ROCK N ROLL HOUDINIX harmonikawan, June 27, 2024June 27, 2024 Masa dekat KMM, Fami dah menggelarkan group muzik akustik kami sebagai ROCKERS KAPOK. Nama nih dibawa sehingga UTM. Masa pertandingan kugiran akustika antara kolej di UTM, Fami mengajak semua geng geng KMM yang lain untuk menyertai pertandingan tersebut. Anuar Kamilan bermain perkusi dan dibantu oleh saudara Mohd Nazri aka Geweng yang mempunyai suara yang padu. Aku dan Anuar budak kolej seri desa skudai (KSDS) terpaksa join Fami dan Geweng di Kolej Tun Razak. Pertandingan itu memang mencabar sebab kami sebagai pemuzik juga. Masa tuh kena lawan juga abang senior dari kolej lain. Paling diingati kena lawan senior dari Kolej Tun Doktor Ismail (KTDI) dan juga senior dari Kolej Tun Hussien Onn (KTHO). Masa tuh yang juara ialah band dari KTDI ,yang diketuai oleh saudara Azhar. Azhar ni rupanya senior aku di Fakulti Kejuruteraan Elektrik tahun akhir. Azhar ialah anak kepada tokoh sastera terkenal saudara Latif Bakar. Azhar pemain violin ketika itu memimpin group beliau. Memang padu depa punya goreng violin. Tempat kedua ialah kumpulan muzik dari KTHO. Abang senior yang mempunyai suara sedap itu menyanyikan lagu Bonda, tapi menggunakan harmonica tremolo. Memang kagum kami ketika itu. Masa itu saya dah mula berangan untuk perform dengan harmonika di pentas akustika UTM. Saya rasa bermain bluesharp lebih cool dari main harmonika tremolo biasa. Selepas itu, rockers kapok dapat perhatian di UTM. Tapi Fami ada projek band di Taman Melawati yang digelarkan HOUDINIX. Houdinix nih ialah semangat dari ahli silap mata terkenal Garry Houdini. Muzik yang Fami bawakan ini memang keras . Masa tuh Fami suka dengar Dream Theater. Ada juga muzik beliau ada pengaruh kuat Wings. Aku ingat lagi, sebab aku bukan pemain gitar elektrik yang bagus, aku kena main gitar kapok, lepas tuh main bass pulak. Sampailah satu tahun tuh, aku kena main keyboars , sambil bermain blues harp. Houdinix jadi terkenal dalam UTM. Kami masuk Asian Beat di Johor Baharu, bersaing dengan otai otai rock di sana. Related Related Posts:Perjalanan 1712BUDAK 4 FLAT GILA GITARLO-FI MOHD JAYZUANGITAR HERO SEKOLAHSATU SEM GAGAL DAPAT 3 POINTERPAKTAM BLUEZY MOODYNIRVANA, METALLICA, DEEP PURPLEā¦LAGU RAYAISTERI KEKUATAN HATIMYSPACE NINJASENI SAINS