Terbaik harmonikawan, January 26, 2017July 14, 2024 YANG TERBAIK ITU FITRAH MANUSIA Kau pernah dengar tak, orang tahap zuhud gile, kalau kau offer kereta free, Ferrari dengan Myvi, secara normalnya, fitrahhnya, mamat yang dioffer dua kereta terpower nih, tentu dia nak Ferrari, sebab dah offer free . Kalau myvi nih, memang jaranglahh yang ambil. Sebab semuanya fitrah manusia. Kalau cerita bab terbaik nih, hebat, aku ingat dua ayat ayat cinta nih, dari tuhan kepada manusia, HAKIKAT KEJADIAN MANUSIA ” Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). ” (attin 95/4) Hahhaa, kau baca takyah nak tafsir, memang kita ni mahkluk yang sebaik-baik kejadian, hahaha, compare dengan benda lain. Ni satu ayat Allah angkat manusia yang terbaik. Jadi fitrahnya, kita memang terbaik. Tak cukup dengan terbaik, tambah lagi dengan janji Allah antara kita dengan yang lain. UMAT YANG TERBAIK ” Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik ” (ali imran 3/110) Hahhaa, ini pun senang, antara umat manusia, kitalah yang terbaik, sebaik-baik umat manusia yang lain. Hahhaa, kalau kau nak KPI, set target, lumrah, fitrah, memang nak yang terbaik . Sebab ni ciri ciri umat islam yang Allah dah tulis dalam quran. MACAM MANA NAK JADI YANG TERBAIK ? Satu soalan yang best, kalau anak anak tanya ke, orang lain tanya, apa ke, macam mana nak jadi umat yang terbaik nih, khairun ummati nih ? Jawabnya dalam sambungan ayat tuh. Satu kau kena menyuruh kepada kebaikan dan menghalang segala kemungkaran. Lagi satu kau kena beriman kepada Allah, sebenar benar iman. Hahhaa, itulah cara nak jadi yang terbaik, nak jadi sebaik-baik umat manusia. BUAT KERJA SAMBIL LEWA ? Hahhaa, kau tak baca ke kisah Nabi nabi dalam quran ? Kau tak baca ke kisah Nabi Muhammad S. A. W. yang berdakwah kaw kaw banyak halangan ? Kau tak baca ke kesabaran nabi nuh yang berdakwah beratus ratus kaum mereka ? Hahhaa, kalau baca kisa kisah para nabi dan rasul, kisah orang orang yang hebat nih, kau tak boleh nak buat sambil lewa. Bersungguh sungguh tuh Allah dah cakap macam nih ” Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. ” (Al-ankabut 29/69 ) yang ni bukan je buat bersungguh sungguh, tapi lebih dari tuh, kau sentiasa tambah baik amalan kau, maknanya, KPI kita tuh makin hari makin bagus, takde makin hari makin buruk, hahah. Itu janji Allah kalau kita bersungguh sungguh dalam amalan kita seharian, sejaman, seminitan, sesaatan dan sedetikan. CONFIRM KE ALLAH TOLONG NIH ? Hahhaha, ni yang buat ramai kecewa, bila dah buat something lepas tuh tak jadi, terus giveup, ohh jangan giveup, lagi lagi kau buat kerja tuh, untuk kebaikan umat manusia , agama. Sebab janji Allah dah ada untuk orang yang menolong agama Allah “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” (Muhammad 47/7 ) Haha, semua KPI kau ni macam dalam surah ali imran tadi, niat KPI kau, cara kau capai KPI kau, semuanya diambil kira. Tapi Allah dah janji, kalau kau buat yang terbaik untuk Allah, memang Allah akan tolong, kukuhkan kedudukan kau. Hahaha, mantop tak ? SUKAR KE NAK CAPAI KPI NIH ? Hahhaa, memanglah sukar, kalau senang, baik takyah jadi manusia, jadi benda lain, hahahha, tapi nak cakap lagi nih , memang panjang, semua ujian yang kau lalui nih sesuailah dengan diri kau, ” Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: ” (albaqarah 2/155) Akhir kata, senang cerita, KPI terbaik tuh memang dah jadi tuntutan, dah jadi lumrah, dari penciptaan manusia lagi. Hahaha kalau kau, eh aku rasa macam macam malas malas je, tuh bukan fitrah, tapi tuh bisikan syaitan, iblis dan rakan rakan sekutu ,mereka ok ? bak kata boboiboy, TERBAIK !!!! Related Related Posts:BukuMISKIN Ciptaan MANUSIAHati Solar : Tenaga Keimanan ?Kenapa Lepas Kahwin Kena Beli Perodua ?Orang Power Selalu SABARProgram Dakwah Yang Membosankan ?Cara Nak Jadi CantikSemoga Tuhan Merahmati Sains : Falsafah Sains Asif…Ayat Power Promosi Vivix ShakleeVitamin C Penawar ZIKA ? SAINS