Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN

Anak Pandai : Eksperimen Mama Ainul

harmonikawan, February 12, 2013
Anak pandai oh anak pandai. Ternyata semuanya nak anak pandai. Pandai macam mana ? Tentulah semuanya nak pandai ikut cakap mama, pandai hormati orang tua, pandai akademik, pandai solat, pandai Al-Quran, dan lagi best, pandai cari duit sendiri. Jadi sebab semuanya nak pandai, kenalah buat sesuatu, supaya anak itu pandai seperti yang anda mahukan. Caranya nak kata susah, tak susah juga. Buat anak saya Arreessa Zulaikha, mama Ainul Mustafa ada buat beberapa eksperimen masa dia dalam perut lagi. Apa eksperimen tu ?Mari kita baca satu-satu.

Nasihat Luqman Al Hakim

Sehinggakan dalam Al Quran, ada surah bernama luqman, yang ternyata menceritakan tentang seorang ayah yang bernama Luqman Al Hakim yang menasihati anak-anaknya. Walaupun wujud pelbagai pandangan tentang siapa sebenarnya Luqman Al Hakim ini, tetapi apa yang penting ialah intipati nasihat kepada anak-anaknya. Korang pun tahu, amalan amalan yang penting masa anak kita dalam perut, salah satunya ialah membaca surah luqman. Ada banyak nasihat sebenarnya, anda boleh rujuk di laman web JAIS di sini.
Selain itu, Luqman Al Hakim pernah ditanya oleh sahabatnya, bagaimana dia mendidik anak-anaknya, Jawab Luqman:
“Saya mendidik anak saya sebelum mereka lahir lagi,bahkan sebelum saya berkahwin!”

Formula 7 Saidina Ali

Yang ni memang agak popular, tentang formula 7 tahun berbeza-beza. Pesanan saidina Ali berbunyi begini.
  • 7 tahun pertama, didiklah mereka dengan penuh kasih sayang
  • 7 tahun kedua, berlaku tegas dengan mereka
  • 7 tahun ketiga, berkawanlah dengan mereka.

Rahsia Orang Yahudi Cemerlang

Saya rasa ramai yang sudah tahu tentang bagaimana orang yahudi mendidik anaknya untuk pandai. Perkara ini sememangnya telah ramai tahu di facebook dan menular sehingga saya pun seronok membacanya. Kita sememangnya  tidak perlu menafikannnya, kerana orang yang berjaya di dunia ini, kebanyakkannya ialah Yahudi. Satu artikel di laman web iluvislam pernah menyingkap rahsia orang Yahudi mendidik anak mereka. Antaranya ialah
  1. saat mereka tahu ibunya mengandungkan anak, si ibu akan bersama sama bermain piano dan menyanyi .
  2. si bapa akan membeli buku latihan matematik, dan si ibu akan membuat latihan matematik bersama dengan si bapa
  3. si ibu akan memakan kacang badam dan kurma bersama susu.
  4. tengah hari pula, si ibu akan makan roti dan ikan tanpa kepala. Daging ikan memang baik untuk perkembangan otak. Kepala ikan pula tidak di ambil kerana bahan kimianya boleh merosakkan perkembangan anak mereka.
  5. Ianya menjadi kewajipan kepada ibu-ibu kaum yahudi yang mengandung untuk mengambil pil minyak ikan !!!
  6. Kebanyakkan menu utama keluarga yahudi ialah ikan, yang tidak bercampur dengan daging.
Selain banyak lagi perkara yang anda boleh baca di artikel tersebut, tentang rokok, nikotin, pelajaran matematik, bermain muzik, dan sebagainya. Dan ternyata , rakyat dunia sekarang menggunakan teknologi ciptaan orang Yahudi. Dalam satu buku yang saya beli dibawah, ternyata, satu pendapat mengatakan, jika anda mahu Universiti anda mendapat ranking yang terbaik, ambillah pelajar pelajar keturunan YAHUDI !!! Saya telah membaca buku ini. Memang mantap !!!
buku mengapa yahudi berprestasi
Yahudi Cemerlang, buku yang bagus untuk dibaca

Eksperimen Mama Ainul

Semasa saya membaca tentang rahsia anak yahudi yang pandai itu, saya dan isteri pun sepakat untuk membuat apa yang kami boleh tiru. Selain membaca Al quran ketika Arreessa dalam kandungan, Mama Ainul Mustafa ada juga:
  1. membuat latihan addmath , sampai satu ofis tahu, kalau ainul buat addmath lagi, maknanya dia mengandungkan anak.
  2. kami sama-sama main abc masa dalam perjalanan pulang dari ofis
  3. kalau kami nak pasang perabot, kami akan cakap dengannya , kita akan pasang perabot bersama.
  4. pasal muzik tu, cuma dengar lagu dalam kereta je, hehe, mama ainul ni kurang sikit main alat muzik.
Alhamdulillah, Arreessa dah 2 tahun lebih, membesar dengan sihat, dan pandai mengarah orang dah selain bercakap banyak tak berhenti henti. Siap boleh ada marketing plan sendiri , kami pun dengar dengan khusyuk dan tawaduk. Alhamdulillah !!!!
Selamat mendidik anak – anak kita, sebelum saya mengakhiri enti kali ini, jom beberapa tips khas dari mumsluv di bawah.

Related

Related Posts:

  • Kungfu Panda
  • Falsafah Game Ular
  • Cikgu Dina Pakai Prada
  • Cara Mudah Belajar Bahasa Jepun
  • Nasi Lemak Bestari Sri Hartamas Boleh Buat Anda Pandai ?
  • SEKOLAH CYBERJAYA vs SEKOLAH GAZA
  • Macam Mana Nak Jadi Senior Supervisor Shaklee
  • Macam Mana Nak Dapat Like Banyak Dekat Facebook ?
  • ISTERI KEKUATAN HATI
  • Tak Pandai Buat Tajuk Gempak ?
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (6)

  1. amer akat says:
    February 17, 2013 at 6:43 pm

    aslkum.. u have so nice blog …bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
    http://slapmestore.blogspot.com/

    Reply
    1. faizsaaid says:
      February 17, 2013 at 8:39 pm

      boleh, saya dah follow blog awak tadi

      Reply
  2. noor shahirah says:
    February 18, 2013 at 4:54 am

    done folow..tq follow sy..nice entry..:))

    Reply
    1. faizsaaid says:
      February 19, 2013 at 12:22 am

      thanks noor shahirah, sudi sudi baca

      Reply
  3. Achey mohammad Nasir says:
    October 14, 2014 at 8:48 am

    terbaikk

    Reply
    1. faizsaaid says:
      October 14, 2014 at 8:57 am

      Alhamdulillah

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes