Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN

Kelantan vs JDT : Lagi Pendedahan Masalah Bola Sepak Negara

harmonikawan, October 7, 2013
Salam sejahtera semua. Macam biasa saya suka bangun pagi, dan akan menyiapkan satu entry blog, sebelum memulakan tugas lain, mengendalikan family Rumah Mesra Ceria dan sebagainya. Alhamdulillah, semalam ramai juga ahli family yang datang. Macam biasa kaum bapa, kalau tak sembang bola tak sah. Paling menjadi tumpuan tentunya kejayaan Kelantan melauk JDT 6-1, satu jaringan yang rasanya sukar untuk diterima oleh peminat JDT. Bagi Kelantan, Stadium Kota Bharu, memang jadi kubu kebal The Red Warriors yang penuh dengan elemen semangat dan psiko kepada pelawat. Apapun, rasanya kali ini saya macam biasa suka untuk menulis cerita Kelantan vs JDT. Kiranya ini kali ke 3 saya menulis tentang perlawanan ini.

masalah bola sepak negara

Pasukan JDT tiada arah tuju ?

JDT seolah-olah hilang fokus, bila membiarkan piya, indra dan zairo menguasai permainan sepanjang perlawanan. Kesilapan besar  JDT ialah mereka tidak tahu, sama ada mahu menyerang atau bertahan sambil melakukan serangan balas. Biasanya, kalau mereka betul betul merancang, sudah pasti Kelantan boleh tewas dan tersungkur di Kota Bharu. Ke mana perginya Safiq Rahim, hilang dalam radar permainan, Safiq tidak berjaya membimbing barisan tengah JDT untuk menyekat kemaraan Dickson, Piya dan Indra yang ternyata bermain dengan kelas tersendiri dan penuh dengan pengalaman. Barisan tengah JDT pula nampkanya diberikan satu pengajaran yang berguna, dan 6-1 ialah satu memori yang akan ditelan oleh Mat Yo dan rakan-rakannya yang gagal bersaing dari segi mental untuk menyekat Kelantan ke separuh akhir, walaupun mendahului dengan agregat 2 gol !!

Obina Sepatutnya Di layangkan Kad Merah

Kalau kita ikut betul betul cara permainan Obina, rasanya Obina memang terlepas dari hukuman berat, kerana pengadil perlawanan hanya melayangkan kad kuning, walaupun sebenarnya situasi itu amat berbahaya. Rasanya, kalau diikutkan pengadil FIFA dalam perlawanan seperti BPL,dan UCL, tindakan Obina rasanya boleh terus kepada perintah keluar padang, kerana ianya ditambah dengan tindakan terpaksa bermain dengan terjahan keras kerana tidak mahu Safee Sali bebas untuk menjaringkan gol. Apapun pengadil lebih tahu keputusannya, jadi takpalah. Walaupun begitu, Obina berjaya juga mencetak gol pada malam itu.

Dickson Tidak Profesional

Pada akhir babak perlawanan dengan JDT yang terus layu tidak dapat melawan lagi, Dickson dengan sengaja melakukan aksi yang tidak profesional, dengan menimbang bola, seolah-olah mempersendakan pihak lawan. Tindakan itu pula diikuti dengan Obina yang juga bermain secara fancy, seolah-olah mempersendakan pasukan JDT. Tapi apapun, dalam sejarah perlawanan Piala Malaysia, ada pemain yang dikenakan kad kuning, kerana duduk di atas bola. Sikap begini bak kata Nazab Hizan, perlu dielakkan oleh pemain profesional. Sedangkan kita sendiri pernah tengok bagaimana Iker Casillas menyuruh pengadil memberhentikan perlawanan lebih awal, kerana tahu Italy sudah tidak mampu untuk bangkit dari mengalahkan Sepanyol. Iker tahu, mereka boleh menang, dan tidak mahu pasukan Italy dipersendakan dan tidak mahu pasukan Italy kalah dengan lebih teruk lagi. Pada perlawanan akhir tersebut, semuanya masih ingat bagaimana Sepanyol memalukan Italy dengan jaringan 4-0, dan Sepanyol menjuarai Piala Eropah .

Pasukan kalah dapat wakil Malaysia

Itulah hakikat bolasepak Malaysia. Mat Yo, Safee dan Safiq, akan melapor diri untuk perlawanan menentang bahrain, tapi Indra, Piya dan Farhan yang melauk team JDT, tidak pula mendapat tempat. Di mana silapnya pengurusan bolasepak kita ? Kenapa tidak memilih pemain yang betul betul perform dalam liga untuk menjadi pemain kebangsaan ? Adakah jurulatih kebangsaan pilih bulu ? Saya juga menantikan mana jurulatih yang sanggup panggil Indra Putra untuk beraksi kembali bersama skuad kebangsaan. Indra tak pernah pun menunjukkan sebarang kejatuhan, tapi Indra ada pengalaman, dan menjadi watak utama Kelantan untuk menjuarai Piala dalam 3 tahun ni. Jadi, di mana silapnya pemilihan pemain ini, dan perlawanan Kelantan menentang JDT ni adalah bukti kepincangan pengurusan bola sepak negara, yang tidak profesional dalam pemilihan pemain !!!

Tutup buku 2013

Tahun 2013 , adalah satu tahun permulaan, baby steps untuk JDT, merasai pahit manis sebagai satu pasukan yang dibentuk, untuk berbakti kepada rakyat Johor. TMJ nampaknya begitu serius untuk membawa JDT ke persada antarabangsa, dan sumbangan JDT kepada KEMERIAHAN bola sepak Malaysia amatlah di hargai. JDT memberi satu impak besar kepada pasukan negeri, kepada pengurusan, dan kepada pasukan kelab, bahawa, BOLASEPAK sekarang ialah SUATU PELABURAN, yang membuka banyak pintu rezeki bukan sahaja kepada pemain, malah penyokong turut merasai kehangatan dan limpahan rezeki hasil dari munculnya JDT dalam kancah bola sepak negara. Kelantan pula telah membuktikan, pelaburan jangka panjang, dengan mendidik pemain, adalah amat penting, bermain dalam satu pasukan, adalah kunci utama untuk terus memegang KUASA bola sepak tempatan. TSAM tentu berbangga digelar sebagai BAPA BOLASEPAK MODEN KELANTAN !!!!

Related

Related Posts:

  • Salam Kota Bharu
  • Cerita Bola Sepak Terbaik oleh Faiz Saaid
  • Faiz Subri
  • Peluang Kelantan dan Selangor dalam AFC CUP 2013
  • Apakah Hubungan Kelantan dan Blackburn ?
  • Kelantan vs Darul Takzim FC
  • Dendam 94 Pahang vs Lions 12
  • Piala Malaysia 2013 Bermula
  • Selangor Bangkit Lagi, ATM Tersungkur Di Shah Alam
  • Pasar Pagi Pengkala Chepa
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes