Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN
koleksi video pbakl 2024

Koleksi Video PBAKL 2024

harmonikawan, July 8, 2024July 8, 2024

Masa aku dekat PBAKL2024, banyak juga benda yang aku fikir nak buat. Selain dari nak promote bisnes shaklee, aku terfikir juga nak rekod sebanyak video yang boleh untuk dijadikan rujukan pada anak cucu cicit akan datang. Bukan senang nak rekod momen terpenting yang aku lihat masa dekat PBAKL 2024 ini. Oklah aku cerita juga ada beberapa momen best yang aku rasa korang patut tengok.

Main Gitar Dengan Grup Antologi Secawan Kopi

Hari terakhir masa laman santai seni selangor PPAS, aku macam biasa kena jadi pemain gitar backup buat sesiapa yang nak baca puisi. Ada masa tuh, awal aku kena backup seorang yang berbadan besar, rupanya guru besar. Tapi suara dia padu gile, aku selamba main A minor, dia nyanyi padu. Patutlah kalau dia jerit dekat sekolah, tentu budak boleh lari terkencing kena marah.

Tapi yang jadi lagi gila, aku main sekali harung 30 minit rekod, bersama GASK nih. Depa nih terus masuk dan masuk. Grup depa ni mesti ada kaitan dengan kopi. Walaupun sajak tuh pasal palestin, mesti ada juga unsur kopi. Itulah menarik, sebab aku tak berapa kenal watak mereka. Kecuali aloy indra nih, aku dah tahu dia punya menjerit geram pada zionis. yang lain mungkin juga aku terpaksa reka kod gitar sendiri, samada minor atau major. Yang pasti harmonika tetap harmonika.

Merepek Blues IMUDA

Yang ni setiap malam, imuda akan kasi bantai blues satu . Sebelum orang lain mula, dia kena lepas geram main blues harp. Ada masa kami main kod G, ada masa dia suka bantai E. Semua dia guna harmonika aku. habis DNA dia akan melekat dekat situ, tapi aku sampai sekarang tak reti melukis. hahaha.

Blues merepek IMUDA ini pendek je, tapi itulah ada banyak video lagi kami berharmonikawan, sejak dari tahun lepas lagi. Memang terbaik betul, apapun gua tetap layan, semua sekali pembaca puisi memang best, layan beda bedu.

Geng orang gila SANI SUDIN

Yang ni juga satu benda seni yang aku masih belajar. Nak jadi power orang gila seni, idea menarik menusuk kalbu, super keroncong, aku kena belajar dengan SANI SUDIN, sampai aku rasa ada masa kalau aku bergabung , aku pakai nama IKAN SARDIN. Hahhaha.

Sani sudin orang kuat KOPRATASA ni ada saje idea dia. Dia kadang buat loghat orang eropah, mampus kau tak faham satu apa yang dia cakap. Tapi menariknya dia datang dari dunia teater, yang mengajar mereka tentang semua segala jenis seni persembahan. Suara dia ? memang TIPTOP kejantanan.

Anak dara jumpa kak Ain Maisarah

yang ni pun satu momen yang sempat dirakam masa hari terakhir. Sampai dahlia kena masuk last minit, dia punya seronok dengar ain maisarah cerita macam macam. Tanya nama bagai. Tapi yang aku ingat nasihat Ain Maisarah untuk anak dara nih, “Sebelum baca buku, buat dulu kerja sekolah, buat dulu kerja yang Mak suruh, ” Hhahaha.

Depa punya borong buku punya banyak, memang terbaik,semoga anak anak nih jadi insan yang hebat satu hari nanti. Saya macam biasa busy main harmonika jalanan, biasalah goreng menggoreng sampai pengunjung pening.

PMX Datang, sempat salam dahlia

Hahhaha, ini saje nak kasi panas je. penuhlah sesak, walaupun walaon dan walanon, semua enjoy tengok nak salam. hahhaa, mungkin aku ni jenis tak berdemokrasi, aku layankan jelah. Ada dia datang melawat booth DBP, punyalah lama sembang dengan Sasterawan Negara. Aku rekod rekod sampai 15 minit.

Mak aku pun lepas event pesta buku, dia pun kata kalini PMX siap nak jumpa SN lagi dekat Sri Perdana. wah, sampai mak aku kena cancel pergi kedah sebab kena ikut jadual PMX, hahaha. layan layan. Oklah video ni memang dasyat juga.

Playlist video PBAKL 2024

OKlah kat bawh ni aku sertakan juga video video yang sempat aku rekod masa PBAKL lepas. korang tengoklah video video pembaca sajak dekat laman santai seni dan reruai GAPENA. Terima kasih pak ladin nuawi yang ajak saya join team baca sajak. Terima kasih yang sudi berkenalan, dan yang sudi berkawan, walaupun perut ni dah makin besar .

Related

Related Posts:

  • Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • Festival Puisi Selangor 2024
  • Julian Mokhtar Bedal Gitar Ilham Pitahati
  • BUDAK 4 FLAT GILA GITAR
  • MYSPACE NINJASENI
  • ABAH PEMAIN  HARMONIKA TERHANDAL
  • Kurt Cobain Pengaruh Abam Joe Main Gitar
  • BAJU MELAYU HITAM
  • Kepentingan Membuat VLOG
  • CHONG AH KAW
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes