Rumah harmonikawan, January 20, 2017July 5, 2024 SANGAT BERBALOI ADA RUMAH SENDIRI Kalau cerita bab rumah nih, sebenarnya boleh jadi gaduh besar, kalau dibincangkan dari pelbagai sudut, kalau bincang dengan agamawan, bincang dengan pakar hartananah jadi lain, bincang pakar ekonomi jadi lain, bincang dengan orang biasa jadi lain. Zaman sekarang memang sukar nak debat pasal rumah, ada yang kata aset, ada yang kata rugi, jadi bagus ke ada rumah sendiri ? BEST ADA RUMAH SENDIRI Semua orang ada impian nak ada rumah sendiri. Masa tuh punyalah best, boleh ajak sedara mara datang. Boleh hias kaw kaw, tak pun buat renovation kasi besarkan rumah. Sebab rumah sendiri, jadi boleh buat suka hati, lepas tuh orang tak boleh kacau. Jadi nak sewakan pun boleh, boleh dapat untung. Memang best ada rumah sendiri. Kalau abang joe dapat orang sponsor rumah banglo sebiji, nak je. hahaha. Orang kata bila dah tua tuh, adalah tempat nak duduk, takdelah nak menyewa sampai mati. Hahaha betul jugak tuh. Jadi dah ada kampung sendirilah katakan. BEST RUMAH SEWA Kalau rumah sewa, ada untungnya, sebab harga lagi murah dari bayar bulan bulan. Haritu pergi jalan jalan tengok rumah kat alam impian, kalau beli, jawabnya rumah tuh bayar bulan bulan RM5,000 , tapi kalau sewa, owner bagi RM 2,500 je. Hhahaa, maknya boleh diskaun, itu pun kalau pandai, boleh dapat rendah lagi. Tapi tulah, harga mungkin makin naik, Kalau fully furnished tuh tentu harga markup tinggi punya. Tapi rumah sewa nih, kalau rasa bosan, atau tiba-tiba ada perang, atau tiba-tiba ada bencana, boleh pindah bila-bila masa ke tempat lebih selesa. Kalau tak cukup duit, boleh pindah ke kawasan yang lebih murah. Kalau ada duit lebih, bolehlah merasa duduk banglo sewa. Macam best je, hidup pindah randah. Jadi tak terikat dengan BANK, memang bebas. ASET VS LIABILITI Lagi isu yang jadi hot sekarang ni, betul ke rumah tuh aset. Ok, yang ni banyak pendebatan. Kalau korang buka buku biasa, orang kata rumah tuh aset. Mungkin sebab kita punya, rumah tuh aset. Jadi apa saje kita punya rumah tuh aset. Tapi kalau korang rajin baca pasal hartanah, diorang suka guna konsep ni. Aset ialah duit masuk poket, Liabiliti ialah duit keluar dari poket. Dalam konsep nih, banyak pelabur hartanah masih sewa rumah. Mereka beli rumah banyak sebab nak sewakan. Jadi bila sewa, mereka dapat untung, sebab tuh rumah sewa jadi aset. Kalau beli rumah sendiri, duduk sendiri, rumah tuh jadi liabiliti, sebab setiap bulan kena bayar duit rumah. Kalau nak sembang bab aset liabiliti, jangan terkejut kalau orang kata kereta pun boleh jadi ASET. hahaha, yang satu topik panjang lagi. HUKUM HUTANG DAN RIBA Paling menakutkan bila masuk bab hukum beli rumah. Walaupun ramai dah kata sekarang beli rumah guna pinjaman islamik, ramai masih tak puas hati dengan benda nih. Jadi ada yang tak setuju, kerana walaupun islamik, tapi masih ada unsur riba yang jelas dan nyata. Jadi pinjaman , konvensional atau islamik, tetap ada unsur riba. Ada orang kata kita ikut je majlis fatwa kebangsaan, adaorang kita benda ni riba. Jadi bab ni pun boleh gaduh besar. Kalau nak best, buatlah bacaan sendiri pasal pinjamin islamik, bank islam. Kalau rasa nak best lagi, buatlah bacaan pasal sistem matawang, fractional reserve banking dan macam macam lagi, Lepas tuh decidelah , sama ada ok tak kalau nak buat loan atau tidak. BENCANA PERANG DAN POLISI Bila zaman makin sukar, makin mencabar, ekonomi makin teruk, bila kau berhutang dengan bank, jawabnya BANK boleh buat sesuka hati terhadap korang. Contoh yang berlaku turun naik BLR, polisi bank boleh berubah bila bila masa, kerana rumah tuh adalah rumah bank, selagi hutang tak habis bayar lagi. Jadi bila berlaku bencana, atau perang, tentu bank kutip hutang jugak. Hahaha, lagi lagi zaman kegawatan ekonomi, jadi BANK akan buat apa saja untuk dapatkan duit. Jadi polisi tuh memang memihak kepada BANK. Jadi nak tak nak, kena ikut cakap BANK. Mungkin mustahil, tapi boleh terjadi kalau keadaan makin teruk. KORANG BOLEH RAMAL KE HIDUP LAMA SAMPAI HABIS HUTANG ? Satu masalah lagi bila kau berhutang, kau tak boleh sakit, tak boleh kena bencana, tak boleh kena itu ini, tak boleh perang. TApi tulah ajal maut ditangan tuhan. Bank dia tak kira kau mati macam mana, janji, dia mesti kutip hutang . Satu berita yang gile masa mh370 bila mereka dah start call family mangsa untuk kutip hutang semua. Sebab bank akan buat apa yang mereka kena buat, tak kisahlah mereka ni kes khas ke, simpati ke, itu kerja bank. Paling gila, bank boleh buat sesuka hati mereka. Kalau beli rumah pun, pernah terbaca klausa, kalau beli berpasangan, itupun dapat separuh je. Separuh lagi kena bayar jugak. Ada yang suruh buat insuran, itupun kalau boleh claim lah, sebab syarikat insuran pun, bila bila masa boleh ubah polisi ikut mereka sendiri. Itu kena ingat buat yang beli insuran. Jadi kalau korang boleh confirm ajal korang lambat lagi, so teruskan beli rumah hutang 50 tahun pun takpa. Topik bab peminjam mati nih ada debatnya, jadi semuanya ada berbeza pendapat. ADA KE ORANG BELI RUMAH CASH ? Ye, memang ada , tapi memang sukar jugaklah. Sebab ini semuanya kes terpencil je. Tapi, kalau tahu gayanya, tak mustahil untuk seseorang tuh beli rumah secara cash. Bila beli tunai nih, jawabnya kau dapat rumah tuh, bank takda kacau punya. Tak payah nak lalu bank, itupun sekadar nak buat check besar je. Ataupun tetiba kau diwariskan oleh seseorang, rumah free. itupun hutang bank dah setel. Memang tak untunglah bank kalau kau beli rumah cash. Sebab bank dia untung dengan kenakan faedah ke atas setiap pembelian rumah. Lagi satu tak bestnya, bila beli rumah cash nih, kau siap sedia dengan panggilan LHDN, dia akan tanya mana kau dapat duit nih. Tapi kalau kau jujur dan sediakan dokumen yang diperlukan, kau memang clear duit kau memang banyak tuh, ok je sebenarnya. Jadi ramai taknak beli rumah cara nih, sebab katanya bila nak cukup duit. Tapi sebenarnya kalau kau kerja KUAT SIKIT dari biasa, boleh je. Janji kau memang tak suka hutang, sebab kau tahu, ajal kau bila bila masa je boleh sampai. JADI BAGUS TAK ADA RUMAH SENDIRI ? ahhaha, sebelum nak buat keputusan nak beli rumah dengan bank, atau nak sewa rumah, korang buat sikit kajian, tanyalah pakar pakar hartanah, tanyalah orang itu dan ini, pakar ekonomi, pakar geografi dan macam macam lagi. Kalau korang rasa beli tunai rumah, itu pun buat kajian sikit tentang lokasi rumah korang. Sebab beli rumah bukan satu perkara mudah, macam beli baju dekat aeon. Terpulang kepada korang, nak beli tunai ke, pinjaman ke, nak sewa ke. Kalau rasa boleh hidup lama, teruskan buat pinjaman. Related Related Posts:TAUHU KEGEMARAN PAK ITOAlternatif Beli Rumah Tanpa Hutang RibaSOHORumah Lelong Sebab Gagal Bayar Hutang RibaCara Nak Dapat Bonus Shaklee RM 10,000Bila Dah Lama Tak Coaching Dengan Master Roslan GhazaliMuzakarah Ireach : Coaching Business Tahap Gaban ?Aktiviti Hari Minggu Yang SihatMinimalis - Less is MoreSewa Sampai MATI ? SAUDAGAR