Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAUDAGAR
  • SAINS
  • SHAKLEE
  • SENI
  • SUKAN
HARMONIKAWAN
body mantap wajib bersenam

Body Mantap Wajib Bersenam ?

harmonikawan, July 11, 2024July 12, 2024

Body Mantap Wajib Bersenam ? Kalau ikut ramai coach, memang pun. Ini cara yang memang diajarkan ramai orang di luar sana. Kalau nak body berketul, nak power, wajib bersenam. Sebab kelebihan bersenam dengan coach power ni berjaya buktikan dengan pelbagai jenis diet, low carb atau high carb. Janji kena kalori defisit.

Senaman Beban Bagi Otot, Diet Untuk Bakar Lemak

Aku banyak baca dan banyak juga contoh aku tengok. Memang kebanyakkan coach ni dia memang tekankan kalori defisit kalau nak body lawa. Jadi tak usahlah korang bergaduh pasal nak buat diet keto ke, makan nasi ke, buah bahaya ke, fruktosa ke. Itu cerita bab kesihatan long term. Ini nak buat body bakar lemak sampai 3 persen, jadi jawabnya kena kalori defisit.

Aku pun perasan, kalau orang yang tak jaga makan, tapi masih buat bersenam dalam gym angkat besi berat, mereka tak berapa lean. Ada je yang perut masih ada lemak. Tapi kalau nak masuk bertanding, barulah depa kaw kaw jaga diet. Dan sebenarnya aku dengar mat saleh cakap, mereka ni menyorok bila nak jaga makan. Semuanya bukan senang , tiada yang mudah dalam nak body ketul ketul.

Aku tak suka BERSENAM, tapi BERKEBUN.

Hhahaha, aku sebenarnya ada juga buat kajian, orang dulu dulu, sebenarnya kerja kebun, kerja buruh, mana ada masa bersenam. Dan istilah bersenam ni wujud pun masa zaman nak moden. Kalau rasa dulu, askar dulu dulu, depa tak bersenam. Tapi lebih kepada kerja berat, latihan perang, dan macam macam lagi.

Aku tengok satu tuh mamat yang angkat kelapa sawit tuh, fuhh, memang takdelah ketul ketul, tapi sebab kerja dia tuh memang kaw kaw berat , akan mantapkan otot. Lepas tuh pula, aku tak rasa dia akan jaga makan ala ala keto ke. Depa confirm makan nasi, kalau orang asialah.

Sebab tuh aku prefer bersenam dan berjalan kaki, dari jogging atau runing. Kalau kau menipu macam syed sedaq, hahaha, itu pun dah kantoi. Nak cakap pun sedih juga. Berjalan kaki ada yang kata senaman brisk walk. Tapi yang bebasnya kalau korang suka jalan kaki, jadikan dia satu lifestyle yang mudah.

Jalan kaki pergi Masjid , Lotus Setia Alam.

Dulu aku rasa susah sikit nak turun berat badan. Kalau buat sekadar IF je, payah juga. Lepas tuh aku pulak jenis yang makan suka hati, walaupun makan sayur banyak. Aku bedal je teh tarik. Hahha, jadi memang perut tuh tak boleh cover dah kebuncitan.

Cumanya aku akan mula kawal makan, kalau dah mula rasa BMI dah cecah 25 atau lebih. Aduh, itu belum lagi kalau nak ikut standard Asia. Standard asia singapore dah tetapkan BMI sihat bawah 23. Fuhh , pening jugak. Shaklee pun dah tetapkan bawah 23 untuk program terbaru diet mereka.

Aku pun selain bersenam semua, aku cubalah menten, jangan bagi gemuk balik macam dulu. Ada aku share beberapa tips, antaranya aku suka kutip sampah dan buat baja. Tanam pokok macam berkebun. bolehlah aku menten, Kalau dah teruk jawabnya aku kena puasa balik kaw kaw.

Promo Shaklee July 2024

Sebelum nak tutup cerita, aku nak share juga shaklee pun ada nak buat promo. Start julynih korang boleh dapatkan produk kurus shaklee yang paling aku suka , iaitu Cinch Shake. Yehaa, tambah pula dengan Omega guard shaklee minyak ikan paling tulen tanpa merkuri . Lepas tuh ada herblax, cuci usus , senang membuang.

Kalau korang nak lagi best, boleh tambah DTX Complex. yang ni bagus untuk cuci hati. Hati liver ni memang teruk, kalau dah terlampau berat. Ada juga kajian mengatakan liver ni penyebab berat badan kita stuck. Mana taknya, hati ni adalah organ yang cuci semua toksik yang akan masuk dalam badan kau.

Nak padu lagi, boleh tambah resV, yang aku ada share sebelum ni kalau korang jenis nak tenaga. hahha tenaga penting kalau korang tak mahu craving bagai. Bila nak bekerja berat, bagus ada resV nih. yang ni dia akan bagi tenaga pada mitchondria , pusat tenaga korang. Pastu pula dia akan mula repair sel sel yang rosak .

Nak body Mantap ? Kena Kerja KUAT !!

Aku tengok dulu player bola yang kuat main bola, body senang six pack, Tapi bila dah tak main bola, habis keboroian naik. Memang pun sebab kena kerja kuat dan jaga makan. jarang aku tengok yang jaga makan. Rooney, Snieder, ronaldo fenomenan R9, semua dan gemuk gedempol sebab malas aku rasa.

Jadi korang kena bina kekuatan dan jaga makan. Nabi pun rajin kerja, pergi perang, selalu puasa, makan sebelum kenyang. Tak peliklah kalau hadis tuh kata badan nabi rata dada dengan perut, berketul seperti batu tersusun. Hahhaa. Ok selamat jaga makan semua, khas untuk aku dan semua pembaca blog HARMONIKAWAN !!!

Related

Related Posts:

  • Kenapa Kena Bina Otot ?
  • Cara Nak Dapat Gambar Banyak Like Facebook
  • 6 Suplemen Untuk Otot Sasa
  • Macam Mana Nak Dapat Body Cantik ?
  • Supplement Yang Perlu Ada Untuk Membina Otot
  • Buah-Buahan Untuk Bina Badan
  • Petua Awet Muda dan Langsing
  • Cara Berkesan Atasi Kanser Tanpa Ubat Doktor
  • Cara Minum ESP Shaklee untuk Kurus
  • Bila Nak Buat Diet
SHAKLEE

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS
  • SAJAK
  • SANTAPAN
  • SAUDAGAR
  • SENI
  • SHAKLEE
  • SUKAN

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • Lagi-Lagi Senario: Lebih Dari Sekadar Lawak, Satu Cerminan Krisis Kewangan 1997 March 14, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2025 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes