Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN
isteri kekuatan hati

ISTERI KEKUATAN HATI

harmonikawan, July 6, 2024July 6, 2024

Alhamdulillah semua perjalanan harmonikawan yang saya lalui, sehingga dapat berjumpa dan beraksi bersama legenda bluesgang pak ito adalah datang dari seorang insan yang bernama Ainul Fadzilah Mohd Mustafa.

Kami sebenarnya satu fakulti di Fakulti Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Jarang saya nampak beliau di fakulti. Takdir menemukan kami di Kelab Teater UTM. Setiap rabu petang kami kena pergi ke Kolej Tun Fatimah . Dari situ kami pergi lawatan ke Istana Budaya dan mula rapat. Masa itu masih ingat lagi sempat bergurau dengan pelakon Azri Iskandar, ” Bang, ni Awek aku nak gambar ” Itulah gurauan yang nakal yang menjadi kebenaran.

Masa di universiti, beliau selalu datang tengok saya perform dan juga masa saya praktis bersama Houdinix. Sampai satu masa juga boleh jadi gaduh, sebab asyik pentingkan kawan band dari dia sendiri. Sampailah kerja , sampai sebelum tunang, selepas tunang ,sebelum kahwin, selepas kahwin, wanita ini yang sentiasa memberikan kekuatan hati supaya saya terus bermain harmonika.

Ada satu masa pun, masa saya nak beli harmonika, saya kena pinjam kad kredit beliau, sebab barang tersebut kena beli dekat oversea. Saya ingat lagi kerana sukar untuk mencari key harmonika seperti Eflat, Dflat, Aflat dan Fsharp. Memang kalau ada di Malaysia tuh, kiranya sangat rare.

Saya ingat juga dulu masa pergi mana mana sebelum kahwin, beliau yang bawa kereta. Sebab saya memang tak reti bawa kereta. Segala macam show, dengan bluezymoody, Azmyl Yunor, Otam, kami naik kereta Getz Hyundai . Saya duduk tepi sebab masih tak reti bawa kereta walaupun dah lesen penuh. Cuma nasib baik lepas kahwin, kena paksa belajar dan kena marah berulang kali sampailah pandai bawa kereta.

Apapun yang saya buat beliau banyak bagi idea dan pendapat. Setiap tempat recording, kami mesti bawa anak anak. Begitulah cara kerja kami. Masa anak kecil, sentiasa bawa anak kesana kemari untuk perform dan recording.

Masa jumpa pak ito pada tanggal 16 september 2022, kami boleh tinggalkan anak. Kami hanya pergi berdua dulu. Nasib baik juga masa itu mak saya ada program puisi di Hotel Tun Fatimah di bandar melaka. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, dan saya bersyukur kerana dapat mengunjungi dan mendengar sendiri kata kata berapi dari orang kuat blues gang.

Nak dijadikan cerita juga, ada di youtube video kami perform sama sama main harmonika bertajuk jalan abadi. Bolehlah tengok , mana tahu korang berminat nak perform sama sama denfan isteri. Tak susah pun , guna je dua jenis harmonika. Main 1st position dan 2nd position

Related

Related Posts:

  • ROCK N ROLL HOUDINIX
  • Cadangan Penambahbaikkan Infrastruktur Universiti Malaya
  • Getaran Cili Api
  • KEY COORDINATOR
  • BUDAK 4 FLAT GILA GITAR
  • GENG UNIVERSITI MALAYA RUMAH PENA
  • Surat Untuk Norita Idris
  • LO-FI MOHD JAYZUAN
  • PAKTAM BLUEZY MOODY
  • ABAH PEMAIN  HARMONIKA TERHANDAL
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes