Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN

Selangor Bangkit Lagi, ATM Tersungkur Di Shah Alam

harmonikawan, June 23, 2013
Selangor bangkit lagi, itulah yang aku nak cakap, pasukan yang asyik hampir nak kalah, seri-berseri banyak kali, nampaknya berjaya menamatkan lagi permainan dengan kemenangan 2-1 kepada pasukan ATM yang seakan-akan kurang peluru untuk berperang dengan Selangor. Banyak benda yang nak ditulis sebenarnya, tapi biasalah, asyik bebaru ni nak konon nak buat template blog yang bagus, tengok-tengok nak edit tu punyalah payah, hahahha. Last-last, template cap ayam aku ni jugak yang cool, tapi aku ada tambah sikit supaya korang tak perlu nak baca semua entry yang ada dalam blog aku ni. Oklah jom kita tengok rangkuman cerita pendek ala zainal abudin bentong.


selangor vs  atm liga  super 2013


LAMA TAK DATANG STADIUM

Banyak game yang gua miss masa tak datang stadium, perlawanan dengan Singapura, Perak dan Terengganu, hooo semuanya main kat Stadium Shah Alam yang seperti stadium lama yang tinggal kenangan ala-ala stadium Merdeka. Nampaknya aku haritu rasanya sempat tengok Selangor Lawan East Bengal yang rasanya macam main dalam Library , terlampau ramai. Nampaknya kat Shah Alam, takdalah pulak kucing berak atas padang, suasana lebih hebat dari di Kuantan, sebab ramai gila orang datang, sampai banyak gile hantu datang dari orang yang datang. Itu dinamakan kehebatan pasukan Selangor, yang nyata bila game lawan JDT dan Kelantan baru penuh.

MALA ONN ALEX  JAMES

Babak pertama episod peperangan antara Gergasi dan Askar menjadi hangat sebab abang Marlon kita dah kena kad merah, kerana tendang freekick sesuka hati, selain hand ball yang sangat ketara. Nampaknya abang Marlon menjadi MalaONN  James, yang ternyata mengurangkan tekanan kepada Selangor. Tapi aku ingat Selangor yang akan main betul-betul, tapi macam biasa ATM nampaknya lebih kuat di bahagian midfield yang di ketuai oleh ketua kampung Argentina Bruno Martileto, hahaha, power power, kalau abang MalaONN ada, habis Selangor kena lanyak. Tapi lagi nasib baik aku tak perasan pula pemain MLM Hai-O tak main malam tu, kalau tak lagi teruk kena Selangor. 

LEKA KELEKAAN

Masa dalam kelekaan, sebelum tu, nasib baik Wak Amri Yahyah juga yang hensem rilek je menendang masuk gol pertama Selangor, macam aku tengok dalam game fifa 96 zaman sega punya gol. Rilek je wak am, lari punya laju, kejar bola, dan terus menerjah jaring pihak lawan, yang dipimpin oleh pertahanan yang sungguh veteran, abang Sukor Adan. Macam biasalah, kalau dah nama leading satu gol, mulalah leka kelekaan bermain, sampai satu masa tu si Pakcik Adam Griffht boleh takel selamba je pemain ATM, dan penalti diberikan kepada pasukan pelawat. Bruno Mars dengan selamba menyepak masuk gol untuk askar mengikat Selangor 1-1. Hooo ini sudah panas ni, semuanya macam tak yakin Selangor akan menang malam ni, kecuali geng Ultras yang terus menyanyi menghiburkan hati.

FREE KICK GURU YANG LEBIH HEBAT DARI COPOT

Macam biasa separuh masa kedua, Selangor perlu bangkit, masuk player sana-sini, tapi Selangor pun nampak kurang sabar, ramai gila kena kad kuning, dan Nasriq hampir-hampir kena merah. Nasib baik aku tengok ref macam bias ke Selangor, hahhaa. Kalau tak ramai dah meninggalkan padang dan mandi awal. Perlawanan memang seimbang, aku tak nampak pun ATM ni lemah sangat kalau main 10 orang. Yang paling macho tentulah player Selangor yang kepenatan nak menyerang. Pakwa Tasha Shilla pulak nampaknya tak menyerlah sangat malam tu. Dulu punya habaq kat Twitter sayang-sayang, lepas tu habis kalah dengan JDT, terus senyap hahahaha. Tapi, serang punya serang, dapat jugak freekick last-last minit. K Gurusamy, wakil dari 4 Macha Selangor berjaya menjaringkan gol kemenangan kepada Selangor. Akhirnya Selangor 3 kali dapat free kick minit-minit akhir perlawanan. Selangor menang, tapi aku tak nampak pulak kelibat Veenod malam tu, rasanya injured kot.

JOM BALIK RUMAH

Jom lah balik, menang liga super je pun, JDT ngan Kelantan nak main Final Piala FA 2013. Nampaknya, siapa yang akan menang , tengoklah nanti. Apapun, sokonglah pasukan tempatan anda. Nampaknya FAM semakin panas bontot dengan desakan peminat , menteri, lagi -lagi TSAM dan Shahidan yang sudah panas dengan FAM ni. Oklah takpa,  FAM biarkannya sahaja dengan labu-labu dan duit komisen perlawanan persahabatan. Jom Balik Rumah !!!!!

Related

Related Posts:

  • MEHMET DURAKOVIC - Piala Malaysia Dan Stadium Shah Alam
  • Gajah Kena Sembelih Di Shah Alam
  • Amri Yahyah Berjoget Tanda Protes
  • Selfie Pasukan Selangor Kalahkan Tok Gajah
  • Peluang Kelantan dan Selangor dalam AFC CUP 2013
  • Irfan Bakti : Jurulatih FELDA Yang Layak Ke Final…
  • Seri Berseri Pasukan Selangor 2013
  • Blog Keluarga Rumah Mesra Ceria
  • Kedah Juara Piala Malaysia 2016
  • T-Team Mangsa Pertama Tiki-Taka Selangor
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes