Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN
seruling ukelele saya anak malaysia

Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele

harmonikawan, July 22, 2024July 22, 2024

Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele ? Inilah terjadi bila kau jenis bernama mat ikan yang suka bebenor ajak orang jamming. Tak pasal pasal pula kena buat persembahan. Inilah rezeki, dan saya sempat merakam momen kami jamming. Alhamdulillah, ada dua versi, satu versi jamming satu versi persembahan terus menggelikan hati.

Festival Puisi Selangor 2024 ini menarik, saya dah datang hari sabtu. Mula sebab pokden nak jumpa. Dan masa tuh juga jumpa abam seruling yang backup fazleena baca sajak. Lepas tuh kami takde buat apa apa pun hari sabtu, cuma layan sesi petang forum Puisi Mengenyakan perut lapar. Yang ni pun saya akan tulis juga jika ada masa.

Hari ahad mama ajak tengok . Kami pula datang lambat, sebab jalan kaki sambil makan nasi lemak paru bob dan nasi kandar lauk tauhu goreng kuah banjir. Sampai sana layan pulak sesi Menenun Damai Melalui Kata. Pengacara terkenal Fedtri Yahya memang sempoi melayan dan mewujudkan suasana gembira . Sasterawan Negara yang terlibat ialah Zurinah Hassan, Siti Zainon dan Rahman Shaari.

Jadi petang bila ada peringkat akhir puisi, saya ajak isteri pergi minum kopi. Masa tuh kami rasa nak ambil budak dekat rumah opah seksyen 24, tapi fikirkan mama nak balik takde transport, kami tunggu sahaja. Lepas minum tuh, saya melepak pula dengan Rasyideen pemain seruling padu.

Mula mula saya jamming merapu , kami main macam macam lagu jugaklah. Saya belajar juga cara tiup seruling. Dulu ada beli dekat wak yang duduk di UTM. Tapi tah macam mana, benda tuh hilang. Hahhaa. Lepas tuh punya jamming punya jamming, saya ajak dia main lagu Saya Anak Malaysia. Alamak jadi sedaplah pulak, terus rekod untuk kenangan anak cucu.

Tak pasal pasal, tuan director program Festival Puisi minta kami isi slot kosong sebelum penyampaian hadiah. Vip takda lagi, jadi saya buat persembahan dengan abam seruling, betul betul selepas mak saya punya syair. Hahah, tak pasal pasal jadi kelakar pun ada. Prof rahman shaari dah gelak gelak. Hahhaa.

Apapun, seronok dapat backup abam seruling. kalau tak saya ni jenis bedal harmonika sahaja. Kalini kita kasi dengar saya anak malaysia versi seruling buluh, penuh kemelayuan. Jadi saya pun bergurau lagu Saya anak melayu, sebab syahdu sungguh seperti duduk dekat kampung tunggu nasi masak. Hahhaahaha. Bak kata saya, Ada peluang, kita isi ruang !!!

Related

Related Posts:

  • Festival Puisi Selangor 2024
  • Anak Dara
  • Semalam Yang Hangat MeleTOP
  • OH MAMA SAYA MAHU KAHWIN
  • BERLAWAN DENGAN PENDEKAR BAMBOO
  • ISTERI KEKUATAN HATI
  • Koleksi Video PBAKL 2024
  • LEGASI NINJASENI
  • Julian Mokhtar Bedal Gitar Ilham Pitahati
  • HARMONIKA CAKAR NANA
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. ombakbergigi says:
    July 22, 2024 at 11:03 am

    meremang dengar anak malaysia versi seruling ni.

    Reply
    1. harmonikawan says:
      July 22, 2024 at 11:06 am

      mamat ni memang sempoi gile, hehehhe

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2025 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes