Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN

GITAR HERO SEKOLAH

harmonikawan, June 27, 2024June 27, 2024

Semua orang nak jadi gitar hero . Masuk pertandingan kugiran di sekolah ialah masa yang best untuk pikat awek, tapi yang untungnya seorang pun tak melekat, hahaha.

Dulu masa form 2, ada juga masuk pertandingan yang dipanggil SINAR BAKAT. Sebab nama dewan sekolah kami , jadilah nama pertandingan sinar bakat. Jadi masa ini nak tunjuk power permainan gitar.

Budak budak tingkatan 4 Sains Teknologi, yang diketuai oleh Izhar Moslim, Lokman Hakim, Zaiferez Zainal dan juga Muhammad Faiz telah mengorak langkah untuk bermain lagu medley. Masa ni terpengaruh dengan band Kugiran di Tepi Pantai. Band tuh main lagu ala ala pop yeye, main fender mustang, semua lagu lagu lama dia bedal.

Jadi aku bagi idea, jom kita main lagu medley Bunyi Gitar, Kuch Kuch Hota Hai dan Bila Larut Malam. Kami hanya dapat tempat ketiga. Juara ialah kumpulah What Cigars majn lagu ACAB , where all the boot boys gone. Tempat kedua band Faizal , Qayum, main lagu nothing else matters dan take a look a round dari Limp Bizkit. Balik tuh memang kecewa.

Akhirnya lepas daripada senario kekalahan Sinar bakat, terus buka balik CD Mentera Metal. Masa tuh dah syok dah, nak layan lagu Belengu Kidal instrumental. Biasalah kita kan ada Squire strat, jadi berangan nak main macam Man Keedal yang , fender strat ala ala Yngwie Malmsteen.

Ada satu masa juga, petang tuh cuba belajar lagu instrumental Ekamatra. Selepas baca ROTTW yang ada temubual Shahrul dan Pacai, masa tuh jugak semangat nak jadi shredder. Punyalah berlatih berlatih, sampai abang aku Topek terpaksa ketuk pintu, sebab dah azan maghrib.

Begitulah frust menonggeng bila tak menang battle of the band. Tapi itulah, cita cita nak jadi seorang pemuzik hebat tak pernah berhenti.Tapi sekarang pun main gitar biasa biasa je, hehehe.

Related

Related Posts:

  • ROCK N ROLL HOUDINIX
  • Perjalanan 1712
  • Dari HOBI Menjadi NINJASENI
  • LAYAR TANCHAP
  • Melawat Sekolah Lama
  • NIRVANA, METALLICA, DEEP PURPLE…
  • BUDAK 4 FLAT GILA GITAR
  • Kurt Cobain Pengaruh Abam Joe Main Gitar
  • Aktiviti Best Time Hari Guru
  • ABAH PEMAIN Ā HARMONIKA TERHANDAL
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes