Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAUDAGAR
  • SAINS
  • SHAKLEE
  • SENI
  • SUKAN
HARMONIKAWAN

Piya Lebih Hebat Passing Dari Xavi ?

harmonikawan, December 31, 2012December 12, 2024

Untuk Piala Asia akan datang ni, aku rasa itu king gobal dah kena congak balik siapa yang patut main MALAYSIA dan siapa yang patut digugurkan. Aku memang suka style sepanyol yang ada perancang yang hebat seperti xavi, xabi alonso, inniesta, silva, dan fabregas. Gua tengok game euro haritu dengan italy kena lanyak 4-0, sebab mereka berjaya sekat pirlo di bahagian midfield dan player italy terpaksa lari kejar anak ayam. Aku rasa 5 player ni memang antara yang terbaik setakat ni.

BADRI RADZI (PIYA)

player yang paling excellent setakat di Malaysia. Ramai juga pertikai jugak, sebab di tak terpilih main malaysia haritu. Tapi ada jugak mulut mulut kata dia tak power masa OKS panggil dia main masal lawan chelsea haritu. Apapun, dia dah main AFC cup, dan sepatutnya dah layak main malaysia. Antara aksi beliau yang aku ingat masa dia jaringkan gol kemenangan masa kelantan kalahkan negeri sembilan masa final piala malaysia 2010. Lepas tu aku ingat lagi masa dia bodohkan team selangor masa semi final fa cup 2011, selangor kalah 1-5 kepada kelantan, terima kasih kepada badri radzi yang mengemudi jentera serangan kelantan. Last sekali piala malaysia 2012, semua gol kelantan adalah hasil deadly passing beliau kepada mat yo dan indra, dan terus dia terpilih untuk pemain terbaik asia pilihan goal.com . Rasanya, lepas malaysia dah kena gajah dengan thailand, piya akan menjalani latihan bersama skuad harimau malaya.

SAFIQ RAHIM

aku pun tak paham apalah rajagobal sayang sangat dengan mamat ni. Tapi memang dia ni anak emas raja, sebab dianya freekick paling super dalam malaysia ni. Sampai mamat liverpool terkantoi dengan freekick dia. Prestasi dia ni menurun , setelah gagal membawa selangor layak ke final piala malaysia 2 tahun berturut-turut, dan kecewa terus lari pergi darul takzim FC. Apapun kekadang passing dia ok, tapi banyak hancur.

SHAKIR SHAARI

yang ni memang superb defensive. Aku tengok dia boleh sekat midfield indon masal piala aff haritu. Orang kita dia hanya boleh main dengan piya, tapi haritu dia boleh digandingkan dengan safiq. Safiq dengan mudah boleh menggerakkan serangan kerana shakir sedia menjadi winning ball untuk malaysia. Ternyata masa dia injured, habis malaysia kena serang dengan gajah. 

NAZMI FAIZ

Genius yang berjaya dikesan oleh OKS, umur baru 17 tahun, tapi dah menang pingat emas sukan sea . Aku tengok dia memang mantap, dia ada visionary yang bagus. Dia boleh kesan player yang sedang on the run untuk attacking. Gol dia masa lawan bahrain tu gua masih ingat sampai sekarang. Masa tu aku tengok tu kat stadium, memang best. Lepas di main dengan FC beira -mar, penyakit misteri dia tak lagi menghantui dia. Tapi sayang lagi, dia kata Raja tak panggil diapun untuk main malaysia.

GARRY STEVEN ROBAT

Yang ni memang gile kental. Aku rasa dia ni jelmaan alex song. Sama gelap, sama hebat. Aku suka tengok dia defensive, dia boleh control ball dengan tenang walaupun diasak lawan. Apapun kekadang dia cepat hilang fokus, dan kekadang suka sangat pegang bola lama-lama, pastu habis dia kena sondol dengan team lawan. Apapun arsene wenger puji permainan dia, cuma puji jelah.

Related

Related Posts:

  • Thailand vs Malaysia Piala AFF Suzuki 2012 2nd leg
  • Mahali Jasuli Buat Hal Lagi
  • Slot Automatik ACL - Terima Kasih TMJ
  • Keputusan Piala AFF Suzuki 2012 Malaysia vs Thailand…
  • Pada bilakah Malaysia menjuarai piala ?
  • Selangor Tumbang Di Shah Alam , JDT mara ke Separuh Akhir
  • Kelantan vs Darul Takzim FC
  • JDT Juara Piala Malaysia, Juara Rakyat Pulau Pinang
  • Selangor Bangkit Lagi, ATM Tersungkur Di Shah Alam
  • Apakah Hubungan Kelantan dan Blackburn ?
SUKAN

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS
  • SAJAK
  • SANTAPAN
  • SAUDAGAR
  • SENI
  • SHAKLEE
  • SUKAN

Recent Posts

  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • Lagi-Lagi Senario: Lebih Dari Sekadar Lawak, Satu Cerminan Krisis Kewangan 1997 March 14, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2025 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes