Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAUDAGAR
  • SAINS
  • SHAKLEE
  • SENI
  • SUKAN
HARMONIKAWAN

Peluang Kelantan dan Selangor dalam AFC CUP 2013

harmonikawan, May 14, 2013
Bagaimana rasanya peminat kelantan malam ni ? Rasanya tentunya satu Malaysia, yang betul betul minat bolasepak malaysia akan menonton siaran secara langsung perlawanan di antara kelantan menentang pasukan dari hongkong. Selangor pula dilihat menghadapi laluan sukar apabila perlu bertemu juara Maldives, yang rata-rata membarisi skuad pemain kebangsaan maldives. Oklah jom kita tengok peluang kedua-dua belah pasukan untuk layak ke suku Akhir AFC Cup 2013. Doakan yang terbaik untuk pasukan wakil Malaysia  ini.
afc cup, selangor, kelantan ,shaklee
AFC Cup logo dari kelab east bengal hahaha

Peluang Kelantan 

Sebagai juara kumpulan , Kelantan nampaknya  tidak menghadapi laluan sukar untuk mencabar kelab hongkong di gelanggang sendiri malam ini. Nampaknya dalam liga tempatan pula, keserasian dickson terus ditagih, dengan larian kencang dan tendangan deras yang laju. Apapun, petratov pula akan membantu jentera serangan kelantan untuk merobek gawang pasukan lawan. Selain itu, Indra pula berada di satu tahap yang terbaik dengan beberapa kali menjaringkan gol dalam saingan liga super. Tapi yang paling menakjubkan ialah kapten marvel Piya, cemerlang dengan menjaringkan gol dari sepakan sudut sebanyak dua kali, satu semasa melawan kelab vietnam, satu lagi ketika melawan negri sembilan. Nampaknya, momentum kemenangan Kelantan akan terus dibawa bagi melayakkan Kelantan mara ke  suku akhir, dengan dibantu penyokong mereka yang setia. Tapi, ada lagi satu kejutan untuk pasukan pantai timur, malam ini dikhabarkan, referee yang melayangkan kad merah kepada fazli shas akan menjadi pengadil perlawanan malam ni. Tentunya rakyat tak boleh lupakan sejarah hitam kekalahan kita kepada Thailand, yang disebabkan oleh mutu pengadilan yang berat sebelah.

Peluang Selangor

Skuad Gergasi merah yang asyik seri 4 kali, nampaknya perlukan magik, supaya dapat layak ke suku akhir AFC Cup 2013. Prestasi anak buah irfan bakti ini ternyata melemahkan semangat penyokong selangor, yang hanya mampu seri dalam 4 perlawanan sebelum ini. Nampaknya, selangor perlu bangkit, dengan menyusun kembali jentera tengah yang  hilang kreativiti, dan taktikal yang mudah di baca oleh pihak lawan. Peluang selangor nampaknya amat tipis, dan kita tunggu esok sahaja, adakah Selangor membuktikan mereka adalah jaguh bola sepak di Asia ini.

Doakan Kemenangan

Apapun, kita mengharapkan pasukan dari Malaysia akan layak ke suku akhir . Tapi ternyata laluan amat sukar, dan kita perlu kerja keras untuk berjaya. Selamat berjuang Kelantan dan Selangor !!!!

Related

Related Posts:

  • Irfan Bakti : Jurulatih FELDA Yang Layak Ke Final…
  • Kelantan vs JDT : Lagi Pendedahan Masalah Bola Sepak Negara
  • Apakah Hubungan Kelantan dan Blackburn ?
  • Piala Malaysia 2013 Bermula
  • Terima Kasih Irfan Bakti
  • Cerita Bola Sepak Terbaik oleh Faiz Saaid
  • Kelantan vs Darul Takzim FC
  • Selangor Bangkit Lagi, ATM Tersungkur Di Shah Alam
  • Seri Berseri Pasukan Selangor 2013
  • Kehadiran Cuma 4000 Orang Je Untuk Selangor vs…
SUKAN

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Hadriegas says:
    May 14, 2013 at 8:55 am

    Usaha yg baik untuk buat ulasan piala afc sebab saya tak buat pun..haha…tapi kalau susunan ayat diperkemaskan,kata nama khas seperti negara,nama pemain diletak huruf besar lagi cantik…boleh lawat blog bola saya kalau senang.. http://hadriegas.blogspot.com/2013/05/prebiu-liga-super-perlawanan-18.html

    Reply
    1. faizsaaid says:
      May 15, 2013 at 12:36 am

      hooo ok, thanks for advice, aku nye, sebenarnya lebih ke pasukan selangor, tapi pun tgklah , tak semua game aku review, aku cuma tgk mana yang aku reti nak ulas je, hahaha

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS
  • SAJAK
  • SANTAPAN
  • SAUDAGAR
  • SENI
  • SHAKLEE
  • SUKAN

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • Lagi-Lagi Senario: Lebih Dari Sekadar Lawak, Satu Cerminan Krisis Kewangan 1997 March 14, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2025 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes