Salam sejahtera semua. Selepas penat saya keluar tv semanis kurma haritu dengan wife, macam – macam perkara yang berlaku, tapi cerita bola sepak malaysia ni, aku takkan lepaskan. Selepas perlawanan gila Gergasi Merah dan Harimau Selatan, aku terfikir, siapakah yang patut bermain untuk team malaysia kali ni. Aku fikir punya fikir, akhirnya, aku dah pilih 11 pemain untuk menjadi penggempur utama Malaysia kalini.
Aku tak kisah dari segi umur, walaupun dah tua macam
Alexender Duric tu, tapi yang penting ialah sumbangannya, janji menang, dan berjaya membangkit semangat berlawan bila ketinggalan. Biasanya, kawalan bola itu penting bagi modern football sekarang, selain
bijak membuat hantaran pendek. Yang paling penting ialah, aku pilih yang
boleh menjaringkan gol, walaupun dia bermain sebagai pertahanan. Berdasarkan pengamatan aku, jom kita tengok siapa yang terpilih. Keputusan aku juga, ada sedikit bias, sebab aku peminat selangor, hehehe.
Walaupun kita ada razman, rubben, bunyamin omar, dan banyak lagi pertahanan kanan yang bagus,
Mahali Jasuli ialah pemain terbaik, bagi aku pemain terbaik Malaysia ketika piala AFF 2012. Gol kemenangan ketika menentang Indonesia tempoh hari ialah penanda kepada peminat bolasepak malaysia dan pasukan lawan, bahawa dia ialah pemain yang berbahaya dan perlu diberikan perhatian. Dia banyak membantu serangan, dan bergandingan baik dengan wan zack haikal dan juga partner baru beliau k sole di selangor. Ketiadaan pemain tengah semasa perlawanan menentang Qatar, Rajagobal meletakkannya sebagai pemain tengah bersama shakir shaari. Kalau nak dikira juga, banyak juga passing berbahaya yang menghasilkan gol untuk Malaysia dan Selangor.
5. Mohd Asraruddin Putra Omar – bek kiri
|
Asra |
Pengalaman menjaringkan gol penyamaan sukan sea 2011 ialah kelebihan yang dimiliki oleh asra. Kapten selangor sekarang ini, walaupun kurang bermain dengan skuad utama, dia boleh bertindak untuk membantu jentera serangan dan hantaran lintang asra juga menjadi seperti kawannya mahali jasuli. Asra semasa di skuad piala presiden selangor ialah seorang PENYERANG. Masih teringat lagi ketika selangor membelasah perlis, asra menjaringkan 5 gol ketika itu. Kelemahan ketara ialah selalu hilang fokus dan mudah dibolosi. Antara zubir azmi, daudsu, dan yang lain-lain, asra pilihan aku setakat ini.
6. Mohd Shakir Shaari – Defensive Midfielder
|
Shakir Shaari |
Yang tak perlulah cerita panjang, tengok sahaja perlawanan nya bersama
Kelantan dan Malaysia. Aku rasa mamat ni kreatif dan boleh menjaga bola dengan baik ketika digempur pihak lawan. Beliau bermain dengan baik, dan menjadi lebih bahaya kalau digandingkan dengan Badri Radzi Piya. Menjadi tunggak penting semasa Malaysia mengalahkan Indonesia masa AFF Cup 2012, tapi sayangnya kecederaan memaksa beliau digantikan, dan pasukan Malaysia nampak longlai dengan ketiadaan shakir diposisi tengah .
7. S Veenod – Attacking/Defensive Midfielder
|
S Veenod |
Pemain tengah ini kurang diberi perhatian oleh peminat bolasepak Malaysia. Tapi kelibat veenod ini nampaknya makin menjadi bersama selangor semenjak bermulanya musim baru Liga Super 2013. Pemain tengah ini boleh dikatakan sebagai box-to-box midfielder. Setakat ini, rajagobal tiada lagi pemain yang boleh bertindak sebagai box-to-box midfielder ini.
Veenod menjadi jantung selangor sekarang, dengan kerajinan merampas bola dari pihak lawan, dan akan cepat bergerak ke atas ketika melakukan counter attack. Dengan kualiti stamina yang tinggi, aku rasa Malaysia perlukan veenod untuk membantu Shakir ketika pasukan sedang bertahan menahan asakan. Veenod patut diberi peluang untuk beraksi, walaupun tiada pengalaman, dan kadang kala bermain macam tiada arah tuju. Aku masih teringat lagi kelibat owen hargreave, ketika england menentang portugal world cup 2006, semasa itu england bermain 10 orang, dan hargreave menjadi
JANTUNG england, turun naik tanpa merasa letih.
8. Mohd Badri Mohd Radzi – Attacking Midfielder
|
Badri Radzi aka Piya |
Setelah Safiq Rahim, Badrul Baktiar, Amar Rohidan, hilang taringnya, dan Safiq Rahim gagal menyerlah bersama JDT, tibalah masanya dan akhirnya Rajagobal memanggil
Kapten Marvel, Piya untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan. Pemain berusia ini, tidak pernah berputus asa, membimbing pasukan kelantan menjuarai Piala Malaysia 2010 dan 2012. Masih dalam ingatan Piya menjadi duri dalam daging ATM, dengan melakukan 3 deadly passing untuk mat yo dan indra menjaringkan gol kemenangan Kelantan dalam saingan piala malaysia 2012. Selain itu, Piya boleh menjaringkan gol dan cemerlang dengan kelantan ketika saingan AFC cup dengan jersey ADABI nya haha. Selain itu, piya juga boleh mengambil sepakan percuma yang menghampakan MISI 33 selangor tahun lepas. Aksi Piya bagi aku seperti kelibat Shinji Kagawa bersama Dortmund dan Manchester. Sekarang tibalah masanya untuk Piya menunjukkan bisanya untuk pasukan negara yang tercinta.
9. Wan Zack Haikal Wan Noor – Right Wing
|
Wan Zack Haikal |
Pernah menjadi pemain harapan Malaysia ketika Anugerah Bolasepak Malaysia tahun 2010. Pemain ini berbisa dan mendapat panggilan untuk beraksi bersama FC Ryuku untuk liga divisyen 3 Jepun. Pemain berbisa disebelah kanan, mempunyai skill yang mantap, dan bergandingan dengan baik bersama Mahali . Bermain dengan pantas, dan boleh mengawal bola dengan baik,selain itu muka jambunya yang membuatkann awek awek diluar sana terpikat. Calon lain, seperti azamudin, amirul hadi, k sole, dan lain lain terpaksa diketepikan, sebab ini pilihan terbaik aku setelah dah lama fikir panjang.
10. Mohd Amri Yahyah -Left Wing -Striker
|
Amri Yahyah |
Amri yang tidak di makan usia, semakin berbisa bersama selangor dengan menjaringkan banyak gol untuk kempen liga super 2013. Pengalaman dan aksinya amat ditagih, dan menjadi ingatan kerana dia satu-satunya pemain malaysia yang berjaya mengalahkan Edwin Van de Sar ketika Manchester United melawat Malaysia. Pemain yang tidak pernah erti penat ini, rajin dan bijak mengawal bola. Pernah bemain banyak posisi semasa awal kemunculan nya bersama Selangor. Kali ini, Rajagobal memanggil beliau kembali kerana aksinya yang cemerlang, selain beberapa pemain lain yang cedera. Posisi pilihan aku untuk amri ialah bermain Left Wing, dan sambil menyerang. Nampaknya, aku lebih suka Malaysia bermain lone striker, dan menguatkan jentera tengah. Calon calon lain seperti S Kunalan, Raimee, Nurul Azwan Roya, terpaksa dilupakan, untuk memberi Wak Am membantu lone striker pasukan Malaysia.
11. Norshahrul Idlan Talaha – Lone Striker
|
Mat Yo |
Kemerosotan Safee Sali, yang asyik cedera , Mat Yo atau Wak lan, lebih menyinar, dan satu-satunya calon untuk menjadi Penggempur Utama pasukan Harimau Malaya. Walaupun Farhan, Faizul dan yang lain lain cemerlang, Mat Yo mempunya kelebihannya, dan prestasinya bersama pasukan JDT di tahap baik, walaupun JDT mengalami masalah kurang serasi antara pemain-pemain bintang. Pemain MVP 2 kali ini, masih berbisa dan perlu di beri perhatian dengan corak permainannya yang gemar menggelecek dan berlari pantas dalam kotak penalti lawan. Aksi terkini beliau menyebabkan Peter Chrapan dibuang padang kerana mengasari beliau. Masih ingat lagi aksi silat harimau Mat yo ketika dia dikawal oleh tiga pemain thailand semasa saingan piala AFF 2012. Sentuhan mat yo masih berbisa, walaupun ada sikit turun dengan pasukan JDT yang dibayangi kelibat Guizza. Kemasukan badri radzi akan memberi tuah kepada pasukan Malaysia kerana gandingan Piya, Shakir cukup masak dengan permainan Mat Yo .
12. Irfan Bakti – Jurulatih Baru Malaysia ?
|
Irfan Bakti |
Selain dari OKS, taktikal irfan yang berjaya menyentap pasukan ATM, KELANTAN dan JDT tempoh hari membuatkan banyak fans selangor inginkan Irfan menggantikan Rajagobal sebagai jurulatih baru HARIMAU MALAYA. Bagi aku, sudah tiba masanya Irfan diberikan peluang untuk membimbing Harimau -harimau ini, setelah Rajagobal dan Sathianathan berkhidmat lama untuk pasukan negara. Irfan terkenal dengan permainan counter attack, dan bijak membaca permainan lawan. Sebelum ini pernah menjadi coach untuk Pulau Pinang dan Terengganu. Bagi aku, OKS perlu kekal bersama Harimau Muda A kerana kepakarannya boleh mencari bintang bintang baru untuk Malaysia. Nazmi Faiz, Wan Zack, Mahali, ialah pemain yang mendapat bimbingan OKS untuk berjaya.
4 comments