam kepada Selangor dengan Rozaimi Razali, dengan ketika itu veenod memakai jersey 32 dan Rozaimi memakai jersey 33. Kehadiran veenod dan rozaimi ketika itu menjadi penyumbang kepada kebangkitan selangor yang terus mara dalam saingan piala malaysia, cumanya disekat oleh pasukan TRW ketika aksi separuh akhir tahun lepas. Kelebihan veenod banyak bergantung kepada kepantasan lariannya, yang rajin turun naik tanpa penat, dan sekarang,veenod sekarang menjadi JANTUNG Selangor pada tahun 2013 ini. Veenod rajin membantu bahagian pertahanan dan kerjanya sama macam gurusamy mengatur gerakan serangan untuk selangor. Bezanya dengan guru, veenod lebih laju berlari jika selangor membuat serangan balas kepada pihak lawan. Atas dasar kurang berpengalaman, veenod sering sahaja kurang tumpuan, dan kurang bijak untuk membuat serangan. Ada kalanya, veenod selalu lambat turun ke bawah untuk mengekang asakan lawan.
K Soley
Solihin Kanasian Abdulullah, nama setelah memeluk islam, adalah pemain yang selalu bermain di sayap kanan pasukan selangor. Sering juga K Soley bergerak disebelah kanan dan biasanya akan membuat hantaran lintang kepada penyerang untuk menjaringkan gol. K Soley adalah salah seorang skuad Kedah yang memenangi Piala Malaysia 2007, sebelum berpindah ke Perlis dan Kelantan. Kedatangan K Soley ini membuatkan Amirul Hadi Zainal hilang tempat bersama selangor dan malaysia, dan amirul terus berpindah ke Pahang. Kelibat K Soley sekarang selaku wings kanan pasukan Selangor, dan bekerjasama dengan Mahali. Kelemahan mamat ini rasanya beliau selalu simpan bola terlalu lama, dan kepantasan larian beliau tidak seperti Kunalan dan Veenod.
Post Comment