Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN
bluezy mooody paktam

PAKTAM BLUEZY MOODY

harmonikawan, June 28, 2024June 28, 2024

Terima kasih kepada zaman myspace, kita boleh upload lagu kita dekat profile untuk promosi. Antara band yang saya suka dengar ialah Bluezymoody. Pak Tam dari band BluesBug beraksi sebagai gitaris yang mengidolakan Rosli Mohalim ketika itu. Bluezymoody memang kuat pengaruh Sweet Charity.

Masa kami balik dari kenduri, aku pernah singgah gig mereka di seksyen 18 shah alam. Masa tuh meriah gila gig underground merata rata. Gig tuh bukan tempat open, dalam studio kecil pun ramai budak budak layan. Jadi masa tuh aku cuba join mereka. Ada satu lagu tuh, aku bawa bluesharp D dan jamming dengan mereka. Apa yang best tuh, dengan baju melayu pun boleh bedal gig time tuh.

Lepas tuh aku terus follow bluezymoody. Masa tuh ada gig dekat cafe cantumas, kami jamming lagu bluesgang Naik Turun Naik. Time tuh juga ada bluesman terhebat arwah Zull King. Saya sempat jamming dengan beliau di Cafe tersebut.

Antara show paling gile ialah masa dekat JB. Masa tuh sabtu aku follow otam dekat UITM. Malam tuh bedal show Layar Tanchap dekat taman tasik shah alam. Pagi tuh gerak pergi stesen bas pudu kuala lumpur cari bas nak balik JB. Punyalah gile time tuh beli tiket bas, rupanya bas haram je yang kami naik. Nasib baik sempat turun dekat Sri Puteri dekat Skudai Parade.

Lepas tuh naik teksi pergi dekat mall area taman sri pulai sebab nak kejar geng bluezymoody. Nasib baik paktam ,smile dan geng lain steady je. Masa tuh balik dah pening kepala. Sebab esok nak kena masuk lab balik sambung tulis master yang nak siap. Fuh, memang gile time tuh.

Masa tuh juga jumpa geng reggae, sempat tegur mereka, dan time tuh jugak berkenalan dengan insan yang bernama Akeem, yang menubuhkan band Redemption.Jadi perjalanan aku sebagai ninjaseni diteruskan lagi.

Related

Related Posts:

  • LAYAR TANCHAP
  • Amani
  • MYSPACE NINJASENI
  • BUDAK 4 FLAT GILA GITAR
  • LEPAK DENGAN OTAM
  • Kashmir Stone : Metal Tamil
  • QAWALI BLUES
  • Alfarabi Band
  • KONSPIRASI BATU HADHATINA dan MKB
  • ROCK N ROLL HOUDINIX
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes